━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
vomment bby !Jungwoo dan Yeonhee mendongak memandang rumah teres yang dilawati mereka.
Lelaki itu memandang gadis di sebelahnya.
"Ini ke rumah mangsa ?" Yeonhee mengangguk. Sebentar tadi Jungwoo memintanya untuk membawa dia ke rumah mangsa yang dibunuh.
Walaupun masih sangsi namun Yeonhee akur sahaja memandangkan Jungwoo seperti serius dengan permintaannya.
Tanpa membuang masa, loceng rumah ditekan.
"Nae ! Sebentar ya" laung seorang wanita dari pintu dalam.
Yeonhee menunduk hormat ke arah wanita tersebut sejurus pintu pagar dibuka. Dia mencuit Jungwoo menyuruh lelaki itu ikut menunduk sekali.
Jungwoo mencebik lalu ikut menunduk hormat. Setakat wanita tua seperti itu hanya suku dari umur sebenarnya sahaja. Sepatutnya makcik itu yang patut menunduk hormat kepadanya.
"Cari siapa ya, nak ?" wanita itu berusia separuh abad tersebut.
"Saya Yeonhee. Kawan kepada mendiang Lee Seyong. Boleh kami masuk ke dalam ?"
Dengar saja nama mendiang anak lelakinya, wajah Puan Lee berubah suram serta - merta. Dia mengangguk lemah lalu menjemput mereka masuk ke dalam.
Rumah itu kelihatan cerah di luar namun mendap di dalam. Langsir dibiarkan tak berbuka. Pinggan mangkuk tak terbasuh di singki.
Puan Lee menjemput dua remaja tersebut duduk.
"Maaflah, rumah makcik bersepah sikit. Mendiang dah seminggu tinggalkan kami tapi makcik masih belum dapat lupakan dia" matanya seakan mahu berkaca.
Yeonhee bangun menenangkan wanita tersebut. Puan Lee mengangguk kecil menandakan dia tak apa - apa.
"Sekejap ya, makcik buatkan air untuk kamu berdua" Yeonhee cuba menghalang namun wanita tersebut berkeras.
Jadi dengan berat hatinya dia lepaskan Puan Lee jua. Walaupun anak lelaki wanita tersebut telah berkasar dengannya tak semestinya Yeonhee harus berdendam.
"Bilik Seyong tingkat atas ke ?" soal Jungwoo tak berlapik. Tangannya berlari di atas almari tv. Berhabuk betul rumah ni.
Puan Lee berpaling. "Ah, ya. Kamu nak ke bilik dia ke ? Sekejap makcik ambilkan kunci"
"Maaflah makcik, kawan saya memang macam ni" ucap Yeonhee separuh malu. Sudahlah datang kerumah orang tak dijemput. Mahu naik ke bilik mendiang pula tu.
"Eh, tak mengapa. Ini kuncinya. Maaflah tangan kanan makcik sakit. Tak boleh diangkat"
Puan Lee menghulurkan kunci bilik dengan tangan kirinya. Senyuman nipis dihadiahkan. Yeonhee mengangguk lalu menyambut mesra huluran tersebut. Bukan seperti si gila ni.
YOU ARE READING
𝗺𝗮𝗸𝗲 𝗮 𝗺𝗶𝘀𝗳𝗶𝘁 | 𝗇𝖼𝗍 𝖺𝖿
FanficLapan orang gadis yang hidup bahagia di sebuah rumah menjadi kacau bilau selepas kedatangan housemate baru mereka. Tambah - tambah lagi dengan jiran yang baru berpindah menjadi misteri yang tak mampu mereka ungkapkan. ' Saya dah cakap jangan ma...