━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
vomment bby !
"Ada apa korang panggil aku datang sini ?" soal Haechan sambil bersandar ke sofa.
Rumah anak - anak teruna ini tak adalah secantik rumah sebelah. Ruang tamu hanya ada sebuah meja dan tiga buah sofa sahaja.
Dapur pula ada meja makan tetapi kurang peralatan memasaknya. Haechan mengangguk kecil selepas menilai keadaan rumah itu.
Ketujuh - tujuh lelaki di depan matanya menjeling tajam.
Jaehyun orang pertama yang membalas dendam menarik telinga demon lelaki di depannya.
"Ada apa kau cakap ? Kau tahu tak kitorang berhari - hari carik kau ? Senang - senang dah jumpa kau tanak balik pulak ?"
Haechan menjerit mengaduh kesakitan. Dia menepuk lengan Jungwoo meminta sokongan tetapi lelaki itu hanya menjeling.
Memang layak pun.
"Sudah. Kita panggil dia atas sebab lain" potong Johnny. Jaehyun akhirnya melepaskan telinga Haechan.
"Kitorang nak tahu dekat mana Hyunjae simpan kiub yang lain" dia mengutarakan hasrat mereka.
Haechan memandang wajah ahli keluarganya satu persatu. Lama dia termenung lalu dia menggeleng.
"Uish, mana boleh ! Kau nak suruh aku khianat girlfriend aku sendiri ? Ah, takleh tolong" tolaknya.
"Dia tu demon hunter yang tangkap kau. Tolonglah berhenti perasan" Xiaojun menepuk dahi.
"Kau apa tau ? Dia suka dekat aku tapi malu nak mengaku je"
Jungwoo tersenyum sinis. "Yakin gila kau ?"
"Mestilah. Dia masak dekat aku kot tadi" Haechan mendabik dada bangga.
Yangyang dan Xiaojun ketawa bersama bertepuk tangan. "Weyh, dia masak dekat kau sebab tanak kau mati kebulur je tau. Jangan nak suka sangat"
Sedar mereka tidak menyokongnya, dia menghempaskan badan ke sandaran sofa. Nafasnya direngus keluar.
"Tak kira ah. Aku tak boleh tolong jugak. Kalau korang nak tahu, tanyalah housemate dia. Diorang yang lepaskan aku pagi tadi" bebelnya.
Mereka semua diam. Takkanlah nak suruh gadis - gadis itu menyelongkar masuk ke dalam bilik Hyunjae.
"Kita kena jugak dapatkan kiub - kiub tu" ucap Johnny seorang.
Yang lain diam mahu membantah tetapi masing - masing tidak berani.
"Nak ke diorang tolong kita ?" Mark bersuara selepas senyap beberapa detik.
Haechan yang malas melayan menongkat dagu ke tempat rehat tangan di sofa. Matanya digulingkan lalu dia menghempaskan badan.
YOU ARE READING
𝗺𝗮𝗸𝗲 𝗮 𝗺𝗶𝘀𝗳𝗶𝘁 | 𝗇𝖼𝗍 𝖺𝖿
أدب الهواةLapan orang gadis yang hidup bahagia di sebuah rumah menjadi kacau bilau selepas kedatangan housemate baru mereka. Tambah - tambah lagi dengan jiran yang baru berpindah menjadi misteri yang tak mampu mereka ungkapkan. ' Saya dah cakap jangan ma...