━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
vomment bby !Elder Red merenung Jungwoo lama. Lelaki itu masih menunduk kesal dan malu selepas diselamatkan oleh pakciknya sendiri.
Buntu mahu dia mejawab di balai polis tadi.
"Mana awak berada sewaktu kejadian ?"
"Awak ada dendam dengan mangsa ?"
"Bila awak tahu tentang kes ini ?"
Bertubi - tubi soalan menerpa seakan dialah pumbunuhnya. Kerana tak tahan lagi, dia mengambil keputusan untuk menelefon Elder Red, pakciknya.
Lelaki tersebut boleh dikatakan sebagai pemerintah kelompok mereka. Jadi dia sedikit sebanyak mempunyai kuasa di dunia manusia.
"Kau bunuh manusia tu ?" soal Elder Red ringkas.
"Berapa kali saya nak cakap yang saya tak membunuh !" jerit Jungwoo stress. Semua tak percayakan dia.
"Kemudian, macam mana kau boleh ditahan polis ?"
Jungwoo diam kerana dia tahu lelaki itu juga tahu siapa yang membuat laporan polis. Mereka yang lain termasuk Johnny semuanya senyap. Langsung tak menjawab.
"Aku dah kata jangan berkawan dengan manusia. Mereka lebih kejam daripada demon. Tamak dengan kuasa dunia. Tak reti menghargai budi ! Kau semua bodoh percayakan mereka lagi !" semua menunduk dimarahi.
Haechan yang menguis lantai dipandangnya geram.
"Kau sorang lagi. Orang carik asal tak nak balik ? Aku tanam dalam rumah diorang nak ??" sindirnya.
"Jangan ah marah. Kita lepak je dekat sana" cebik Haechan lalu dicubit Jaehyun. Dah kena marah pun nak menjawab lagi.
Elder Red mengeluh. Nak marah lebih pun anak saudara sendiri.
"Elder Black ada datang sini ?" soalnya selepas berjaya menenangkan diri.
Mereka mengangguk. Dia menjengilkan mata lagi.
"Lepastu ?? Dah bisu tak pandai nak bagitahu aku ?? Hah ?"
Masing - masing mendiamkan diri.
Elder Black merupakan pemimpin kepada Demon Black. Boleh dikatakan juga lelaki itu sebagai musuh mereka. Walaupun masing - masing seperti keluarga, namun tuhan saja tahu betapa takutnya mereka kepada lelaki itu.
Sudahlah lelaki itu membenci manusia. Hampir saja Jiyu ditangkapnya tempoh hari. Mujur Mark cepat - cepat membawa Jiyu lari.
"Dia nak apa ?"
Johnny menggeleng perlahan.
"Tak ada apa. Dia cuma kata datang nak melawat, jadi kami ingat tak perlu besarkan cerita"
YOU ARE READING
𝗺𝗮𝗸𝗲 𝗮 𝗺𝗶𝘀𝗳𝗶𝘁 | 𝗇𝖼𝗍 𝖺𝖿
أدب الهواةLapan orang gadis yang hidup bahagia di sebuah rumah menjadi kacau bilau selepas kedatangan housemate baru mereka. Tambah - tambah lagi dengan jiran yang baru berpindah menjadi misteri yang tak mampu mereka ungkapkan. ' Saya dah cakap jangan ma...