𝖤𝖯𝟦𝟢 | 𝗇𝗈𝗍 𝖺 𝗁𝖺𝗉𝗉𝗒 𝖾𝗇𝖽𝗂𝗇𝗀

73 11 556
                                    

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━vomment bby !

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
vomment bby !

"Noona ! Ada orang nak jumpa" Jeno menjengukkan kepala ke dalam pejabat doktor muda itu.

Areen mengalihkan pandangannya dari skrin laptop ke pintu pejabat. Keningnya diangkat pendek. "Ada appointment ke ?" soalnya.

Tadi, diperiksa buku diarinya hari ini tiada ada apa - apa temu janji dengan mana - mana pesakit. Kemudian, siapa yang datang ?

Jeno menggeleng. "Dia kata dia nak jumpa noona sekejap je. Ada hal penting"

"Erm, yelah. Suruh dia masuk"

Gadis tersebut kembali meyibukkan dirinya dengan laptop di depan mata. Jeno mengangguk pantas lalu menghilang mencari lelaki yang bertemu dengannya tadi. Bunyi detakan kasut kedengaran halus di cuping telinga. Pintu pejabat ditutup perlahan. Areen masih belum mengalihkan wajah.

"Sila duduk sekejap ya" ucapnya pendek.

"Busy sangat ke ?"

Desiran suara garau itu membuatkan Areen terkaku sejenak. Anak matanya perlahan - lahan berkalih ke kerusi tetamu.

Johnny mengangkat kening seraya tersenyum tenang.

"Kalau awak sibuk sangat saya boleh pergi ?" dia menunding ke laluan keluar dengan ibu jarinya.

Pantas Areen menggeleng. Dia terus mengubah posisinya untuk duduk berhadapan dengan lelaki tersebut. Keningnya diangkat sambil mata mengerling pintu pejabat yang tertutup rapat.

"Saya ada benda nak cakap dengan awak" ucap Johnny memecah kesunyian.

"Oh, cakaplah" Areen diam kemudiannya.

Situasi mereka kini tak seperti dulu lagi. Areen mula menjarakkan diri dari Johnny selepas kejadian pelik yang berlaku padanya semalam. Bagaimana Johnny mampu muncul sepantas itu ? Malah, sempat menyambutnya jauh dari ruang jalanraya itu lagi.

"Saya nak pergi jauh"

Areen mengerutkan dahi. "Awak nak pergi mana ?"

Bibir Johnny lambat menjongket naik mengukirkan senyuman tipis. Dia menarik nafas singkat buat sementara waktu. Lidahnya terasa berat mahu meneruskan perbicaraan mereka berdua. "Canada"

Serta merta itu nama Aerin terpacul di minda Areen. Namun, gadis tersebut tidak membuat sebarang spekulasi rambang.

"Oh" jawabnya.

Suasaan jeda. Areen mengubah arah matanya ke skrin laptop walaupun cermin alat peranti itu gelap selepas ditinggalkan buat beberapa minit. Kaca mata yang tergantung di telinga ditanggalkan. Kepalanya selepas itu menunduk pula.

"Awak bukan manusia kan, Johnny ?"

Akhirnya soalan yang dipendam sejak semalam terlepas jua dari mulut merah Areen.

𝗺𝗮𝗸𝗲 𝗮 𝗺𝗶𝘀𝗳𝗶𝘁 | 𝗇𝖼𝗍 𝖺𝖿Where stories live. Discover now