𝖤𝖯𝟥𝟪 | 𝖻𝖾𝖺𝗎𝗍𝗂𝖿𝗎𝗅, 𝗇𝗈𝗍 𝗆𝗂𝗇𝖾

71 12 535
                                    

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━vomment bby !

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
vomment bby !

"Weyh ! Kita pergi sini pulak nak ?" ajak Haera separuh teruja berlari ke mini zoo yang berada di kawasan festival itu.

Yangyang hanya tersenyum mengangguk. Tangannya membawa keluar beberapa keping not hijau lalu dihulurkan kepada penjaga tiket. Dua keping tiket berwarna putih diserahkan kepada pasangan tersebut dengan pandangan senyuman senget.

"First time date eh ?" tegur si penjaga tiket.

Haera tersentak lalu memalingkan wajah berpura - pura tak mendengar.

"Haah. Girlfriend saya suka haiwan" Yangyang mengangguk.

Dia tahu gadis itu mendengar tapi sengaja berlakon sibuk dengan pemandangan di tempat lain. Dompetnya disimpan ke dalam poket kemudian tangannya mencapai tangan kecil Haera.

"Sayang, jom ?"

Rasa jantung yang mahu meletup waktu itu hanya tuhan saja yang tahu. Haera hanya sekadar mengekori lelaki tersebut tanpa banyak soal. Yangyang tersenyum lebar melihatkan Haera seakan mengiyakan hubungan mereka.

Pasangan itu berjalan beriringan tanpa ada rasa mahu melepaskan genggaman tangan mereka tadi. Masing - masing menikmati masa mereka kononnya terlupa pada perkara tersebut.

Setelah seronok bermain di dalam mini zoo, Haera mula menunjukkan riak penat di wajahnya. Peluh panas juga muncul merintik di dahi.

Yangyang berpaling apabila tak terdengar sudah kekekan suara suka milik Haera di cuping telinga. Raut pucat gadis itu ditilik kejap.

"Kau penat dah ke ?" soal Yangyang risau. Haera mengangguk.

"Kita keluar nak ? Rehat" cadangnya.

Kali ini Haera menggeleng.

"Kita tak jalan - jalan dekat sana lagi. Diorang cakap ada rusa. Rugi je kau bayar tiket mahal - mahal"

Yangyang mengangkat kening. "Haera, kalau kau mintak satu zoo besar pun aku boleh belikan nanti. Sekarang ni kita keluar nak ? Makan aiskrim ?"

Malas hendak bertengkar lagi, Haera akhirnya bersetuju. Mereka segera keluar daripada mini zoo itu kemudian menuju ke sebuah gerai aiskrim pula.

Tak mahu gadis tersebut kepenatan berdiri, Yangyang memaksa Haera untuk duduk menunggu di bangku berdekatan. Biar dia sahaja yang membeli aiskrim untuk mereka.

Sekali lagi, Haera kalah dalam pertengkaran manja itu. Dia muncung menghenyakkan punggung di bangku sementara anak matanya menjeling tubuh Yangyang di depan gerai aiskrim.

"Nah" ujar Yangyang teruja sambil menghulurkan sebatang aiskrim.

Huluran tersebut disambut tanpa banyak soal.

𝗺𝗮𝗸𝗲 𝗮 𝗺𝗶𝘀𝗳𝗶𝘁 | 𝗇𝖼𝗍 𝖺𝖿Where stories live. Discover now