━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
vomment bby !Ruang pengantin perempuan megah dihias bunga - bunga putih di siling. Areen berjalan sekeliling bilik menikmati keindahan yang takkan berlaku pada dirinya itu.
Tas tangannya yang hampir melorot jatuh dibetulkan. Dia berhenti tersenyum pada potret graduasi miliknya dan Aerin di sebelah.
Itu adalah satu - satunya gambar mereka sebelum dia keluar dari rumah tersebut.
Seorang pelayan datang menawarkan secawan air padanya lalu ditolak dengan gelengan kecil. Mewah sungguh majlis ini. As expected, Min's family are indeed from a royal bloodline. Kaya.
"Ha, sampai pun kau. Ingat tak tahu jalan ke majlis kahwin adik sendiri ?" sindir Puan Park sejenak melihat anak sulungnya itu.
Senyuman Areen mati. Sangkanya pasangan tersebut sibuk melayan tetamu di luar, jadi sebab itulah dia duduk di dalam ruang ini.
"Areen masih ingat pada darah daging Areen, bukan macam sesetengah orang yang lain" balasnya dengan sindiran lain.
Tuan Park hanya diam manakala isterinya mencebik tak berpuas hati. Areen tahu ayahnya sedar yang mereka telah berat sebelah dalam membesarkan anak.
Namun sikapnya yang asyik mendiamkan diri membuatkan Areen mula menyampah dan benci.
"Areen !! Sampai pun kau !" jerit Aerin separuh teruja selepas menjejakkan kaki masuk.
Areen membalas pelukan itu dengan senyuman manis walaupun hatinya baru saja dikecewakan tadi.
Yoongi menapak masuk dengan wajah separuh sungul setelah bertentang mata dengannya. Areen tidak memberi reaksi. Yoongi bakal menjadi suami adiknya.
"Ini bunga untuk kau. Maaflah aku mintak Jiyu yang pilih. Kau tahu kan aku tak pandai sangat bab - bab bunga ni" Aerin menyambut huluran itu sambil menekup mulut gembira.
Kehadiran gadis itu sudah cukup membahagiakannya.
"Cantik sangat !! Kan sayang ?" dia berpaling ke arah Yoongi.
"Erm, cantik" jawab Yoongi namun anak matanya masih merenung Areen kosong.
"Cantik apanya ? Bunga murah macam tu kamu nak pakai ? Kan mama dengan Puan Min dah pilihkan bunga untuk kamu. Pakai yang itu sajalah sayang" celah Puan Park sambil cuba untuk merampas jambakan bunga yang diberi Areen.
Tanpa memikirkan perasaan anaknya langsung, bunga itu dilemparkan ke lantai.
"Kau tengok adik kau ni kahwin dengan Yoongi. Anak orang kaya. Kau masih dengan hospital kau tu lagi ke ?" Areen mengetap gigi. Tangannya digenggam Aerin meminta gadis itu untuk bersabar.
YOU ARE READING
𝗺𝗮𝗸𝗲 𝗮 𝗺𝗶𝘀𝗳𝗶𝘁 | 𝗇𝖼𝗍 𝖺𝖿
FanfictionLapan orang gadis yang hidup bahagia di sebuah rumah menjadi kacau bilau selepas kedatangan housemate baru mereka. Tambah - tambah lagi dengan jiran yang baru berpindah menjadi misteri yang tak mampu mereka ungkapkan. ' Saya dah cakap jangan ma...