Kelas 4-G akan mengadakan kelas Sejarah sebentar lagi. Ramai pelajar sudah berada di dalam kelas tersebut. Hazirah dan Khaulah sedang membaca buku teks Sejarah untuk mengetahui apa yang bakal diajar oleh guru mereka. Rakan-rakan mereka yang lain sedang seronok berbual antara satu sama lain. Guru Sejarah, Mr Shamir, melangkah masuk bersama sebuah kumpulan lelaki.
"Assalamualaikum semua. The Alpha akan turut serta dalam kelas kita buat hari ini. Mari kita mulakan kelas Sejarah," kata Mr Shahmir sebelum sambung kata-katanya, "Hari ini, kita akan ke topik yang seterusnya. Topik ini mengenai suatu kerajaan yang sudah lama runtuh akibat dendam."
"Kerajaan apakah itu?" soal salah seorang pelajar.
"Bagus soalan kamu. Ada sesiapa mahu teka?" tanya Mr Shahmir sambil memandang pelajar-pelajarnya.
The Alpha, yang sedang berdiri di belakang kelas sambil bersandar di dinding, tersenyum kerana mereka tahu akan apa yang sedang dibicarakan oleh Mr Shahmir. Ramai pelajar cuba meneka tetapi kesemua jawapan mereka salah. Khaulah dan Hazirah mengangkat tangan mereka dan berkata secara serentak, "The Forgotten City?"
Mr Shahmir mengangguk manakala The Alpha sudah tersengih. Huzair pula mengukir senyuman tipis di bibirnya.
"The Forgotten City merupakan sebuah kerajaan yang terletak tidak jauh dari kerajaan kami dan nama sebenar kerajaan itu adalah Kerajaan Avalor, bukan The Forgotten City. Raja dan permaisuri di kerajaan itu amat baik dan disenangi ramai penduduk walaupun mempunyai ketegasan mereka yang tersendiri. Mereka berdua dikurniakan seorang putera lelaki yang amat dikenali oleh ramai penduduk akibat sifat peramahnya dan ketampannya. Dengar cerita, Permaisuri Saida Al-Harith dan Raja Mukhtar Iqbal sedang menantikan anak kedua mereka yang akan dilahirkan tidak lama lagi," cerita Mr Shahmir.
"Apa terjadi kepada Permaisuri Saida, Raja Mukhtar dan anak-anaknya sewaktu peperangan dan selepas peperangan?" soal salah seorang pelajar.
"Sewaktu peperangan, Permaisuri Saida telah melahirkan seorang puteri. Raja Mukhtar dan putera sulungnya, yang baharu sahaja berumur 5 tahun itu, menemani permaisuri dan puteri sulung di bilik salin. Pada waktu itu, keadaan kerajaan itu amat teruk tetapi tentera-tentera kerajaan itu tetap bersemangat untuk terus memperjuangkan negara dan melindungi Raja Mukhtar sekeluarga. Permaisuri Saida dan Raja Mukhtar segera mengambil tindakan untuk menghantar putera dan puteri mereka jauh dari kerajaan kerana pihak musuh inginkan kuasa puteri mereka. Puteri mereka sememangnya mempunyai kuasa yang amat unik dan rare. Jadi, mereka menyuruh salah seorang dari jeneral mereka yang amat terhandal dan termuda untuk melindungi mereka berdua dan lari dari peperangan itu. Peperangan itu diselesaikan dengan gabungan kuasa Permaisuri Saida dan Raja Mukhtar iaitu bayang dan cahaya. Semenjak itu, kerajaan itu tidak mempunyai ramai penduduk seperti dahulu dan sehingga sekarang, mereka tidak tahu di mana putera dan puteri Kerajaan Avalor. Disebabkan peperangan itu juga, Kerajaan Avalor dinamakan The Forgotten City kerana tidak ramai orang yang kunjungi kerajaan itu dan telah melupakan kerajaan itu," terang seseorang.
Semua orang, yang berada di dalam kelas itu, memandang Huzair dengan pandangan terkejut. Mr Shahmir turut memandang Huzair sebelum tersengih. Mereka hairan akan mengapa Huzair turut mengetahui kisah tersebut. Hazirah, yang turut memandang Huzair, mula memikirkan mimpi-mimpi yang dialaminya selama ini. Kisah yang diterangkan Huzair tadi hampir sama dengan apa yang dimimpikannya. Huzair perasan bahawa Hazirah sedang memandangnya sambil termenung. Dia sedar bahawa ada sesuatu yang Hazirah menganggu fikirannya namun dia tidak mahu masuk campur.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kelas PJ
Kelas 4-G sudah berada di padang Akademi Shadowille. Muaz dan Khaulah sedang berjalan sambil mencari seseorang. Hazirah sekadar mengikut mereka ke mana sahaja mereka pergi. Guru mereka untuk kelas PJ, Cikgu Luthfi, belum tiba di padang tersebut. Hazirah perasan Syahmi sedang berdiri seorang diri berdekatan dengan salah satu dinding sekolah. Hazirah menarik Khaulah dan Muaz ke arah situ kerana dia percaya bahawa mereka sedang mencari Syahmi. Sebaik sahaja Cikgu Luthfi tiba, dia memulakan kelas dengan menerangkan kenapa penting untuk ada kuda.
"Sekarang ini, kamu boleh berjalan di sekitar padang. Kuda-kuda akan keluar dari kandang mereka. Tolong ingat bahawa kuda yang memilih kamu dan bukan kamu yang memilihnya," terang Cikgu Luthfi.
Hazirah dan kawan-kawannya masih berdiri di tempat mereka jumpa Syahmi. Mereka melihat kuda-kuda yang sudah keluar dari kandang dan berada di sekeliling mereka. Muaz dan Khaulah sudah berlalu pergi. Sebelum Syahmi sempat berlalu pergi, mereka berdua perasan bahawa dua pasang mata sedang memandang mereka. Dua ekor kuda, yang berbeza warna dari kuda-kuda yang lain, sedang memandang mereka dan mendekati mereka. Seekor kuda berwarna pastel green dan lagi seekor berwarna pastel purple. Hazirah cuba meletakkan tangannya di kepala kuda yang berwarna ungu itu tetapi kuda itu melarikan kepalanya. Syahmi pula sudah mula mengusap kepala lagi seekor kuda itu. Hazirah memikirkan pelbagai cara dan secara tiba-tiba, dia mempunyai sebuah idea untuk memilih kuda itu. Hazirah menutup matanya dan meletakkan tapak tangannya ke hadapan, menghadap kuda itu. Selepas dia melakukan perkara tersebut, kuda itu meletakkan kepalanya dengan perlahan ke tapak tangan tersebut. Hazirah mengusap kepalanya seperti tidak pernah jumpa sebelum ini. Kawan-kawan mereka, yang baru sahaja tiba di sekeliling mereka, terkejut melihat kuda Syahmi dan Hazirah.
"Wey korang. Apa nama yang akan korang letakkan untuk kuda korang?" Soal Khaulah dengan teruja sebelum berkata, "Aku akan letakkan nama Smokey."
"Aku pula akan letakkan Jasper," balas Muaz.
Hazirah dan Syahmi diam sebentar sebelum Syahmi berkata, "Blaze."
"Aku pilih nama Roza," balas Hazirah sambil memandang kawan-kawannya.
Sebaik sahaja Cikgu Luthfi memandang kuda-kuda yang dimiliki oleh Syahmi dan Hazirah, dia segera membawa mereka berdua ke bilik Pengetua Suzy. Di bilik Pengetua Suzy, Hazirah dan Syahmi duduk di sofa yang disediakan. Pengetua Suzy sedang duduk di kerusinya sambil memikirkan kata-kata Cikgu Luthfi. Dia tidak sangka dua kuda, yang pernah dimiliki oleh Kembar Lagenda, telah memilih mereka berdua. Di dalam mindanya, terdapat beberapa soalan yang dia tidak tahu akan jawapannya. Benarkah mereka berdua Kembar Lagenda yang seterusmya? Adakah ini tanda peperangan yang lama akan kembali dan menjadi peperangan mereka?
"Pengetua," tegur Cikgu Luthfi. Pengetua Suzy memandang Cikgu Luthfi sebelum memandang Hazirah dan Syahmi. Kepalanya semakin pening, memikirkan kuasa dua pelajarnya itu.
"Kamu berdua tahu apa kedua-dua kuda itu dinamakan?" soal Pengetua Suzy.
"Kuda Kembar Lagenda?" balas Hazirah dengan soalan. Pengetua Suzy dan Cikgu Luthfi terkejut apabila nama itu dikeluarkan dari mulut Hazirah. Syahmi sekadar memandang Hazirah buat seketika dan tidak menunjukkan sebarang reaksi. Cikgu Luthfi memandang Pengetua Suzy untuk kepastian.
"Bagaimana kamu tahu?" soal Pengetua.
"Saya dapat merasakan aura yang sama seperti aura yang saya rasakan semasa pengetua ingin tahu kuasa saya," balas Hazirah.
"Pengetua. Jangan kata bahawa ..." kata Cikgu Luthfi apabila memandang Hazirah dan Syahmi bersilih ganti, sebelum menyambung kata-katanya, "... mereka adalah Kembar Lagenda yang baharu."
"Saya tidak pasti tapi mungkin ini akan menjadi permulaan baharu untuk mereka. Buat sementara ini, kita harus merahsiakan tentang perkara itu buat sementara waktu ini," kata Pengetua Suzy.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jangan lupa vote dan komen pendapat anda!
YOU ARE READING
The Lost Heir of Avalor [TLHA]
FantasyCOMPLETED Hazirah Aisyah, seorang gadis yang berusia 17 tahun dan dia tidak mempunyai kawan di sekolah kerana matanya yang berwarna coklat muda berbanding yang lain. Di sekolah, semua rakan sekolahnya mempunyai kuasa. Manakala dia? Hazirah tidak mem...