Kring kring
Waktu akademi sudah tamat. Setiap pelajar segera mengemas buku-buku dan melangkah keluar dari kelas. Hazirah mengemas buku-buku dengan perlahan sementara menunggu semua pelajar keluar dari kelas. Sahabat barunya itu sedang menunggunya.
"Hazirah. Kau balik dengan siapa?" soal Khaulah.
"Aku balik dengan adik aku. Kenapa?" balas Hazirah.
"Hmm. Aku ingat nak balik dengan kau lagipun rumah aku tak jauh dengan akademi ini," kata Khaulah.
"Ouh. Rumah aku pun tak jauh dari akademi. Jom join sekali. Aku rasa adik aku tak kisah," kata Hazirah. Khaulah mengangguk dan mereka berjalan ke pagar utama akademi. Batrisya, yang sedang menunggu itu, melambaikan tangannya ke arah kakak susuannya.
"Risya. Ni kawan sekelas kakak, Khaulah. Khaulah. Ni adik aku, Batrisya," kata Hazirah. Khaulah dan Batrisya senyum sebagai salam pengenalan mereka. Mereka berjalan sambil berborak kosong.
"Khaulah. Kau boleh ajar aku tak?" soal Hazirah secara tetiba.
"Ajar kau apa? Pertahanan diri? Kawal kuasa? Atau dalam subjek?" balas Khaulah.
"Tak. Boleh tolong ajar aku kawal kuasa," kata Hazirah.
"Boleh, cuma kuasa kau dan kuasa aku berbeza. Aku boleh tolong sedikit. Yang sesuai untuk ajar kau adalah Huzair, memandangkan kuasa dia adalah air," balas Khaulah.
"Ehh kejap. Akak ada kuasa elemen?" soal Batrisya. Hazirah sudah tepuk dahinya.
Khaulah berkata, "Risya tidak tahu ke? Akak kau ada kuasa elemen petir dan air."
"Risya tidak tahu pulak akak ada kuasa elemen," balas Batrisya yang masih terkejut apabila mendengar bahawa kakak susuannya itu mempunyai dua kuasa elemen. Khaulah mengangguk akan kata-kata Batrisya walaupun agak hairan dengan kata-katanya itu.
"Hehe. Jadi boleh ajar aku, bukan?" soal Hazirah dengan sengihan.
Khaulah mengangguk. Mereka bersembang dan disebabkan Khaulah merupakan sahabat rapatnya walaupun sehari, Hazirah mempercayanya dan memberitahunya bahawa dia merupakan anak susuan dalam keluarga Batrisya. Setelah mereka berborak, mereka pulang ke rumah. Petang itu, mereka berjumpa di taman berdekatan dengan rumah mereka kerana rumah mereka sekadar dua rumah jauh. Seluruh petang itu, mereka belajar mengawal kuasa dan berlatih bersama-sama.
"Cepat kau belajar, eh? Dari segi pertahanan diri, kau akan lulus," puji Khaulah.
"Hehe. Tengok siapa yang ajar," balas Hazirah dengan pujian. Khaulah mengbongkok dengan bangganya dan kelakuannya itu telah membuat sahabatnya ketawa.
"Hazirah, dekat akademi lama kau kan, kau ada ramai kawan?" soal Khaulah.
"Hmm, tidak," balas Hazirah.
"Aik, kenapa pula?"
"Ramai tidak sukakan aku disebabkan warna rambut aku yang coklat hitam dengan mata aku yang coklat terang ini. Aku sering dijadikan mangsa pembulian pelajar dan tidak disukai ramai guru. Hanya dua orang sahaja yang baik dengan aku," terang Hazirah dengan tenang.
"Siapa?"
"Cikgu Nurin, guru kelas aku dan Pengetua Rasyid, pengetua sekolah."
"Ouh. Tidak mengapa. Dekat akademi ini, aku akan pastikan ramai orang akan menjadi kawan kau. Jangan khuatir. Aku akan jadi kawan kau dunia akhirat," kata Khaulah dengan semangat. Hazirah senyum melihat telatah sahabatnya yang seorang itu.
"Aku nak tanya. Mana kau dapat rantai yang kau pakai di leher kau itu? Ianya amat cantik," soal Khaulah dengan mata yang bersinar.
"Yang ini? Kau tahu bukan, keluarga Batrisya bukan keluarga aku yang sebenar?" soal Hazirah dengan perlahan. Khaulah sekadar mengangguk sambil mendengar apa yang harus Hazirah katakan.
YOU ARE READING
The Lost Heir of Avalor [TLHA]
FantasiaCOMPLETED Hazirah Aisyah, seorang gadis yang berusia 17 tahun dan dia tidak mempunyai kawan di sekolah kerana matanya yang berwarna coklat muda berbanding yang lain. Di sekolah, semua rakan sekolahnya mempunyai kuasa. Manakala dia? Hazirah tidak mem...