Hazirah's POV
"Mana Batrisya?" soal Khaulah sebaik sahaja perasan akan kelibatku di dalam bilik itu.
"Ada dengan ibu dan ayah. Kejap lagi aku kena teman ayahanda dan bonda pula. Maklumlah, aku kena jadi pengacara tidak berbayar bersama Syahmi untuk majlis hari ini," balasku dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.
"Akak berdua nampak cantik sangat. Mesti along dan abang Shahrul tergamam melihat akak-akak sekalian."
Sempat lagi aku memuji Alisa dan Aisha. Khaulah tersengih apabila melihat Alisa dan Aisha menunduk malu. Aku terus meminta diri untuk ke dewan agar dapat bertemu dengan ayahanda dan bonda sebelum menjadi pengacara tidak berbayar bersama Syahmi. Kelihatan ramai yang hadir untuk majlis ini. Maklumlah raja Kerajaan Avalor dan putera sulung Kerajaan Alantia akan berkahwin pada hari yang sama. Majlis ini diadakan di Kerajaan Avalor atas sebab dewan yang lebih besar berbanding dewan di Kerajaan Alantia.
"Hazirah." Teguran Syahmi mengejutkanku dari lamunanku. Aku memandang Syahmi dengan sedikit keliru. Dia perasan akan pandangan keliruku dan berkata, "Masa untuk menjadi pengacara."
Dengan pantas, kami berdua mengambil tempat kami di pentas. Mik, yang berada di tangan kami, ditepuk perlahan untuk memastikan jika mik itu boleh dipakai. Seusai melakukan perkara itu, semua tumpuan berada di pentas.
"Assalamualaikum semua! Saya pasti semua tahu hari ini merupakan hari paling istimewa untuk kedua-dua Kerajaan Avalor dan Kerajaan Alantia. Putera-putera, yang diminati ramai gadis di luar sana, bakal berkahwin dengan pilihan hati masing-masing hari ini. A king can't rule the kingdom without a queen. Itulah pepatah yang sering digunakan oleh Raja Rizal, ayahanda saya. Pada mulanya, saya tidak mahu percaya akan pepatah itu namun sekarang saya akui bahawa tiada raja yang mampu membimbing sebuah kerajaan tanpa seseorang permaisuri di sisi. Tanpa seorang permaisuri, seorang raja akan sering jatuh sakit dan tidak mempunyai keturunan untuk menggantikan tempatnya di masa hadapan. Hari ini, terbuktilah pepatah seorang raja tidak dapat membimbing sebuah kerajaan tanpa seorang permaisuri di sisinya," terang Syahmi bagi permulaan majlis.
Hazirah tersenyum dan menyambung, "Pepatah itu terbukti melalui seseorang putera yang baru sahaja mengganti tempat arwah babahnya lebih kurang empat bulan lepas. Selama empat bulan yang lepas ini, dia sering mengadu sakit kepala akibat banyak kerja di pejabatnya walaupun sudah dibantu oleh Syahmi dan Muaz. Mari kita silakan pengantin lelaki yang seorang ini, Raja Huzair."
Pintu dewan dibuka. Kelibat abang Huzair sedang melangkah masuk ke dalam dewan bersama Muaz dan ayah Muaz sebagai pengganti babah yang sudah jauh di mata. Matanya terpaut ke arahku dan mengukirkan sebuah senyuman manis di bibirnya. Aku sekadar membalas senyumannya dengan senyuman manis. Semua yang berada di dalam dewan itu bertepuk tangan termasuk aku dan Syahmi.
"Mari kita turut mempersilakan pengantin perempuan pula, Alisa," kata Syahmi sebaik sahaja abang Huz sudah berada di pentas.
Aku berdiri di sebelah kanan abang Huzair manakala ayah Muaz berada di sebelah kiri abang Huzair. Muaz pula sudah meminta diri untuk ke bilik pengantin lelaki untuk membantu abang Shahrul pula. Apabila kak Alisa melangkah masuk ke dalam dewan bersama ibu ayah kak Alisa, abang Huz kelihatan terpegun dengan kecantikan kak Alisa. Batrisya pula segera menolong kak Alisa dengan baju pengantinnya apabila melihat baju pengantin kak Alisa menyapu lantai tanpa diangkat oleh sesiapa. Aku tersengih dan memegang tangan abang Huz sebelum terjadi apa-apa. Abang Huzair melangkah ke arah kak Alisa dan menghulurkan tangannya sebaik sahaja kak Alisa hampir dekat dengan pentas. Ada yang bersiul apabila melihat gelagat prihatin abang Huz. Dari situ, pernikahan abang Huz dan kak Alisa berlangsung terlebih dahulu. Ayahanda Rizal dan Permaisuri Khadija pula senyap-senyap melangkah keluar dari dewan untuk mengiringi abang Shahrul pula.
"Sekarang, masanya sudah sampai untuk melihat putera sulung Raja Rizal dan Permaisuri Khadija bernikah. Putera sulung Raja Rizal, Putera Shahrul, bakal menggantikan Raja Rizal suatu hari nanti dalam menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan Kerajaan Alantia," terangku.
"Mari kita silakan pengantin lelaki kita, Putera Shahrul!" tutur Syahmi.
Sebaik sahaja abang Shahrul melangkah masuk bersama Raja Rizal di kirinya dan Muaz di kanannya, semua bertepuk tangan. Ada yang menjerit kecil kerana melihat ketampanan abang Shahrul. Aku dan Syahmi sekadar menggelengkan kepala kami. Aku segera mempersilakan pengantin perempuan, Aisha, dan pernikahan mereka berdua berlangsung tanpa sebarang pengacauan.
END OF POV
"Saya ingin mempersilakan Raja Rizal dan Permaisuri Khadija untuk ke pentas ini. Saya pasti mereka berdua ada beberapa perkara yang ingin dikatakan. Mereka membuat kata-kata pengakhiran," tutur Hazirah dengan lancar.
Hazirah dan Syahmi melangkah ke tepi pentas. Sebaik sahaja Raja Rizal dan Permaisuri Khadija berdiri di atas pentas, tiada sesiapa yang berani berbual. Dewan itu senyap dan semua menantikan kata-kata pengakhiran dari raja dan permaisuri mereka itu. Dengan kata-kata pengakhiran dari Raja Rizal dan Permaisuri Khadija, majlis itu berakhir.
*******************************************************
Seminggu selepas majlis
Blaze of the Light berkumpul bersama Naseefa dan Ashraf di ruang tamu. Maklumlah Naseefa dan Ashraf adalah Guardians di Kota Avalor dan atas arahan Huzair, mereka berdua duduk di istana. Adakalanya Fayyad, Fauzi, Aqeela dan Hamdan datang ke istana jika mereka berempat mempunyai masa lapang. Mereka berborak sementara menunggu kedatangan Huzair dan Alisa.
"Huzair dah kahwin. Hazirah, bila giliran kau pula?" soal Khaulah dengan mengusik. Matanya memandang Hazirah dan Syahmi bersilih-ganti. Hazirah merenung Khaulah dengan tajam.
"Jangan cakap orang, diri kau tu bila? Macamlah aku tak tahu yang kau tengah seronok ada temu janji dengan Muaz tiap-tiap hujung minggu," balas Syahmi dengan sindiran.
Batrisya, Naseefa dan Arshad ketawa terbahak-bahak. Hazirah "High-5" dengan Syahmi apabila Muaz dan Khaulah menunduk malu.
"Dah kenapa mereka berdua tunduk ini?" soal Huzair sebaik sahaja dia dan Alisa melangkah ke ruang tamu.
"Khaulah ada temu janji dengan Muaz setiap minggu," tutur Hazirah kepada abangnya. Wajah abangnya itu berubah dari keliru kepada kegembiraan.
"Siapa sangka bahawa dua kawan baik aku ada temu janji huh?" usik Huzair pula. Alisa turut tersengih.
"Tak lama lagi kita akan makan nasi minyak, bukan?" usik Batrisya pula. Wajah Khaulah sudah memerah sebaik sahaja Batrisya mengusiknya soal kahwin. Yang lain gelak, termasuk Muaz.
"Aku nak usik Hazirah tetapi aku pula yang kena. Daripada aku layan kau orang, baik aku pergi latih askar-askar baru," rajuk Khaulah.
Dengan selamba, dia melangkah ke padang belakang istana. Muaz memandang Huzair dengan serba salah kerana Huzair yang mengajak mereka bertemu tetapi perkara lain yang berlaku. Huzair mengangguk sebelum Muaz mula mengejar Khaulah.
TBC
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jangan lupa vote dan komen pendapat anda!
YOU ARE READING
The Lost Heir of Avalor [TLHA]
FantasyCOMPLETED Hazirah Aisyah, seorang gadis yang berusia 17 tahun dan dia tidak mempunyai kawan di sekolah kerana matanya yang berwarna coklat muda berbanding yang lain. Di sekolah, semua rakan sekolahnya mempunyai kuasa. Manakala dia? Hazirah tidak mem...