COMPLETED
Hazirah Aisyah, seorang gadis yang berusia 17 tahun dan dia tidak mempunyai kawan di sekolah kerana matanya yang berwarna coklat muda berbanding yang lain. Di sekolah, semua rakan sekolahnya mempunyai kuasa. Manakala dia?
Hazirah tidak mem...
Assalamualaikum semua! Harap semua sihat dan seronok membaca The Lost Heir of Avalor [THLA]. Maaf akan kesilapan tatabahasa mahupun struktor ayat dari awal TLHA mula dipublishkan. Maafkan saya jika ada tersilap kata atau terasa hati sepanjang mengarang buku ini.
Seperti yang awak semua sudah ketahui, TLHA ini sudah berada di pengakhirnya. Akan tetapi, satu sequel TLHA akan dan telah dipublishkan.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sequel TLHA adalah TLHA: Tales of Utopia. Baru sahaja beberapa bab tetapi buat masa kini, TLHA: Tales of Utopia akan berada on-hold buat sementara waktu.
Blurb:
Tales of Utopia merupakan sebuah kisah mengenai sebuah pengembaraan sekumpulan hero dan heroin terkenal di Dunia Utopia. Mereka adalah akli kumpulan Blaze of The Light. Pada suatu hari, mereka diperlukan untuk menyiasat sebuah perkampungan dan secara tiba-tiba, Blaze of The Light diteleport ke sebuah dunia yang sangat asing pada mereka. Di situ, mereka bertemu dengan seorang jejaka yang seperti mereka. Merlin.
"Siapa kau?"
Merlin, seorang jejaka muda yang dibesarkan tanpa mengenali mahupun mendapat sebarang kasih sayang seorang bapa kandung. Dia merupakan orang gaji kepada Raja Arthur di istana Kerajaan Camelot. Dari musuh, mereka berdua menjadi kawan rapat. Akan tetapi, Merlin memiliki sebuah rahsia yang disimpan dari pengetahuan Raja Arthur. Dia merupakan seorang ahli sihir yang hebat dan harus menyembungikan kuasa ajaibnya dari seluruh dunia Britannia agar dapat tidak mati dan hidup untuk Raja Arthur. Merlin turut dipanggil Emrys oleh sepasukan druids.
Takdir telah menemukan Merlin dengan Blaze of The Light. Tanpa sesiapa mengetahui, Blaze of The Light memainkan peranan yang penting di sana walaupun dia mampu melakukannya bersendirian. Dengan bantuan kumpulan ini, misi Merlin berjaya tanpa merisaukan akan keselamatan Raja Arthur secara berterusan. Dengan bantuan mereka juga, magis akan kembali ke kerajaan Camelot.
"Kau sendiri kata, tanpa sihir dan magis, tidak akan ada kerajaan Camelot dan Albion. Kami ingin bantu kau, Merlin." - SYAHMI ILYAS
Merlin adalah lelaki yang penuh misteri dan sihir; percanggahan dan kontroversi menyelubungi hidupnya. Merlin memakai banyak topi: dia adalah ahli sihir, nabi, penasihat dan pengajar. Dia muncul sebagai seorang orang tua yang bijaksana. Dengan kebijaksanaannya, dia memberi pertolongan kepada empat raja Inggeris berturut-turut.
Mengapa mereka boleh ada di sini? Apa penyebab mereka ingin membantu Merlin, Raja Arthur dan Kerajaan Camelot?
Silakan baca jika ada masa lapang dan semoga cerita ini menarik bagi awak semua :)