━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
vomment bby !Yeonhee memejamkan mata perit. Tubuhnya disorong naik ke siling bersandar di dinding. Dia melepaskan nafas melalui mulut kerana tengkuknya dicengkam kuat oleh seorang lelaki.
"Awak siapa ? Mana Puan Lee ?" soalnya tersekat - sekat.
Lelaki itu membundarkan matanya psiko. Bibirnya melebar menyeringai menunjukkan dua batang taring segar muncul dari gusi.
"Nyawa kau dalam bahaya dan kau masih risaukan mak cik tua tu lagi ?" dia menyengetkan kepala.
Senyuman sinisnya cukup menggentarkan Yeonhee seorang. Dia yakin lelaki ini bukan manusia biasa. Namun, apakah identiti sebenarnya ?
"Kau mesti tertanya - tanyakan siapa aku ?"
Dia diam lalu kembali mendongak dengan sepasang mata merah menyala. Yeonhee menggenggam lengan tebal itu cuba untuk menarik mengurangkan tekanan di lehernya.
"Demon. Aku demon. Dan lelaki yang datang dengan kau tadi, sama juga dengan aku. Seorang demon"
Lelaki itu menjerit sakit selepas terasa seuatu yang tajam menikam bahunya dari belakang. Kepalanya berpaling serta - merta namun ditumbuk sebelum sempat matanya berkelip. Yeonhee jatuh terduduk selepas cengkamannya dileraikan.
Matanya kuyu memandang Jungwoo di depan yang sedang mengurut pergelangan tangan sengal - sengal sakit selepas menumbuk lelaki yang menyerang dia tadi.
"Aku rasa kau tahu yang Demon Red hanya membunuh bila diorang terdesak saja" dia bercangkung merapati wajah lelaki tersebut.
Kuku tajamnya dibelek seperti sedang membelek sebilah pisau. " Tapi kalau kau perlu dibunuh, aku akan pastikan kematian kau terlampau sakit dan mayat kau takkan ditemui lagi" bisiknya sinis.
Demon itu mulai cuak.
"Kau takkan menang ! Kami akan kembali !" jerit lelaki itu tergesa - gesa bangun melarikan diri.
Jungwoo menjelingnya pergi. Tiada niat untuk mengejar. Tumbukan itu cukup diberikan sebagai amaran.
Dia menunduk membelek leher Yeonhee yang kemerahan lebam selepas dicengkam. Kepala Yeonhee dilentokkan ke dadanya lalu dia mengeluarkan kuasa penyembuh cuba untuk mengurangkan sakit gadis itu.
Yeonhee menepis tangan Jungwoo lemah.
"Kau- kau buat apa ni ? "
Akalnya masih belum dapat memproses segalanya. Siapakah mereka ?
"Shh.. diam. Aku cuba nak rawat kau" tangan kanan Jungwoo memegang kedua - dua pergelangan tangan milik Yeonhee.
Lama - kelamaan, mata Yeonhee semakin meredup jatuh, lalu ianya tertutup rapat. Jungwoo mencempung gadis itu naik ke sofa. Rambut ikal milik Yeonhee dikemaskan dengan penuh sayang.
YOU ARE READING
𝗺𝗮𝗸𝗲 𝗮 𝗺𝗶𝘀𝗳𝗶𝘁 | 𝗇𝖼𝗍 𝖺𝖿
Fiksi PenggemarLapan orang gadis yang hidup bahagia di sebuah rumah menjadi kacau bilau selepas kedatangan housemate baru mereka. Tambah - tambah lagi dengan jiran yang baru berpindah menjadi misteri yang tak mampu mereka ungkapkan. ' Saya dah cakap jangan ma...