Dira termenung dalam biliknya.Kotak biru berpolkadot dibawah meja diambil.Kotak tersebut dibuka dan Dira tersenyum bila tengok berkeping-keping foto Zeth."SPM dah dekat mesti lepas ni semua buat haluan masing-masing"kata Dira.
Zeth mengelap rambutnya yang basah.Harini dia rasa gembira sangat dapat keluar dengan Sandra.Gambar yang diambil tadi di upload di instagram.
Bunyi mesej telefon Dira nampaknya Zeth upload gambar baru.Terjatuh telefonnya bila nampak gambar tersebut.Dira mengambil semula telefonnya."She the one and only one for me"sebut Dira.Zeth pergi date harini patutlah dari pagi dia call tak dapat.
Dira terus mematikan telefon rasa marah dan kecewa.Alvin berkerut memandang telefonnya."Zeth..mamat ni gila ke?"kata Alvin.
Hari Ahad yang indah,Dira terjaga dari tidurnya dan kepalanya terasa berat sangat."Dira...dah pukul berapa ni?"kata Encik Mokhtar."Ya Ayah kejap 10 Minit"kata Dira. Encik Mokhtar menikmati sarapan seorang diri sejak kematian Puan Syifa Umi Dira.Anak daranya turun ke bawah."Aikk kenapa muka kusut je?"tanya Encik Mokhtar."Tak sedap badan macam nak demam"kata Dira menuang air masak."Kalau macan tu jom pergi klinik"kata Encik Mokhtar.
"Takpelah nanti Dira makan ubat eloklah.Ayah tak pergi mana-mana harini?"tanyanya sambil menyuap sekeping roti disapu nutella.
"Ayah nak pergi beli barang dapur saja maklumlah barang dekat dapur banyak dah habis.Kenapa nak ikut?"tanya Encik Mokthar.Dira menggelengkan kepalanya."Takpe harini Dira tolong Ayah buat kerja rumah pastu siram pokok dekat laman"kata Dira sambil tersenyum.
"Takpelah rehat Ayah boleh buat semuanya"kata Encik Mokthar."It's okay Ayah sikit je ni mungkin lama sangat tidur"pujuk Dira."Yelah kalau penat rehat jangan paksa badan"kata Encik Mokhtar bingkas bangun dari meja makan.
Dira mengangkat pinggan dan dibawa ke dapur.Dia berdiri disingki dan termenung seketika.Ingatannya tentang gambar Zeth dan Sandra bermain di fikirannya."Jadi diaorang dah declare couple ke sekarang atau aku yang tak tahu"kata Dira dalam hatinya.Zeth mengulangkaji pelajarannya sambil membelek kertas-kertas soalan yang sudah disusun oleh Puan Adibah.Bunyi notifikasi pada telefonnya begitu rancak.Dia mencapai telefonnya dan melihat perbualan rancak dalam "group" kelas mengatakan dia sedang bercinta dengan Sandra.Keluhan demi keluhan dilepaskan.
Dia bangun membuka pintu biliknya melihat keadaan dalam rumahnya sunyi bermakna semua tak ada dekat rumah.Zeth menghempas tubuhnya pada katil.Matanya dipejam rapat untuk dapatkan lelap sementara dia menunggu waktu mahu keluar berjumpa Sandra.
YOU ARE READING
SEPUCUK SURAT CINTA
Storie breviKenakalan zaman sekolah membuatkan si gadis rasa rimas dengan si jejaka.Bagi Syafiena Dirrah lelaki nakal memang kesukaannya tapi disebabkan Mikhail Izzeth menyukai Dhia Qasandra terpaksa dia membenci lelaki tersebut.Kesopanan Fitri Aiman membuatkan...