1

122 13 2
                                    

Suasana pagi itu amat dingin dan ramai pelajar melangkah menuju ke salah satu akademi. Akademi itu terletak di Kerajaan Alantia. Ada yang dihantar oleh ibu bapa, menaiki kenderaan dan ada yang menaiki kenderaan sendiri. Ada juga pelajar yang berjalan kaki. Di antara pejalan kaki, ada yang masih mengantuk, ada yang sedang berborak dengan kawan masing-masing dan ada juga melangkah ke sekolah dengan penuh semangat tetapi tidak bagi seseorang. Gadis itu, berumur 17 tahun, melangkah ke akademi tersebut tanpa kawan dan perasaan.

Mesti hairan, kenapa gadis itu pergi ke akademi tanpa kawan? Sebabnya adalah ramai tidak suka akan matanya yang berwarna coklat muda dan rambutnya yang berwarna coklat hitam berbanding mereka yang mempunyai mata yang mengikut kuasa masing-masing. Pelik, bukan?

Setiba di akademi yang bernama Akademi Mystic, ramai membisik antara satu sama lain manakala gadis itu mendiamkan diri kerana sudah terbiasa akan bisikan-bisikan mereka itu. Gadis itu terus melangkah ke kelasnya dan meletakkan begnya di sebelah kerusinya. Dia sudah biasa dengan keadaannya yang tidak mempunyai kawan, sering dijadikan mangsa pembulian ramai dan sering dijadikan perbualan ramai. Kelas bermula tidak lama kemudian dan dia hanya fokus pada pelajarannya.

Kring... Kring...

Loceng sekolah berbunyi tanda waktu rehat bermula. Tiba-tiba, tangan gadis tersebut ditarik perlahan. Apabila gadis itu memandang belakang, guru yang mengajarnya subjek Kimia, mengukir sebuah senyuman untuknya.

"Ada apa-apa yang boleh saya bantu, Cikgu Nurin?" soal gadis itu dengan sopan walaupun kelihatan dingin.

"Hazirah, bolehkah awak bantu saya bawa buku-buku ini ke bilik saya? Kebetulan, pengetua akademi ingin berjumpa dengan awak," balas Cikgu Nurin disertai senyuman manis.

Soalan Cikgu Nurin dijawab dengan anggukan. Hazirah kelihatan resah apabila mengetahui bahawa pengetua hendak bertemu dengannya. Kenapa pengetua ingin bertemu dengannya? Dia ada buat salah ke? Soalan demi soalan terlintas di mindanya apabila dia berjalan mengikut cikgunya ke bilik guru. Cikgu Nurin ketawa kecil melihat reaksi Hazirah.

"Hazirah, awak jangan khuatir. Awak tidak membuat apa-apa kesalahan. Pengetua sekadar mahu berbual dengan awak," kata Cikgu Nurin. Hazirah mengangguk dan melangkah ke bilik pengetua. Apabila dia berada di hadapan bilik pengetua, dia menenangkan diri sebelum mengetuk pintu tersebut.

"Masuk," kata seseorang dari dalam. Hazirah memasuk ke dalam dan memberi salam. Dia kelihatan gelisah apabila melihat pengetua itu memandangnya sambil senyum kepadanya setelah menjawab salamnya. Dia kelihatan sedikit terkejut apabila melihat ibu bapanya dan juga adiknya berada di situ.

"Hazirah. Mari masuk dan sila duduk," ajak Pengetua Rashid. Hazirah menurut dan Pengetua Rasyid memulakan perbualan.

"Hazirah.. Saya memanggil kamu ke sini kerana ibu bapa kamu ingin kamu tukar ke akademi yang lain," kata pengetua. Hazirah terkejut dan memandang ibu bapanya. Mereka mengangguk.

"Tapi kenapa?" soal Hazirah.

"Akademi ini jauh dari rumah kami, bukan? Lagipun, kenapa nak buang masa mengambil bas lepas itu berjalan lagi? Lebih baik tukarkan kamu ke akademi yang lebih dekat," balas ayah Hazirah. Ibunya mengangguk setuju.

"Lagi pula kamu sering menjadi mangsa pembulian di sini, bukan?" soal Pengetua Rasyid.

"Bagaimana... ?"

Belum sempat Hazirah menghabiskan ayatnya, Pengetua Rasyid jawab dengan senyuman sinisnya, "Akademi ini mempunyai banyak kamera. Saya tahu apa para pelajar mahupun para guru lakukan."

"Jadi, saya akan ditukarkan akademi? Akademi mana?"

"Akademi terbaik di kerajaan ini, Akademi Shadowille," balas Pengetua Rasyid.

The Lost Heir of Avalor [TLHA]Where stories live. Discover now