━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
vomment bby !
Dia berada di situ bukan kerana rela. Tetapi dipanggil."Makin sombong eh kau lepas masuk kelompok demon hunter" komen Elder Black setelah Hyunjae langsung tidak mendongak memandangnya.
Di sekeliling gadis itu duduk, berdirinya lelaki - lelaki yang menjadi tunjang kepada keturunan Demon Red. Mereka masing - masing senyap mendengar perlian dari lelaki tua tersebut. Nanti dikatakan biadap kerana menyampuk pula.
"Saya tak sombong, tapi saya cuma mengasingkan diri" jawab Hyunjae pendek. Beberapa detik kemudian dia membuka mulut kembali. "Sebab apa awak semua nak jumpa saya ?"
Elder Red yang memerhati sejak tadi membersihkan lorong tekaknya.
"Kami nak pastikan tentang sesuatu"
"Tentang apa ?"
"Tentang beberapa orang Demon Red yang hilang beberapa bulan yang lepas. Betul ke kau yang tangkap mereka kemudian hantar ke Lord Hunter ?"
Lord Hunter merupakan ketua kepada kelompok Demon Hunter. Berbeza dengan ketua kepada kelompok lain, Lord Hunter merupakan sebuah organisasi yang diuruskan oleh Demon Hunter yang mempunyai jawatan lebih tinggi. Jadi, mereka tidak diketuai oleh mana - mana individu.
Persoalan itu membuatkan Hyunjae terdiam seketika.
"Ramai ke yang ditangkap ?" soalnya pula.
"Lima puluh" jawab Johnny bersandar berbelahan dengan bapa saudaranya.
Penyataan itu mengerutkan dahi Hyunjae serta - merta. Kepalanya menggeleng menindakkan kata - kata Johnny.
"Tak mungkin sebanyak tu yang ditangkap. Kami takkan buat benda macam tu" ujarnya.
Jaehyun di tepi melepaskan pelukan tubuhnya kini menyeluk tangan ke dalam saku pula. "Kau pasti ?"
Kali ini Hyunjae mengangguk. Wajah serius penghuni rumah sebelah kepada rumah sewanya dipandang satu - persatu meminta kepercayaan bahawa dia tidak menipu.
"Demon hunter hanya akan menangkap demon yang menganggu kehidupan manusia dan tidak bersetuju untuk berhenti menganggu mereka. Plus, kami takkan tangkap mereka begitu sahaja. Kami akan berikan amaran sebelum beri mereka dua pilihan sama ada untuk teruskan hidup tanpa menganggu keamanan manusia atau berhadapan dengan kami" terangnya panjang lebar.
"Apa manfaat yang korang dapat dari semua tu ? Macam tak masuk akal ?" Jisung menyoal.
"Matlamat penubuhan Demon Hunter adalah untuk melidungi manusia daripada demon. Itu sahaja"
YOU ARE READING
𝗺𝗮𝗸𝗲 𝗮 𝗺𝗶𝘀𝗳𝗶𝘁 | 𝗇𝖼𝗍 𝖺𝖿
FanfictionLapan orang gadis yang hidup bahagia di sebuah rumah menjadi kacau bilau selepas kedatangan housemate baru mereka. Tambah - tambah lagi dengan jiran yang baru berpindah menjadi misteri yang tak mampu mereka ungkapkan. ' Saya dah cakap jangan ma...