27

35 7 0
                                    

Assalamualaikum semua! Seperti yang saya buat sebelum ini, saya nak tanya jika menarik ke tidak cerita ini sampai di sini?

Saya inginkan pendapat semua anda sebab saya ingat nak buat sequel jika cerita ini menarik untuk pembaca-pembaca yang berminat.

Saya ada soal perkara ini di mb saya dan jika anda semua ada idea menarik mahupun pendapat masing-masing, anda boleh komen di sini atau di mb saya. Terima kasih!!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Muaz menghalangku dari berlari ke arah Hazirah dan Syahmi walau berapa kali aku cuba melepaskan diri dari pegangannya. Khaulah memeluk Batrisya yang sudah menangis teresak-esak. Guardians membuat sebuah dinding besar untuk melindungi askar-askar yang ada di padang daripada impak bebola api itu. Raja Rizal sudah menundukkan kepalanya kerana tidak sanggup melihat. Dia tidak sempat untuk menolong mereka berdua kerana serangan Raja Drake Jones hampir dekat dengan sang Kembar Lagenda. Syahmi dan Hazirah memandang Raja Drake Jones dengan tergamam. Mereka berdua tidak sempat mengelak dari serangan itu dan Hazirah bertindak untuk memeluk Syahmi. Mereka berdua menutup mata mereka sebaik sahaja serangan itu berhampiran dengan mereka. Akan tetapi, tidak ada apa-apa yang berlaku kepada mereka.

"Apalah kau berdua ini? Serangan seperti ini, kau berdua tidak dapat halangkah?" soal seseorang yang dikenali Hazirah dan Syahmi.

Syahmi dan Hazirah membuka mata mereka dan kelibat Kembar Lagenda yang pertama sedang berdiri di hadapan mereka. Serangan Raja Drake Jones itu berjaya dihalang oleh Ashley dan Simon. Ramai tergamam dan terkelu melihat Kembar Lagenda yang pertama itu tetapi Muaz, Khaulah dan Batrisya kelihatan lega apabila melihat Kembar Lagenda yang pertama itu. Huzair turut melepaskan nafasnya dengan penuh kelegaan.

"Kembar Lagenda seterusnya, teruskan perjuangan kamu berdua demi keamanan. Ambil segala memori-memori kami sebagai pembimbing kamu berdua," kata Ashley dan Simon secara serentak dan tiba-tiba.

Badan mereka berdua jatuh dan sempat ditangkap oleh Hazirah dan Syahmi. Rupa-rupanya, kesan serangan Raja Drake Jones yang ditahan oleh Kembar Lagenda yang pertama telah mengambil seluruh tenaga mereka berdua akibat ingin menyelamat Hazirah dan Syahmi. Ashley dan Simon mengukirkan sebuah senyuman manis kepada Hazirah dan Syahmi sebelum badan mereka menghilang. Aila dan Pyro menunduk tanda kesedihan, termasuk Hazirah dan Syahmi. Yang lain turut menunduk sebelum memandang Hazirah dan Syahmi.

"Huz, ada bawa permata-permata itu?" soal Raja Rizal kepada Huzair. Huzair mengangguk dan berlari ke khemahnya untuk mengambil permata-permata itu.

"Ayahanda, apa yang ayahanda ingin lakukan dengan permata-permata itu?" soal Muaz dengan penuh kekeliruan.

"Permata-permata ini boleh digunakan dalam apa-apa keadaan kecemasan tidak kira baik atau buruk. Jika ia jatuh ke tangan Raja Drake Jones, dia akan menggunakan permata-permata ini untuk kemusnahan. Huz, kamu akan membawa permata-permata ini ke Hazirah dan Syahmi," balas Raja Rizal.

Muaz, Khaulah, Huzair dan Batrisya memandang Raja Rizal dengan keliru namun pandangan mereka dibalas dengan senyuman misteri. Huzair terbang ke arah Kembar Lagenda dan menunggu di belakang mereka dengan Muaz menemaninya. Aura Hazirah dan Syahmi semakin kuat dan kuasa mereka semakin meningkat. Hazirah memegang tangan Syahmi. Aura mereka berdua bercampuran manakala kuasa api dan petir mengelilingi mereka berdua. Raja Drake Jones memandang mereka berdua dan menyerang mereka berkali-kali. Namun setiap serangannya tidak berjaya untuk mencederakan sang Kembar Lagenda. Raja Drake Jones tidak berhenti serangannya. Dia cuba menyerang Muaz dan Huzair. Serangannya sempat dihalang oleh Syahmi dengan membuat pelindung di sekeliling Muaz dan Huzair.

The Lost Heir of Avalor [TLHA]Where stories live. Discover now