2

87 11 2
                                    

Keesokan hari

Tepat pukul 5.20 pagi, Hazirah bangun dan membersihkan diri. Setelah itu, dia menunggu untuk waktu Subuh sebelum menyiapkan diri untuk membuat senaman. Puan Damia dan Batrisya sudah berada di dapur untuk menyiapkan sarapan sebelum masing-masing pergi ke tempat kerja mahupun akademi, kecuali Puan Damia. Setelah bersenam, Hazirah bersiap sedia untuk sarapan sebelum keluar rumah bersama Batrisya. Tepat pukul 6.30 pagi, Hazirah pergi ke akademi bersama Batrisya. Hazirah dan Batrisya berbual sambil mengayuh basikal ke Akademi Shadowille.

"Batrisya dari kelas apa?" soal Hazirah dengan curiga.

"Kelas Risya adalah 3-G, maksudnya 3 Gold," balas Batrisya.

"Ouhh. Risya boleh tak terangkan tentang sistem akademi ini?"

"Setiap kali pelajar baharu masuk ke akademi, pengetua akademi, Pengetua Suzy, akan mengadakan perlawanan dari segi senaman dan kuasa. Pengetua Suzy selalunya tidak akan periksa kuasa pelajar-pelajar terlebih dahulu selagi tiada perlawanan. Kalau kes akak, Pengetua Suzy mungkin akan suruh akak masuk ke pejabatnya terlebih dahulu untuk mengetahui kuasa akak. Risya masih rasa akak ada kuasa elemen kerana jika tidak, akak tidak akan ada sebarang kuasa abiliti. Kalau dari segi kepintaran, akak mungkin akan masuk ke kelas pertama, 4-G atau dipanggil, 4 Gold. Dari segi perlawanan, Risya tidak tahu," terang Batrisya secara terperinci.

"Ada beberapa kelas di akademi ini?" soal Hazirah.

"3 kelas bagi setiap tingkatan. Sebagai contoh, untuk umur 16 dan 17 tahun, kelas mereka akan diketahui sebagai 4 Gold (4-G), 4 Silver (4-S) dan 4 Bronze (4-B)," terang Batrisya lagi.

Hazirah mengangguk tanda dia faham akan penerangan adik susuannya itu. dan mereka telah tiba di Akademi Shadowille. Kelihatan seorang wanita yang dalam usia 40-an sedang menunggu mereka di halaman sekolah.

"Selamat pagi, Pengetua Suzy. Ini kakak saya, Hazirah. Akak, ini Pengetua Suzy," tegur Batrisya sambil mengenalkan wanita tersebut kepada Hazirah.

"Selamat pagi," tegur Pengetua Suzy sambil mengukirkan senyuman kepada mereka berdua.

Hazirah membalas senyuman Pengetua Suzy sambil menundukkan kepalanya sedikit. Pengetua Suzy terkejut apabila melihat rambut dan mata Hazirah berbeza dengan pelajar-pelajar yang lain. Batrisya meminta diri terlebih dahulu untuk masuk ke kelas manakala Pengetua Suzy membawaku ke pejabatnya. Hazirah sempat memberitahu Pengetua Suzy bahawa dia tidak mempunyai sebarang kuasa elemen tetapi mempunyai kuasa abiliti seperti penyembuhan dan manipulasi masa. Pengetua Suzy tidak tahu apa yang harus direaksi olehnya kerana dia terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Hazirah. Walau apa-pun, dia membawa Hazirah ke pejabatnya dan memeriksa kuasa Hazirah terlebih dahulu. Apabila sudah tiba di pejabat Pengetua Suzy, Hazirah dipelawa untuk duduk di hadapan sebuah bola krystal.

"Letakkan tangan kamu di bola ini," arah Pengetua Suzy.

Hazirah akur akan arahan Pengetua Suzy dan meletakkan tapak tangannya di bola tersebut. Pengetua Suzy menyuruh Hazirah fokuskan tenaganya pada tapak tangannya. Bola tersebut diwarnai pelangi. Aura yang dikeluarkan amat kuat sehingga boleh dirasakan oleh Pengetua Suzy dan Hazirah. Sekali lagi, Pengetua Suzy amat terkejut akan warna dan aura yang keluar dari bola itu. Hazirah terpinga-pinga melihat reaksi pengetuanya yang sebegitu.

"Hazirah. Kuasa kamu amat unik dan paling jarang ada," kata Pengetua Suzy sebelum menyambung kata-katanya, "Kuasa kamu adalah Kuasa Kembar Lagenda."

Hazirah terkejut sehingga mulutnya ternganga. Dia tidak percaya bahawa dia memiliki kuasa tersebut. Dia menggelengkan kepalanya dan memberitahu pengetua bahawasanya itu mustahil. Tidak mungkin dia memiliki kuasa yang telah lama hapus itu.

The Lost Heir of Avalor [TLHA]Where stories live. Discover now