𝖤𝖯𝟤𝟢 | 𝗍𝖺𝗄𝖾 𝗆𝗒 𝗁𝖺𝗇𝖽𝗌 𝗀𝗈

86 15 665
                                    

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━vomment bby !

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
vomment bby !

"Awak sure nak kayuh basikal ni ?" soal Aeji buat kali kelima sambil memegang handle basikal yang disewa mereka di Hangang Park.

Jisung menelan air liur kelat.

"Erm. Sa- saya boleh !" ucapnya walaupun tidak yakin dengan diri sendiri.

Kali terakhir dia belajar mengayuh basikal adalah sewaktu dia bersekolah dahulu. 120 tahun yang lepas. Selepas itu langsung tak pernah kakinya mengayuh.

"Okay, awak naik yang ni saya naik yang ni tau" Aeji menuntun basikal berwarna kuning pastel.

Mereka naik atas basikal masing - masing bersedia untuk bersiar - siar di sekeliling taman selepas puas mengisi perut. Senyuman Aeji melebar teruja mahu menikmati angin sejuk menampar tubuhnya.

"Jisung, cepatlah !" laungnya sambil berpaling melihat Jisung yang masih teragak - agak mahu melepaskan kaki.

Lelaki itu mengetap gigi. Hwaiting Jisung-ah !

Bbuk !

"Jisung !!"

10 minit kemudian,

"Lain kali kalau awak tak boleh buat awak cakap je. Saya tak kisah pun bawak awak sekali dekat belakang" pesan Aeji lembut sambil mengerling kecil ke kepala Jisung yang bersandar di belakangnya.

Disebabkan lelaki itu terjatuh dari basikal tadi, dia sudah trauma mahu mengayuh basikal. Jadi Aeji menyuruhnya duduk di belakang tempat pembonceng.

Terasa tangan Jisung masih menggeletar memeluk pinggangnya. Aeji mengacah menggoyang basikal. Pelukan itu diketatkan.

"Janganlah ! Saya takut !" rengek Jisung. Aeji ketawa.

"Bukaklah mata. Tak ada apa pun" pujuk gadis itu.

Jisung membuka kelopak matanya perlahan - lahan. Betul kata Aeji. Tak ada apa yang perlh ditakutkan. Terasa seperti dirinya sedang terbang di awangan.

"Awak takut lagi ke ? Kalau tak, awak dah boleh lepas dah tangan tu"

Dia melihat tangannya yang melakar di sekeliling pinggang gadis tersebut. Senyuman nipis terukir. Kepalanya disandarkan kembali.

"Erm, saya takut lagi" tipunya.

Aeji berpaling ke hadapan semula. Dalam diam dia juga tersenyum malu menikmati saat tersebut.

Mereka kekal dalam kedudukan itu buat beberapa minit. Aeji menunding ke kanan menunjukkan pandangan cantik manakala Jisung mengangguk mengiyakan.

Masing - masing sebenarnya suka di dalam hati.

"Cik, hati - hati !!" jerit seorang wanita dari tepi jalan.

𝗺𝗮𝗸𝗲 𝗮 𝗺𝗶𝘀𝗳𝗶𝘁 | 𝗇𝖼𝗍 𝖺𝖿Where stories live. Discover now