8

71 8 0
                                    

Keesokkan hari

Selepas akademi

Hazirah, Batrisya, Khaulah, Muaz, Huzair dan Syahmi sudah berpindah ke rumah yang dihadiahkan itu. Setiap seorang daripada mereka mempunyai kunci rumah itu dan mereka dapat memilih bilik-bilik mereka sendiri. Syahmi memanggil semua dari ruang tamu. Dia sedang memandang telefon pintarnya setelah mereka memilih bilik dan menyimpan barang-barang mereka.

"The Alpha nak datang pada waktu malam. Rumah ini mungkin baru tetapi masih perlu dikemaskan," kata Syahmi.

"Aku sempat periksa dapur jikalau ada barang pasar dan barang-barang yang perlu untuk makan tiap-tiap hari tetapi tidak ada satu pun," terang Khaulah. Mereka fikirkan apa yang patut membuat agar dapat melakukan kesemuanya dengan segera.

"Kita ada dalam dua setengah jam sahaja. Apa kata, kita berpecah. Rumah ini agak besar, jadi empat orang perlu bersihkan manakala dua orang pergi membeli makanan untuk makan malam dan barang dapur," tutur Hazirah.

"Khaulah, Muaz, Syahmi dan Batrisya. Kau berempat pergi kemas rumah. Aku dan Hazirah pergi beli barang dapur dan juga makanan untuk makan malam kita semua," arah Huzair.

Mereka setuju dan terus pergi melakukan kerja-kerja yang ditugaskan. Hazirah dan Huzair pergi ke pasar untuk membeli sedikit barang sebelum pergi ke sebuah restoran untuk membeli makanan makan malam. Di rumah mereka pula, Khaulah dan Syahmi segera membersihkan ruang tamu, garaj kereta, dapur serta gazebo. Muaz dan Batrisya bekerjasama untuk membersihkan kesemua bilik-bilik termasuk bilik tamu dan perpustakaan mini. Setelah sejam setengah, Hazirah dan Huzair pulang ke rumah. Huzair menolong Khaulah mengemas apa yang perlu manakala Hazirah pergi ke dapur untuk membersihkan apa yang perlu dan meletakkan barang-barang yang dibelinya dan Huzair di tempat yang sesuai. Hazirah mengambil masa empat puluh minit untuk mengemas dapur. Khaulah, Syahmi, Muaz dan Batrisya telah baring di ruang tamu manakala Hazirah masih mengemas apa yang perlu dikemaskan di dalam dapur. Tidak lama kemudian, loceng rumah berbunyi. Syahmi membuka pintu dan menjemput The Alpha masuk. Hazirah sempat menyediakan minuman semua.

"Kenapa kau orang datang sini?" soal Muaz.

"Huzair yang ajak kami datang. Katanya, ada sesuatu yang ingin dia berkata," balas Mirza. Yang lain, kecuali Hazirah, Muaz dan Batrisya, mengangguk dan menunggu Huzair untuk berbicara.

"Kau orang masih ingat semasa Sejarah, di mana Mr Shahmir menerangkan tentang the Forgotten City?" soal Huzair dan dibalas dengan anggukan.

"Seperti aku katakan dahulu, peperangan telah berlaku di The Forgotten City akibat dendam. Tiada sesiapa di antara kau orang yang tahu tentang asal-usul aku kecuali Muaz. Hazirah juga tidak tahu akan latar belakangnya yang sebenar sebelum ini," kata Huzair dengan tenang.

"Jadi, apa kaitan the Forgotten City dengan kau berdua?" soal Sufian.

"Sebenarnya, aku dan Hazirah merupakan adik-beradik dan berasal dari Kerajaan Avalor. Sewaktu Hazirah dilahirkan dalam dunia ini, aku ada bersamanya. Sebab itu, aku dapat menerangkan peperangan yang telah berlaku tujuh belas tahun yang dahulu. Kuasa Hazirah terkunci kerana babah aku, Raja Mukhtar, merasakan ia akan bahayakan Hazirah. Aku dan dia dibawa ke Kerajaan Alantia oleh jeneral termuda dan terhandal kami, Jeneral Zyra. Kebetulan, Raja Rizal dan babah aku sahabat baik. Kerajaan Alantia ingin memberi pertolongan tetapi dihalang babah kerana anak Raja Rizal, Syahmi, turut akan dalam bahaya, jikalau pihak kejahatan mendapat tahu tentang siapa dirinya yang sebenar. Kebetulan, Raja Rizal sempat mengunci kuasa Syahmi sebelum peperangan itu berlaku," terang Huzair sambil memandang kawan-kawannya yang lain. Syahmi dan Hazirah menunduk apabila semua memandang mereka.

"Apa tujuan kau bagitahu The Alpha?" soal Mirza.

"Tiada sesiapa yang boleh kami percayakan rahsia ini selain dari Pengetua Suzy, Raja Rizal, Permaisuri Khadija dan Cikgu Luthfi," kata Syahmi secara tiba-tiba. Hazirah dan Huzair mengangguk akan apa yang dikatakan oleh Syahmi itu.

"Sudah tiba masanya kuasa ini dibuka tetapi ia terserah kepada kau berdua jikalau kau berdua sudah bersedia untuk melalui dugaan yang mencabar dan akan membahayakan diri kau," kata Huzair sambil memandang Syahmi dan Hazirah bersilih ganti. Syahmi dan Hazirah memandang satu sama lain. Mereka mengangguk tanda setuju ingin melalui dugaan-dugaan yang mencabar walaupun dugaan tersebut akan membahayakan diri dan nyawa mereka sendiri.

"Untuk memastikan kawan-kawan, keluarga kami dan negara kami selamat, kami akan berjuang untuk melindungi mereka semua," kata Syahmi dan Hazirah dengan serentak.

Tiba-tiba, satu cahaya bersinar terang dari Syahmi dan Hazirah. Mereka dapat merasakan kesakitan seperti sesuatu telah dimasukkan manakala yang lain terpaksa menutup mata mereka akibat kesilauan. Setelah beberapa minit, cahaya itu hilang. Syahmi dan Hazirah seperti tercungap-cungap. Khaulah, Batrisya, the Alpha dan Muaz terpinga-pinga akan apa yang baru berlaku. Badrul seperti mengesan sesuatu.

"Bad, kenapa dengan kau? Kau okay?"soal Sufian.

"Aku kesan sesuatu. Sesuatu kuasa yang agak luar biasa. Kejap. Syahmi, asal rambut kau merah dan mata kau coklat? Hazirah, rambut kamu sudah menjadi warna ungu campur coklat sepenuhnya," balas Badrul sambil merenung Syahmi dan Hazirah.

Yang lain terkejut apabila mendengar kata-kata Badrul dan memandang Syahmi dan Hazirah bersilih ganti. Huzair mendiamkan diri. Sufian membuat cermin daripada kuasa air, merangkap kuasa tahap keduanya, ais. Dia membiarkan Syahmi dan Hazirah memandang pernampilan mereka yang baru. Mereka turut terkejut akan penampilan itu.

"Rasanya, apabila kamu berkata sebegitu, kuasa kau berdua yang terkunci telah buka kerana kau berdua yakin bahawa kamu berdua akan melindungi negara ini. Akan tetapi, kuasa itu masih di tahap rendah. Kuasa kau berdua dapat sebati dengan kau sepenuhnya dan dapat merasakan keikhlasan kau untuk menggunakan kuasa kau berdua untuk kebaikan dan bukan kejahatan. Cuba melihat pergelangan tangan kau berdua," kata Huzair.

Syahmi dan Hazirah memandang pergelangan tangan mereka. Terdapat sebuah gelang manik, yang berwarna hijau dan biru, di tangan mereka. The Alpha, Khaulah, Muaz dan Batrisya amat terpegun melihat gelang manik itu.

                                    ----------------------------------------------------------------------------

Keesokkan hari
5.40 pagi

Hazirah bangun dan segera masuk ke tandas. Dia segera membersihkan diri dan memakai baju tee lengan panjang serta seluar trek, memandangkan hari ini hari Ahad. Seusai siapkan diri, dia pergi ke dapur untuk memasak makanan yang agak ringkas iaitu roti telur dan Milo panas. Sementara membakar roti telur, kedengaran tapak kaki seseorang dari belakang. Hazirah memandang orang itu dan memberi sebuah senyuman.

"Selamat pagi! Kau masak apa tu?" soal Khaulah dari belakang.

"Selamat pagi. Roti telur dengan milo panas. Kau rasa okay ke sarapan ini?" balas Hazirah.

"Okay, aku semua makan. Ada apa-apa yang boleh aku bantu?" kata Khaulah.

"Tolong kejutkan yang lain," arah Hazirah. Khaulah mengangguk dan segera ke bilik-bilik kawan-kawan mereka untuk kejutkan mereka. Apabila Hazirah sedang menyediakan meja makan, Batrisya muncul dan menolong apa yang patut. Setelah beberapa minit, yang lain muncul. Muaz pula sedang memuncungkan mulutnya seperti sedang merajuk dengan seseorang. Syahmi dan Huzair datang dari belakang.

"Biar aku teka, Khaulah usik dia?" soal Hazirah kepada Syahmi.

"Tak. Khaulah menuang air sejuk ke Muaz kerana malas bangun dari tidur," balas Syahmi sementara memandang Khaulah dan Muaz bergaduh. Hazirah, Huzair, Syahmi dan Batrisya memandang mereka bergaduh. Sebelum Khaulah dan Muaz sempat meneruskan pergaduhan mereka, Syahmi sudah mengenggam penumbuknya dan mengaktifkan kuasa apinya. Penumbuk itu diletakkan di antara mereka. Mereka memandang Syahmi dengan hairan.

TBC

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Korang rasa apa yang Syahmi nak buat?

Jangan lupa vote dan komen pendapat anda!

The Lost Heir of Avalor [TLHA]Where stories live. Discover now