7

71 7 0
                                    

"Hazirah. Boleh kamu beritahu kami apa kuasa kamu?" soal Raja Rizal sambil memandang Hazirah dengan tenang.

"Kuasa elemen petir dan air manakala kuasa abiliti adalah manipulasi masa dan penyembuhan," balas Hazirah dan menunduk apabila Raja Rizal memandangnya. Raja Rizal dan Permaisuri Khadija terkejut akan pernyataan itu. Mereka saling berpandangan dan memikirkan sesuatu. Permaisuri Khadija ternampak akan rantai yang dipakai oleh Hazirah.

"Rantai itu... Dari mana kamu dapat rantai itu?" soal Permaisuri Khadija.

"Er.. Baru-baru ini, ibu susuan saya kata rantai ini daripada ibu kandung saya," balas Hazirah.

"Ibu susuan? Ibu kandung?" soal Permaisuri Khadija sambil memandang suaminya.

"Ya, ibu susuan saya merupakan ibu salah seorang pelajar di Akademi Shadowille, yang bernama Batrisya. Saya baru dapat tahu bahawa saya merupakan anak angkat mereka, merangkap anak susuan sejak saya kecil," balas Hazirah dan memegang rantainya, yang sering disembunyikan dari ramai orang, sambil memandang Permaisuri Khadija.

"Jadi, kamu tidak tahu asal-usul kamu ke?" soal Raja Rizal tiba-tiba.

Hazirah menggelengkan kepalanya dan berkata, "Ibu bapa angkat saya pernah cerita kepada saya bahawa tujuh belas tahun dahulu, mereka berdua menemui seorang bayi dan sekeping nota di hadapan rumah mereka."

Raja Rizal dan Permaisuri Khadija memandang sesama sendiri kerana tidak tahu akan apa yang ingin dikatakan. Mereka seakan-akan tahu siapa yang dikatakan Hazirah. Tiba-tiba, pintu bilik perpustakaan dibuka dan seseorang melangkah masuk.

"Huzair?" tegur Raja Rizal.

"Ayahanda, bonda. Boleh ayahanda, bonda dan Hazirah ikut Huzair buat sementara waktu?" soal Huzair. Raja Rizal memandang Huzair dan menanya dia kenapa. Huzair menerangkan kepada Raja Rizal dengan nada bisik agar Hazirah tidak dengar. Raja Rizal mengangguk dan membuka sebuah portal, yang membolehkan mereka semua ke sesuatu tempat. Setiba di kawasan perubahan Hazirah, Hazirah memandang Huzair dengan keliru.

"Saya nak bawa awak pulang ke rumah awak. Dari mana saya tahu awak di istana adalah dari Khaulah dan Muaz dan itu sekadar kebetulan sahaja. Barang sekolah awak, saya sudah tolong hantar ke rumah awak. Ada sesuatu yang saya dan kedua ibu bapa angkat awak memberitahu awak. Termasuk ayahanda serta bonda," kata Huzair apabila memahami kekeliruan Hazirah.

Hazirah mendiamkan diri dan setiba di rumahnya, Hazirah perasaan akan kehadiran seorang perempuan bersama seorang lelaki berada di ruang tamu bersama ibu bapa susuannya. Batrisya keluar dari dapur bersama sebuah kek dan mereka menyanyikan lagu hari jadi untuk Hazirah. Hazirah terperanjat dan hampir menangis. Dia mengucap terima kasih kepada kedua ibu bapa susuannya itu. Kehadiran dua orang yang dia tidak kenal membuat dia ingin tahu siapa mereka. Selepas memotong kek dan makan, Hazirah berkesempatan untuk bertanya.

"Maaf bertanya tetapi siapa mereka?" soal Hazirah.

"Mereka adalah Kak Zyra dan suami dia," balas Encik Zul. Hazirah yang mendengar kata-kata ayah susuannya dan memandang Encik Zul dengan keliru. Encik Zul tidak menjawab soalan Hazirah dan menghulurkan anak kunci. Hazirah menjadi semakin keliru.

"Pergi ke bilik yang ayah dan ibu seringkali halang Hazirah masuk," kata Puan Damia.

Hazirah menjadi semakin keliru. Dia memandang Batrisya dan Huzair tetapi mereka sekadar mengangkat bahu. Hazirah melangkah ke bilik yang dikatakan itu dan membuka pintu itu dengan kunci yang diberi. Dia melangkah masuk dan bilik itu kelihatan kosong. Hazirah perasan akan sesuatu yang bercahaya dan kelihatan sebuah skrol yang terletak di atas meja dan Hazirah melangkah ke arah meja itu. Dengan perasaan ingin tahu, dia membuka skrol itu dan skrol itu ada tulisan yang dia tidak kenal.

The Lost Heir of Avalor [TLHA]Where stories live. Discover now