BAB 8

13 1 0
                                    

Dunia Dira gelap tanpa suara,dia memandang ke arah Zeth yang sedang bergelak ketawa dengan Alvin."Kau bukan type perempuan yang aku suka " Dira akan ingat kata-kata itu dan ia akan tertanam pada lubuk hatinya sangat dalam.
Tamat sahaja kelas subjek pendidikan Islam Dira terus keluar dari kelas menuju ke kantin sekolah."Dira tunggu!!"panggil Fitri."Eh Fitri sorry saya tak dengar awak panggil"kata Dira."Anyway minggu depan nak SPM, jadi saya ingat nak ajak awak study dengan saya"kata Fitri."Oh boleh selalunya saya study dekat library awam dekat dengan rumah saya"kata Dira.
Zeth berjalan di koridor dia ternampak Dira berbual dengan Fitri dan berjalan menuju ke kantin.Alvin menepuk bahu Zeth."Bro lu tengok apa amoi ke"kata Alvin."Takde langau"kata Zeth terus berlalu.
Dira beratur membayar makanan dan berjalan menuju ke meja.Matanya terpandang Zeth yang memandang arahnya tapi dia hanya membalas dengan jelingan tajam.Zeth mengepal penumbuknya.
"Liya nanti balik kau pergi bilik gurukan?"tanya Dira."Arrh betul aku nak hantar borang yang cikgu suruh kumpul tu.Kenapa?"tanya Liya."Tak adalah aku ingat nak jumpa Cikgu Ida tapi dia ada hal pulak"kata Dira.
Dira menyeluk poket bajunya dan baru dia teringat pasal surat yang dia jumpa pagi tadi bawah meja.Dia membuka isi surat tersebut.
"Melihat kamu setiap hari dan bermimpi untuk memiliki.Tangan tidak mampu menggapai mulut tidak mampu berkata mata hanya mampu memandang" @boycott56

Dira terdiam seketika dengan isi surat itu dia bingung memikirkan pengirim misteri itu.

*****
Loceng sekolah berbunyi,seperti biasa Dira akan menunggu Encik Mokhtar mengambilnya.Seorang budak terlanggar bahu Dira menyebabkan spek mata terjatuh."Alamak spek aku"kata Dira mahu mengambil spek matanya.Satu tangan menggapainya dan menyerahkan padanya."Nasib tak pecah"kata Fitri menyerahkan semula pada Dira."Terima kasih Fitri"kata Dira."Awak tunggu Ayah awak?"tanya Fitri."Ya kejap lagi sampailah"kata Dira.
"Dira saya nak cakap something dengan awak"kata Fitri."Apa dia? "tanya Dira."Saya suka dengan awak"kata Fitri jelas.Dira kaku berdiri."Fitri saya rasa ni bukan masa yang sesuai lagipun next week kita SPM jadi better kita fokus dulu"kata Dira.
"Saya gurau je takpe saya faham"kata Fitri.Zeth menuju ke arah motornya."Taklah awak tak salah untuk luah apa yang awak rasa lagipun insyallah mungkin jadi satu doa"kata Dira.
"Dira awak pernah kecewa ke? "tanya Fitri.Dira memandang Zeth."Pernah bukan kecewa tapi dah retak habis.Saya balik dulu Fitri"kata Dira dengan nada kuat.
Zeth terhenti memakai helmet mendengar kata-kata Dira.Enjin dihidupkan dia lalu dihadapan Fitri.Fitri hanya membalas dengan senyuman sinis.

SEPUCUK SURAT CINTAWhere stories live. Discover now