"Insya'Allah." Itu sahaja yang mampu Hazirah dan Syahmi ucapkan kerana masing-masing tahu bahawa ajal maut berada di tangan Tuhan dan siapalah mereka untuk menentukan kematian mereka. Hazirah dan Syahmi melangkah keluar dari bilik pejabat Huzair. Mereka menuju ke sebuah bilik rekaan Aiman, bilik latihan visual [BLV], untuk latihan seterusnya bersama spirit beast mereka. Muaz, Khaulah, Batrisya dan Huzair menghantar mereka dengan pandangan mata. Mereka hanya mampu berdoa untuk keselamatan Hazirah dan Syahmi untuk peperangan nanti.
**********************************************
Hazirah melangkah ke Forest of Ruins bersama Muaz, Syahmi, Khaulah dan Batrisya. Hutan itu dipenuhi dengan beberapa runtuhan yang cantik dan aman untuk tenangkan diri. Tidak kelihatan seorang manusia yang duduk mahupun tinggal di runtuhan-runtuhan itu. Sekadar haiwan liar yang tinggal di sana.
"Kenapa kita harus ke sini?" soal Batrisya sambil memandang sekeliling runtuhan-runtuhan tersebut.
"Huzair menyuruh kita ke sini kerana di sini, Aila dapat mengesan kuasa yang luar biasa dari arah ini. Ianya seakan-akan seseorang mengaktifkan kuasa tersebut di runtuhan-runtuhan ini. Menurut Huzair, kuasa yang dikesan oleh Aila itu dalam bentuk permata yang mempunyai kuasa yang berbeza. Seingat dia, di sini mempunyai enam biji permata dengan kuasa yang berbeza," terang Hazirah.
"Jadi, sekarang tugas kita adalah untuk mencari permata itu?" soal Khaulah sambil memandang Hazirah.
Hazirah mengangguk sebaik sahaja Syahmi dan Muaz turut memandangnya. Batrisya pula sudah hilang, entah ke mana. Hazirah dan Syahmi menutup mata masing-masing. Mereka berdua cuba mencari permata-permata yang dikatakan Hazirah dengan menggunakan kuasa dan pancaindera mereka. Khaulah dan Muaz sekadar mendiamkan diri untuk memberi sang Kembar Lagenda waktu untuk mencari. Sementara itu, mereka berdua mencari Batrisya. Kelibat Batrisya yang sedang berdiri di hadapan sebuah gua gelap.
"Apa ini?" soal Muaz.
"Gua. Gua yang membawa kita entah ke mana. Nak kena bagitahu kak ngah dan abang Syahmi," balas Batrisya.
Khaulah segera memberitahu Hazirah untuk ke lokasi mereka melalui telepati. Hazirah dan Syahmi segera ke lokasi mereka. Gua itu dipandang dan mereka mula melangkah masuk ke dalam gua tersebut. Selepas hampir tiga puluh minit berjalan dalam gua tersebut, mereka berlima nampak cahaya dan melangkah ke arah itu. Suasana di sebalik cahaya itu amat menarik dan cantik di pandangan mereka. Kelihatan sebuah air terjun yang cantik.
"Kak," panggil Batrisya sambil menunjuk ke arah sesuatu.
Hazirah melangkah ke arah Batrisya dan matanya tidak lepas memandang ke arah yang ditunjukkan oleh adik susuannya itu. Dua orang yang berlainan jantina sedang berkelah di tepi air terjun itu.
"Siapa mereka? Kenapa mereka berada di sini?" soal Khaulah dengan keliru. Hazirah dan Syahmi saling berpandangan dan mengangguk sebelum berjalan ke arah dua orang itu. Muaz ingin menghalang mereka berdua ke hadapan tetapi tidak berkesempatan.
"Saya tidak menyangka bahawa kami akan mengadakan tetamu di sini," tegur si gadis. Blaze of the Light, kecuali Hazirah dan Syahmi, kelihatan terkejut sebaik sahaja sang gadis dan sang jejaka berpusing memandang mereka.
"Oh tidak sangka bahawa keturunan kami datang ke mari," tutur sang jejaka pula.
"Ashley dan Simon, Kembar Lagenda yang pertama," kata Hazirah dan Syahmi dengan serentak.
Aila dan Pyro, yang berada di dalam badan Hazirah dan Syahmi, sekadar memerhati sang Kembar Lagenda yang pertama. Tiada tanda-tanda bahawa mereka berdua ingin berbual dengan Ashley dan Simon. Khaulah, Muaz dan Batrisya pula memandang Kembar Lagenda yang pertama dengan Kembar Lagenda sekarang bersilih-ganti.

YOU ARE READING
The Lost Heir of Avalor [TLHA]
FantasyCOMPLETED Hazirah Aisyah, seorang gadis yang berusia 17 tahun dan dia tidak mempunyai kawan di sekolah kerana matanya yang berwarna coklat muda berbanding yang lain. Di sekolah, semua rakan sekolahnya mempunyai kuasa. Manakala dia? Hazirah tidak mem...