━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
vomment bby !Ruang pagar sekolah masih bercahaya dengan lampu jalan walaupun waktu sudah larut malam. Beberapa orang pelajar melambai ke arah satu sama lain dengan senyuman lebar di bibir.
Sungguhpun mereka penat dengan aktiviti sekolah, namun tiada yang merungut. Mereka menikmati waktu itu sepenuh hari memikirkan masa tak akan berputar kembali dan apa yang bakal berlaku, tetap bakal berlaku.
"Ingat tau, esok semua datang pukul tujuh. Tak nak ada yang lambat" pesan ketua kumpulan mereka kembali.
Ahli - ahlinya masing - masing mengangguk taat sebelum berpecah. Aeyoung dan Haera berpelukan lengan bersedia untuk pulang bersama - sama. Sekali dua terdengar tawa mengekek mereka bergurau senda.
"Aku ajak Aeyoung balik dengan aku. Lepastu kau cakaplah dengan Haera" Jaemin menyeluk tangannya ke dalam saku sambil merenung dua orang gadis yang masih di hadapan pagar sekolah.
Yangyang berpaling kaget.
"Kau gila ? Nak aku cakap macam mana ?" keningnya diangkat.
"Oh, Haera. Lepas ni awak kena selalu jalan dengan saya. Ada Black Demon yang suka bunuh manusia cuba nak serang awak sebab awak rapat dengan saya" mulutnya betah mengejek.
Jaemin mencebik. Matanya menjengil jengkel. Nada mengejek Yangyang tadi tak cukup senang untuk didengari.
"Pandai - pandailah kau cakap apa - apa. Aku pun kena bohong dengan Aeyoung jugak. Bukan kau seorang je"
Tanpa menunggu, Jaemin terus berjalan meninggalkan lelaki itu sendirian. Bibirnya tampak murah dengan senyuman mendekati Aeyoung dan Haera.
"Aeyoung ! Dah nak balik ke ?" soalnya ramah.
Tawa mereka berdua terhenti sebentar. Aeyoung mengangguk naif. Matanya berselang - seli memandang Jaemin dan Yangyang di depan belakang.
"Jom, balik dengan saya ? Yangyang kata ada benda dia nak cakap dengan Haera"
Kini, wajah Haera dan Yangyang pula ditenung bersilih - ganti. Haera menggeleng perlahan tanda tidak. Tetapi bila Aeyoung teringatkan semula waktu dia dipaksa pulang bersama Sunghoon, terus kepalanya mengangguk laju.
"Okay, dating elok - elok tau. Jangan lebih - lebih pulak" selorohnya mengucapkan ayat yang sama Haera lontarkan pada dia tempoh hari.
Jaemin menyulam senyuman menahan tawa manakala Aeyoung menekup mulut ketawa berdekik. Dia berjalan bersebelahan dengan lelaki itu meninggalkan pasangan tersebut kekok bersendirian.
"Ha, kau nak cakap apa ?" soal Haera berpeluk tubuh. Malas nak berbasa - basi.
Namun, jelingan yang dia dapat. "Jalanlah dulu" balas lelaki itu.
YOU ARE READING
𝗺𝗮𝗸𝗲 𝗮 𝗺𝗶𝘀𝗳𝗶𝘁 | 𝗇𝖼𝗍 𝖺𝖿
FanfictionLapan orang gadis yang hidup bahagia di sebuah rumah menjadi kacau bilau selepas kedatangan housemate baru mereka. Tambah - tambah lagi dengan jiran yang baru berpindah menjadi misteri yang tak mampu mereka ungkapkan. ' Saya dah cakap jangan ma...