Aira, Aiman, Fakhrul dan Suhaila mengukirkan sebuah senyuman apabila melihat sahabat mereka yang seorang ini. Mereka seakan-akan tidak percaya bahawa sahabat mereka ini akan menjadi ketua dan pemimpin mereka di usia yang muda ini. Huzair berlalu pergi ke sebuah bilik. Hazirah dan Syahmi sekadar menurut langkah-langkah Huzair tanpa mengetahui apa yang ingin diberikan oleh Huzair.
"Kita hendak ke mana?" soal Syahmi dengan hairan.
"Kita nak pergi ke bilik rahsia istana ini. Laluan yang kita lalui ini agak tersorok dari pandangan semua dan ramai yang tidak ketahui dan tidak perasaan akan laluan ini ada di dalam istana ini," terang Huzair.
Setiba sahaja di sebuah bilik, Huzair melangkah masuk. Hazirah dan Syahmi sekadar mengikut dan terdapat dua kotak besar di hadapan mereka. Mereka berdua saling berpandangan sebelum memandang Huzair untuk mendapatkan penjelasan.
"Aila dan Pyro tidak pernah bagi tahu kau berdua ke?" soal Huzair. Hazirah dan Syahmi saling berpandangan sebelum menggelengkan kepala mereka.
"Dalam kedua-dua kotak itu, ada senjata yang seiras dengan kuasa kau berdua. Senjata-senjata ini diperbuat daripada kuasa mereka dan kau berdua pemilik seterusnya. Sacred Bow untuk Hazirah dan Sacred Blade untuk Syahmi," terang Huzair sebelum menyuruh mereka berdua untuk mengambil senjata-senjata mereka itu.
Hazirah dan Syahmi mengambil senjata yang bersesuaian dengan kuasa mereka. Mereka dapat merasakan kuasa yang kuat mengalih dalam tubuh mereka dan kuasa mereka turut semakin kuat. Hazirah dan Syahmi saling berpandangan sekali lagi. Mereka mengukirkan sebuah senyuman yang agak misteri dan melangkah ke koliseum. Huzair sekadar mengikut langkah-langkah mereka dan mengambil tempat duduk di tepi. Khaulah, Muaz, Batrisya, Aira, Aiman, Fakhrul dan Suhaila turut berada di sana kerana ingin mengetahui apa yang difikirkan Hazirah dan Syahmi. Koliseum itu jarang digunakan akibat hampir roboh.
"Along, kalau tempat ini roboh, along tidak kisah bukan?" soal Hazirah. Huzair mengangguk manakala Aira, Aiman, Fakhrul dan Suhaila ternganga dengan jawapan Huzair.
"Kau serius ke? Koliseum ini bukan antara kenangan-kenangan yang kau ada bersama arwah umi dan babah kau?" soal Fakhrul dengan terkejut.
"Kenangan biar di hati dan tidak dilupakan. Lagipun, apa salahnya roboh koliseum ini? Keadaan agak teruk dan tidak dapat diperbaiki. Nak robohkan memang rasa sayang tetapi tidak ada yang boleh kita lakukan. Lagipun sudah tiba koliseum ini dibuat baharu dengan sedikit stabil," balas Huzair dengan tenang. Mereka mengangguk tanda faham sebelum memandang Hazirah dan Syahmi bersilih-ganti.
"Apa yang mereka berdua ingin lakukan?" soal Suhaila.
"Pertempuran a.k.a mock battle. Aku dapat merasakan kuasa mereka berdua semakin kuat," balas Muaz.
"Adakah ianya peningkatan baharu untuk mereka berdua?" soal Khaulah sambil memandang Huzair.
"Let's wait and see," kata Huzair dengan senyuman tenang.
"Sacred Bow: Lightning Arrows."
Serangan Hazirah berjaya dielakkan oleh Huzair dengan menggunakan Sacred Blade yang baru sahaja mereka miliki. Huzair, Khaulah, Muaz dan Batrisya memandang pertempuran tersebut dengan tenang manakala yang lain sudah bersiul akibat kagum dengan kepantasan serta cara pertempuran mereka. Ashraf dan Naseefa turut memerhati pertempuran tersebut dengan penuh kagum.
"Eh! Putera Syahmi sedang senyum ke itu?" soal Fakhrul dengan terkejut.
Muaz mengangguk sebelum membalas, "Dia sememangnya jarang ingin senyum tetapi semenjak kita dalam kumpulan Blaze of the Light, adakala dia akan mengukirkan senyuman walaupun secara senyap. Apatah lagi bila sedang bertempur dengan Hazirah yang turut setanding dengannya."
YOU ARE READING
The Lost Heir of Avalor [TLHA]
FantasyCOMPLETED Hazirah Aisyah, seorang gadis yang berusia 17 tahun dan dia tidak mempunyai kawan di sekolah kerana matanya yang berwarna coklat muda berbanding yang lain. Di sekolah, semua rakan sekolahnya mempunyai kuasa. Manakala dia? Hazirah tidak mem...