BAB 22

4 0 0
                                    

Fitri ditahan dipenjara bagi perbicaraan kes menyeludup dadah,menculik dan cubaan membunuh .
Dira diberitahu Zeth sudah sedarkan diri ketika dia pergi ke cafe.Berlari Dira ke wad yang menempatkan Zeth.
Zeth menyandarkan badannya dengan wajah pucat memandang ke luar tingkap.
"Assalamualaikum Zeth"ucap Dira dimuka pintu.Zeth memandang sekilas sahaja.Dalam hatinya dia menjawab salam dari Dira.
Dira baru mahu membuka mulut tapi Zeth berbicara dulu."Kenapa kau ada dekat sini?"tanya Zeth.Tiada lagi nama Dira dibibir Zeth.Berkau dan aku sahaja.
"Saya risaukan keadaan awak"kata Dira."Aku belum mati lagi dan kalau aku mati pun aku tak salahkan kau"kata Zeth dingin.
Dira menunduk ke lantai."Maafkan saya pasal Fitri"kata Dira. "Aku tak simpan dendam tak perlu risau"kata Zeth tidak memandang langsung Dira."Saya keluar dulu kejap lagi Aunty sampai nak tengok awak"kata Dira melangkah ke pintu.
"Tak perlu datang sini susahkan diri kau saja family aku ada boleh jaga aku.Sebab aku tak nak susahkan orang luar"kata Zeth.Dira menyeka airmatanya sebelum keluar dari wad.
Zeth memandang arah pintu.Dia mengurut tengkuknya memejamkan mata.Dira berjalan perlahan-lahan menuju ke lif.

*******
          Zeth membuka matanya."Apa yang kau buat ni Zeth?.Kau cakap nak lindung dan sayang dia tapi apa yang kau buat"katanya seorang diri.
           Zeth memandang luar tingkap hanya keluhan demi keluhan keluar dari tadi.
        Dia memandang telefon ditangannya."Ini ke yang kau pilih Zeth pilih untuk sakitkan hati dia"katanya memandang gambar Dira ditelefonnya.
       Pintu wad dibuka muncul Alvin membawa sarapan."Hei bro how you doing?"tanya Alvin."Good kau lambat sebab beli breakfast ke?"tanya Zeth.
        "Erm...aku nampak Dira tadi dekat bawah ingat nak tegur tapi macam rushing je"kata Alvin.
        "Aku suruh dia balik lagipun tak manis duduk dekat sini"kata Zeth.Alvin memandang Zeth tak lepas.
       "Asal kau pandang aku macamtu ada masalah ke?"tanya Zeth.
     "Takdelah bila kau boleh discharge?"tanya Alvin."Aku minta doctor nak keluar cepat bosan duduk sini"kata Zeth.
          "Kau memang poyo kan dalam injured pun sibuk nak keluar hospital"kata Alvin.
          "Kau tak duduk sini kau tak rasa"kata Zeth.

********
       Encik Mokhtar berdiri dihadapan pintu menunggu Dira keluar dari Grab.
        "Assalamualaikum.....Abah dah makan?"tanya Dira bersalam dengan Encik Mokhtar.
       "Walaikumusalam Abah dah makan kamu balik siapa jaga Zeth dekat hospital?"tanya Encik Mokhtar."Ada orang jaga dia Abah Dira naik mandi dulu"kata Dira sebelum menaiki tangga ke biliknya.

*********
         "Abah tak sangka tergamak Fitri tipu kita selama ni"kata Encik Mokhtar."Dira pun tak sangka orang sebaik Fitri boleh bertindak sejauh itu"kata Dira yang masih rasa kesal.
        "Abah rasa bersalah pada Zeth sebab sangsi dengan apa yang jadi"kata Encik Mokhtar.
       "Benda dah jadi Abah nasib kita tahu sebelum Dira jadi isteri dia"kata Dira.
      "Abah tak nak rahsiakan apa-apa dari kamu lagi, selama ni kamu ada dekat Dubai Zeth sering datang sini jumpa Abah dan rumah ni dia yang jaga selama kita ada dekat Dubai"kata Encik Mokhtar.
       "Kenapa Abah tak cakap dengan Dira?"tanya Dira."Abah tahu kamu dengan Zeth ada salah faham sebab tu kamu pergi Dubai.Zeth ada datang Dubai setahun sebelum kita Malaysia jumpa Abah"kata Encik Mokhtar.
         Banyak yang Dira tak tahu pasal Zeth selama ni.Rupanya dia ada saja dengannya.

********
            Zeth sampai dirumah disambut Puan Maria yang menunggu dari pagi."Jalan perlahan Zeth nanti berdarah luka kamu"kata Puan Maria.
        Zeth duduk di sofa di ruang tamu."Aunty ni ubat Zeth semua ada dalam tu"kata Alvin."Terima kasih Alvin sebab tolong Aunty sekeluarga"kata Puan Maria."It's okay Aunty saya sudi nak tolong"kata Alvin.
          "Dira balik dengan siapa?"tanya Puan Maria.Zeth memandang Alvin."ahhh Dira dia balik naik grab sebab dia rushing tinggal Encik Mokhtar sorang dekat rumah"kata Alvin.
          "Mummy Zeth nak rehat dekat atas penat lagi tak hilang"kata Zeth.
          "Aku hantar kau dekat atas camtu?"tanya Alvin."Takpe aku boleh naik sendiri"kata Zeth melangkah perlahan.
         Kelibat Zeth hilang Puan Maria terus bertanya Alvin."Zeth dengan Dira gaduh ke?"tanya Puan Maria.
       "Saya tak tahu Aunty tapi tengok macam tulah"kata Alvin."Tak boleh jadi diaorang berdua ni Aunty kena buat sesuatu"kata Puan Maria.

SEPUCUK SURAT CINTAWhere stories live. Discover now