𝗘𝗣 𝟮 | 𝗱𝗶𝗽𝗽𝗶𝗻𝗴 𝗶𝗻𝘁𝗼 𝘁𝗵𝗲 𝗮𝗴𝗼𝗻𝘆

93 16 318
                                    

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━vomment bby !

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
vomment bby !


Yeonhee menjeling ke langit sambil mendengar bebelan panjang dari Areen dan Joon Young di dalam telefon. Kakinya melangkah malas.

"Iya, aku tahulah nak masak macam mana. Yang korang kecoh lebih dah kenapa ?"

"Kau masak lebih sikit weyh ! Aku nak hantar dekat rumah Taeyong sunbae dengan Haara unnie" pekik Joon Young di hujung talian.

Alat peranti itu dibawa jauh dari cuping telinga. Menjerit tak tahu nak bagi signal.

"Ha yelah. Korang jangan lupa bawak balik kek pulak" kini gilirannya untuk membebel.

Terdengar decitan kecil milik Areen. Suara Joon Young dan Aeyoung menjerit gaduh di belakang juga ada.

"Woi ! Diamlah ! Aku tinggal tepi jalan kang korang dua ekor ni !" jerit Areen memekak.

"Yeonhee" panggil Aeji lembut. "Diorang tengah bergaduh. Awak masak jelah apa yang ada ya" ucapnya sopan. Boleh terbayang senyuman manis gadis itu.

Yeonhee ketawa kecil. "Okayy~ cakap dekat Areen hati - hati tau. Naik dengan dua orang tu memang gempa bumi satu kereta"

Selepas mengucapkan kata selamat tinggal. Telefon tersebut selamat masuk ke dalam poket seluar. Yeonhee berpeluk tubuh lalu berpaling ke belakang.

Dua orang gadis yang sedang tercungap - cungap mengheret beg plastik menaiki jalan berbukit itu berhenti berjalan sebentar.

"Cepat sikit ya. Jangan nak berehat sangat. Nanti lambat sampai rumah" dia bercekak pinggang pula.

"Tak, masalahnya sekarang asal aku dengan Jiyu unnie kena angkat barang - barang ni kau takyah angkat apa - apa ? Berat siot !" marah Haera.

Jiyu yang di belakang mengangguk.

"Haah. Mana adil macam ni"

Yeonhee mengangkat kening. Jarinya menunding ke wajah sendiri.

"Sebab nanti yang nak masaknya aku. Yang melantaknya korang berdua dengan lima orang manusia yang macam tak makan setahun dalam rumah kita tu"

"Alaa, Yeonhee ! Penatlah" adu Jiyu mencebik. Sudahlah baru balik dari tempat kerja. Dua orang gadis itu tak apalah pulang awal dari sekolah dan universiti.

Dek kerana rasa kasihan, akhirnya Yeonhee bersetuju untuk berhenti berehat sebentar. Sempat pula waktu itu, dia mengajak mereka berhenti di convenience store.

"Korang nak apa ? Air ke aiskrim ?"

"Aiskrim !!" jerit mereka berdua serentak. Yeonhee mengangkat ibu jari 'OK'.

𝗺𝗮𝗸𝗲 𝗮 𝗺𝗶𝘀𝗳𝗶𝘁 | 𝗇𝖼𝗍 𝖺𝖿Where stories live. Discover now