5

72 8 0
                                    

Malam itu

Di dalam mimpi

Hazirah's POV

Sebuah cahaya menerangi dan mengangguku yang sedang dibuai mimpi. Perlahan-lahan aku membuka mataku dan aku sedar bahawa aku bukan lagi di dalam bilikku. Aku berjalan sambil memandang sekeliling dan nasibku tidak baik kerana aku terlanggar sesuatu. Eh, bukan sesuatu tetapi seseorang. Aku terjatuh duduk dan memandang orang yang dilanggarku untuk meminta maaf. Tidak sangka bahawa orang yang dilanggarku adalah Syahmi.

"Kau okey?" soalnya.

Aku mengangguk dan berdiri sebelum bertanya, "Awak buat apa kat sini? Kita dekat mana?"

"Kita kat sebuah dimensi yang lain," balasnya sambil memandang sekeliling. Aku dan Syahmi berjalan ke sebuah sungai yang terdekat dengan tempat mereka bertemu. Aku memandang Syahmi dengan pandangan keliru.

Syahmi mengambil nafas dan berkata, "Dimensi ini dikenal pasti sebagai dimensi X. Ia berfunsi seperti mimpi tetapi di sini merupakan tempat sesiapa yang memiliki kuasa-kuasa yang tertentu untuk memasuki dimensi ini. Orang itu boleh menarik sesiapa yang ingin dia berbicara tanpa sesiapa tahu, tidak kira pagi ataupun malam," terang Syahmi dengan jelas.

Aku mengangguk dan berfikir akan siapakah gerangan yang menarik kami berdua ke dimensi ini. Tanpaku sedari, dua pasang mata sedang memerhati kami berdua sebelum memandang satu sama lain.

"Sesiapa yang sedang sembunyi itu, sila keluar," arah Syahmi secara tiba-tiba.

Aku terkejut apabila Syahmi berkata sebegitu dan memusing ke belakang untuk melihat siapakah yang dikatakan Syahmi itu. Terdapat dua ekor serigala menunjukkan diri mereka di belakang kami. Seekor ekor mempunyai bulu yang berwarna biru bercampur hijau manakala lagi seekor mempunyai bulu yang berwarna biru bercampur ungu. Mata mereka berbeza. Sepasang mata berwarna hitam dan lagi sepasang berwarna coklat hitam.

"Syahmi. Aku takut," bisikku kepada Syahmi apabila dua ekor serigala itu memandang kami berdua dengan tajam. Syahmi mendiamkan diri dan mengambil tindakan untuk berdiri di hadapanku.

"Selamat datang, wahai Kembar Lagenda yang terbaharu. Kami berdua yang menarik kamu ke dimensi ini," kata salah seorang diantara serigala tersebut.

"Apa tujuan kamu berdua menarik kami berdua ke sini? Siapakah kamu berdua? Apa maksud kamu dengan membahasakan kami sebagai Kembar Lagenda yang terbaharu?" Soal Syahmi bertubi-tubi. Aku pula memegang lengan Syahmi dengan erat.

"Saya Aila dan di sebelah saya ini adalah Pyro. Kami berdua adalah spirit animal Kembar Lagenda. Kamu berdua adalah Kembar Lagenda yang seterusnya setelah pemergian Kembar Lagenda yang lama; Ashley dan Simon. Mereka yang menyuruh kami memilih siapakah untuk meneruskan legasi mereka dan kami telah memilih kamu berdua," jawab Aila, serigala yang berwarna ungu bercampuran biru itu.

"Legasi? Kenapa kami?" soalku pula.

"Kami berdua telah memerhati kamu berdua dari kecil lagi dan tujuan kami memilih kamu kerana kami tahu kamu berdua mempunyai hati budi yang baik dan ingin menolong orang di sekeliling kamu berdua. Kamu ingin melindungi mereka dari segala ancaman. Disebabkan itu, kami berdua telah memilih kamu berdua," terang Pyro, serigala yang berwarna hijau bercampuran biru itu.

Aku dan Syahmi berpandangan. Aku mengaru kepalaku kerana tidak tahu akan perkara ini akan terjadi. Aila dan Pyro perasan akan keraguan kami berdua. Mereka mengambil keputusan untuk mendiamkan diri terlebih dahulu.

"Kalau kami tidak menerima kamu berdua, apa yang akan terjadi?" soal Syahmi. Pyro dan Aila memandang dengan riak terkejut. Mereka tidak sangka soalan sebegitu akan dituju kepada mereka. Apabila melihat Aila dan Pyro terkesima, Syahmi mengeluh dan memandangku untuk minta pendapat.

The Lost Heir of Avalor [TLHA]Where stories live. Discover now