Lapan orang gadis yang hidup bahagia di sebuah rumah menjadi kacau bilau selepas kedatangan housemate baru mereka. Tambah - tambah lagi dengan jiran yang baru berpindah menjadi misteri yang tak mampu mereka ungkapkan.
' Saya dah cakap jangan ma...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━ vommentbby !
# it's Doyoung from Treasure
"Jiyu !" sergah Doyoung melihatkan sahabatnya termenung jauh sejak tadi. Mujur gadis itu tersentak kalau tidak habis jarinya dikapit dengan stapler kertas. Alat tulis tersebut dibawa jauh.
"Ish, awak ni kenapa ? Termenung dari awal pagi tadi lagi. Awak okay tak ?" soalnya risau.
Jiyu mengangguk cuba untuk mengukirkan senyuman. Tak sangka pula tabiat termenungnya sejak semalam dibawa hingga ke tempat kerja. Semuanya salah Mark !
Demam tapi tak mahu ambil ubat.
Ya, selepas dia menghantar Yeonhee untuk mengirimkan makanan tempoh hari, ubatnya dihantar semula oleh Jungwoo. Kata lelaki tersebut, Mark tak mahu mengambil ubat pemberian mereka. Dia lebih selesa tunggu sihat dengan sendiri.
Tch, dia ingat dia tu immortal ke apa ? Boleh guna kuasa nak sihat balik ?
Melihatkan Jiyu terkumat - kamit menyumpah seranah seorang diri, Doyoung hanya sekadar menggeleng. "Jiyu, saya rasa awak patut baliklah. Makin risau saya tengok. Awak punya appointment nanti saya tolong take over ataupun re-schedule "
"Eh, no need. Saya betul - betul okaylah" pujuk Jiyu.
"Okay sangat sampai awak stapler kot sendiri dengan kertas kan ?" Doyoung menunding ke kot makmal Jiyu yang melekat dengan kertas - kertas laporannya. Gadis tersebut kaget. Sampai macam ni sekali ?
"Dahlah. Awak pergi balik je. Rehat. Awak cakap malam ni awak ada makan - makan kan dengan housemate awak. Ha, balik jelah awal. Tolong diorang masak ke apa"
Sejenak berfikir panjang, akhirnya Jiyu mengalah. Dia melepaskan keluhan penat dengan sikapnya yang lewa dan tak menentu hari ini. Wajah serius Doyoung dipandang lemah.
"Thanks, Mark. Next time saya belanja awak dinner okay" ucap Jiyu tanpa sedar.
Doyoung tergamam sebentar. Tubuhnya dikalihkan ke belakang kembali memandang Jiyu yang sedang mengemas barang.
"Mark ?" dia mengangkat kening.
Jiyu membatu keras. Dia cakap Mark ke tadi ? "No. Maksud saya, Doyoung. Yes, thanks anyway" gadis itu ketawa kekok mengharapkan silapnya tadi dilupakan serta - merta.
Doyoung hanya mengukirkan senyuman nakal tapi dia batalkan niatnya mahu menyakat memandangkan Jiyu sudah kelihatan seperti orang tidak terurus.
"Anything for you, princess " ucapan itu membuatkan Jiyu menggelengkan kepala pantas. Tak, dia pasti tersalah dengar perkataan tersebut.