BAB 15

4 1 0
                                    

Dira berjalan dengan membawa kotak-kotak yang dibeli ke Budak Kitchen Cafe.
Iqmal pekerja Budak Kitchen Cafe membuka pintu dan menyambut barang dari tangan Cik Dira.
"Terima kasih Iqmal awak letak dekat belakang dulu nanti saya uruskan selebihnya"kata Dira pada Iqmal.
Dira pergi kaunter dan duduk disitu."Cik Dira macamana dengan penghantaran dekat office tu?"tanya Fara.
"Okay saja takde apa-apa masalah rasanya"kata Dira."Cik Dira okay ke diam saja dari tadi?"tanya Fara.
"Okay dekat luar tu panas.Cukup ke dessert harini nak tambah lagi ke?"tanya Dira.
"Jangan risau Cik Dira kalau buat semua sold out"kata Fara.
"Saya pergi kitchen susun barang apa-apa inform saya"kata Dira menuju ke belakang.

*******
Zeth menelaah lukisan diatas mejanya terdapat beberapa perubahan yang perlu dilakukan kata Alvin tadi.
Lengan dilipat sampai ke siku.Dia tak boleh fokus pada kerjanya sekarang.
"Dira....Dira... macamana nak berbaik semula dengan Kau"kata Zeth dalam hatinya.
Tangannya terlanggar cawan berisi kopi habis tumpah diatas kertas kerjanya nasib baik kertas tu untuk digunakan masa progress bukan rasmi.
Dia mengambil tisu di tepi meja dilap perlahan. Alvin masuk memandang situasi dihadapannya.
"Apahal bro gempa bumi ke?"tanya Alvin."Gempa bumi apa aku terlanggar cawan tumpahlah"kata Zeth.
"Kau ni dah lain dari jumpa Dira tadi pagi"kata Alvin menambah bara.
Zeth membalik kotak tisu pada Alvin ada saja nak menyakat."Ohh...garang abang Zeth kita"kata Alvin.
Zeth duduk kerusinya semula kusut memikirkan kerja bertambah.
"Kau boleh relaks tak. Aku boleh tolong kau settle down benda ni tapi kau kena buat dulu"kata Alvin pada Zeth.
"Oklah aku buat sampai mana aku tahu sebab esok aku nak pergi site tengok pekerja buat kerja"kata Zeth.
Zeth menyerahkan folder pada Alvin."Tu esok ada pertemuan dengan klien baru.Info maklumat semua ada dalam tu"kata Zeth.
Alvin buka folder tersebut."Owh okay thanks anyway bila kau nak jumpa Dira?"tanya Alvin.
"Kau ingat mudah ke tadi pun macam-macam jadi tengoklah selagi dia tak jadi isteri orang aku boleh kejar balik"kata Zeth.
"Macam tulah Zeth yang aku kenal anyway Aku sentiasa supporter terbaik kau.Gerak dulu bilik kau bau kopi"kata Alvin sebelum keluar.
Zeth tergelak kecil dengan perangai Alvin.

*******
Dira menyusun barang didalam pantri.Kejadian siang tadi menyapa dirinya yang sudah berjaya melupakan Mikhail Izzeth
dalam kamus hidupnya.
"Kenapa awak muncul sekarang Zeth?.Saya cuba lupakan awak tapi awak tetap ada dekat mana-mana saya pergi"kata Dira.
Fitri yang baru sampai di Budak Kitchen Cafe terus menyapa Fara dikaunter.
"Assalamualaikum Cik Dira mana?'tanya Fitri pada Fara."Dekat belakang Encik Fitri susun barang"kata Fara.
Fitri menuju ke belakang melihat Dira termenung didapur."Assalamualaikum awak okay tak ni termenung saya tengok?"kata Fitri.
"Walaikumusalam bila awak sampai?"tanya Dira."Baru lagi tanya Fara awak ada dekat sini"kata Fitri.
"Jomlah kita duduk depan sini tak manis sangat"kata Dira pada Fitri.
Fitri memandang perubahan sikap Dira.

*******
"Awak tak kerja harini?"tanya Dira membawa secawan latte untuk Fitri.
"Baru habis kerja teringat dekat awak tu yang datang sini"kata Fitri.
Zeth membuka pintu Budak Kitchen Cafe dan terus ke kaunter pesanan.
"Eh encik ni haritu datang sini makan Kan?"tanya Fara pada Zeth.Fitri perasan seseorang di kaunter pesanan seperti seseorang yang amat dikenali.
"Saya nak bayar dessert pagi tadi bos awak lupa nak ambik payment"kata Zeth mengeluarkan dompet.
Fitri bangun dari kerusi.Dira terkejut dengan memandang Zeth di kaunter pesanan.
"Mikhail Izzeth!!!"panggil Fitri.Zeth memandang gerangan yang memanggilnya ternyata Fitri musuh lamanya.
"Fitri apa khabar?"tanya Zeth sambil memandang Dira dibelakang Fitri.
"Baik kau sihat?"tanya Fitri."Alhamdulillah macam nilah"kata Zeth berpura-pura mesra dengan Fitri.
"Kau buat apa dekat sini?"tanya Fitri dengan mesra.Zeth memandang Dira dibelakang."Tak staff aku lupa payment dessert tu datang bayar makanan dah habis duit tak bayar"kata Zeth.
"Oh yeke makna kau dah jumpa Diralah"kata Fitri melirik pada Dira.Zeth memandang Dira."Dah jumpa macam tu saja sebab aku busy ada kerja tak sempat nak tanya apa pun"kata Zeth menukar cerita.
"Okaylah tu anyway Aku dengan Dira pun nak kahwin tak lama lagi"kata Fitri sengaja membakar hati Zeth.
"Aku tahu tu lagipun Aku pun mungkin tak lama lagi insyallah.Aku lupa ada hal nak settle tadi singgah nak bayar dessert saja sekejap sebab kena gerak ada kerja"kata Zeth menyedapkan hati.
"Hati-hati bawa kereta"kata Fitri pada Zeth.Zeth meminta diri dulu.
Dira hanya memandang Fitri."Sekarang saya dah tahu kenapa awak diam dari tadi?.Sebab dia ke?"kata Fitri pada Dira.
"Kami tak borak pun saya hantar dessert pun saya tak tahu tu tempat kerja dia"kata Dira pada Fitri.
Fitri senyum pada Dira."Jom kita sambung minum"kata Fitri pada Dira.

*******
Zeth masuk ke dalam keretanya dengan perasaan marah.Dia teringat Fitri menekan tangannya tadi ketika bersalam."Aku ingat kau dah berubah Fitri.Apa yang Dira nampak dekat kau?"tanya Zeth.
Zeth mengeluarkan telefonnya mendail nombor Alvin.
"Hello Alvin kau dekat mana?"tanya Zeth."Aku baru sampai rumah ni asal?"tanya Alvin."Lepas magrib aku pergi rumah kau ada story tak baik kau perlu dengar"kata Zeth.
"Story?..okay aku tunggu kau"kata Alvin dengan penuh semangat.
Zeth menghidupkan enjin keretanya dan keluar dari kawasan situ menuju ke rumahnya.

SEPUCUK SURAT CINTAWhere stories live. Discover now