6

72 9 0
                                    

Harap maklum bahawa buku ini akan dipublishkan pada setiap hari Jumaat, insya'Allah. Mulai minggu hadapan, saya tidak akan publish buku ini buat sementara waktu kerana ingin memberi sepenuh tumpuan pada peperiksaan yang akan datang.

ENJOY!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Untuk lima pemenang utama pula, saya akan umumkan dengan serentak tetapi bermula dari tempat kelima. Pemenang-pemenang itu adalah..... BATRISYA RANIA, KHAULAH RUSYDI, MUAZ AIRY, HAZIRAH AISYAH DAN PUTERA SYAHMI ILYAS! Berikan tepukan gemuruh untuk mereka," kata Cikgu Lily.

"Raja Rizal akan memberitahu apa hadiah yang ingin beliau berikan kepada mereka. Tuanku, silakan," terang Cikgu Lily.

"Untuk pengetahuan semua, saya akan menghadiahkan sesuatu untuk pemenang-pemenang ini seperti apa yang saya lakukan pada perlawanan yang lepas. Hadiah yang akan saya berikan kepada mereka adalah sebuah rumah yang berdekatan dengan rumah saya dan akademi ini untuk menjalankan misi, memulakan latihan sebagai pahlawan negara dan juga fokus kepada pembelajaran. Ia seperti apa yang saya hadiahkan kepada The Alpha, senior kamu. Sekian," kata Raja Rizal dan berlalu pergi.

Hazirah, Khaulah, Muaz dan Batrisya sudah ternganga akan apa yang dikatakan Raja Rizal Al-Siddiq. Secara jujurnya, mereka tidak sangka, Raja Rizal akan menghadiahkan sebuah rumah untuk mereka duduki. Syahmi, Huzair dan The Alpha ketawa apabila melihat reaksi mereka berempat. Mereka semua telah diarah untuk bertemu dengan Pengetua Suzy sementara pelajar-pelajar yang lain akan berunsur pulang.

"Ada apa Pengetua Suzy ingin berjumpa dengan kami?" soal Syahmi bagi pihak mereka kepada Pengetua Suzy.

"Seperti kamu dengar dari Raja Rizal, beliau sudah memberi sebuah hadiah sebagai tanda kemenangan kamu dan juga misi-misi kalian yang akan datang. Beliau juga ingin kamu berpindah ke rumah itu secepat mungkin agar senang buat kamu berlima untuk memulakan misi pertama. Misi pertama kamu akan saya bagitahu kepada The Alpha dan mereka akan memberitahu kamu berlima selepas kamu berpindah," balas Pengetua Suzy. Hazirah, Batrisya, Khaulah, Muaz dan Syahmi saling berpandangan sebelum memandang Pengetua Suzy untuk meneruskan kata-katanya.

"Selepas kamu berpindah ke rumah itu, saya ingin kamu memilih seorang ketua kumpulan dan namakan kumpulan kamu seperti The Alpha. Huzair akan menjadi mentor untuk kumpulan kamu," terang Pengetua Suzy.

Mereka berlima mengangguk dan meminta diri untuk pulang. Muaz dan Khaulah membawa Hazirah untuk mengikut mereka singgah ke istana Kerajaan Alantia tetapi Hazirah tidak mahu. Selepas dipujuk oleh Khaulah, Hazirah mengambil keputusan untuk mengikut dan sempat pesan dekat Batrisya bahawa dia tidak mungkin akan pulang ke rumah sehingga lewat malam. Setiba di istana Kerajaan Alantia, mereka memberi salam dan menempatkan kasut-kasut mereka di tempat yang telah disediakan. Mereka melangkah masuk dan ada pembantu rumah, yang berlalu, memberi hormat kepada Syahmi. Syahmi sekadar mengangguk walaupun wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi. Mereka tiba di tempat di mana ayahanda dan bondanya berada.

"Ayahanda, bonda. Abang mana?" soal Syahmi sementara menyalami kedua tangan Raja Rizal dan Permaisuri Khadija.

"Abang kamu seperti biasa lah. Kalau bukan dekat pejabat dia, dekat mana lagi," balas Raja Rizal. Muaz mengikut perbuatan Syahmi manakala Khaulah menarik tangan Hazirah untuk mengikut apa yang mereka lakukan.

"Pasti ayahanda dan bonda sudah kenal Hazirah, bukan?" kata Khaulah. Raja Rizal memandang serta mengangguk manakala Permaisuri Khadija memberi sebuah senyuman manis. Mereka berdua perasan akan sesuatu aura berada di dalam diri Hazirah seperti mana mereka dapat merasakan sesuatu aura berada di dalam diri anakanda mereka, Syahmi.

"Muaz, Khaulah. Kamu berdua boleh teman bonda sekejap. Ayahanda ingin berbicara dengan Hazirah dan juga Syahmi," kata Permaisuri Khadija apabila perasaan akan pandangan yang diberikan oleh suaminya kepada Syahmi dan Hazirah bersilih ganti. Sebelum Permaisuri Khadija pergi, dia sempat memeluk Hazirah. Muaz dan Khaulah mengikut Permaisuri Khadija dari belakang manakala Raja Rizal pula memandang Syahmi dan Hazirah.

"Kamu berdua mempunyai aura yang sama. Pasti ada sesuatu, bukan?" soal Raja Rizal dengan curiga. Syahmi memandang Hazirah sebelum menerangkan perkara sebenar kepada ayahandanya. Raja Rizal mengangguk apabila mendengar cerita mereka.

"Mari kita masuk ke dalam. Lagipun, kamu berdua belum sempat mandi dan makan. Anakanda, kamu bawa Hazirah ke bilik tetamu yang bersebelahan dengan kamu," arah Raja Rizal. Syahmi sekadar mengangguk.

"Terima kasih, Tuanku," kata Hazirah.

"Sama-sama. Jangan panggil Tuanku dan Permaisuri lagi. Panggil sahaja ayahanda dan bonda," balas Raja Rizal. Syahmi membawa Hazirah ke bilik yang bersebelahan dengan biliknya.

"Kalau nak apa-apa, kau ketuk kat bilik kiri atau bilik depan. Takut nanti sesat pula kat istana ni. Bilik kiri adalah bilik Khaulah manakala bilik depan adalah bilik aku," pesan Syahmi. Hazirah mengangguk akan kata-kata Syahmi dan melangkah masuk ke dalam bilik, yang telah dijadikan sebagai biliknya buat seketika untuk berehat. Tiba-tiba, ada suara di dalam mindanya.

'Irah.. Kamu di mana?' soal Encik Zul melalui telepati.

'Irah ada di istana. Salah seorang kawan Irah adalah putera Negara Alantia. Kenapa, ayah? Hazirah sudah pesan kepada Batrisya untuk memberitahu ayah,' balas Hazirah di minda.

'Begitu, kamu akan pulang atau tidak? Hari akan gelap tidak lama lagi.'

'Tengok dulu, ayah. Kalau Irah sempat pulang, Irah pulang.'

'Baiklah.'

Di situ, telepati diantara Hazirah dan ayah susuannya putus. Hazirah bercadang untuk membersihkan diri dan bersiap sedia untuk makan malam. Itu pun, Khaulah yang memberitahunya. Selepas makan malam, Khaulah dan Muaz ke padang untuk berlatih. Hazirah pergi ke biliknya untuk berehat. Raja Rizal dan Permaisuri Khadija melakukan tugasan mereka masing-masing. Syahmi juga ke biliknya untuk berehat. Kedengaran ketukan dari luar membuat Hazirah melangkah ke pintu dan membuka.

"Kau rupanya, Khaulah. Aku ingat siapa tadi. Bukankah kau dengan Muaz tadi?" kata Hazirah.

"Ya, aku baru nak balik dari padang. Aku cuma nak cakap yang dua puluh minit lagi, ayahanda dan bonda ingin berjumpa dengan kau," kata Khaulah sambil memandang Hazirah.

"Ouhh okayy. Dekat mana ya?" Soal Hazirah.

"Nanti aku teman kau pergi sana," balas Khaulah.

Hazirah mengangguk dan meminta diri untuk bersihkan diri. Dia memakai gaun biru paras pehanya serta seluar legging yang telah disediakan di dalam bilik itu. Dia sempat mengikat rambutnya secara bun. Hazirah keluar dan melangkah ke bilik Khaulah. Dia mengetuk pintu hampir lima minit tetapi tiada balasan. Dia ternampak satu nota terselit di celah pintu.

Nota itu ditulis, 'Maaf, aku tak dapat nak bawa kau pergi jumpa ayahanda dan bonda. Tiba-tiba, Muaz mengajak aku pergi membuat rondaan di istana. Ayahanda dan bonda ada di perpustakaan istana. Kau suruh Syahmi bawa kau kalau kau tak tahu.'

Hazirah mengeluh dan melangkah ke bilik Syahmi. Dia mengetuk dan beberapa minit kemudian, pintu Syahmi buka.

"Syahmi.. Kau boleh tolong bawa aku ke perpustakaan istana? Ayahanda dan bonda nak jumpa aku," Soal Hazirah setelah kelibat Syahmi muncul di pintu bilik.

"Hmm.. Aku nak tukar pakaian kejap," balas Syahmi sebelum menutup pintu.

Setelah beberapa minit, Syahmi pun keluar dan membawa Hazirah ke perpustakaan. Pakaian Syahmi pula berbaju tee yang berwarna biru serta seluar trek berwarna hitam, sepertinya. Setiba di perpustakaan, Syahmi dan Hazirah melangkah masuk dan menuju ke ayahanda dan bonda Syahmi. Hazirah terpegun akan kecantikan dan betapa besarnya perpustakaan di istana Alantia. Setelah melihat kelibat Raja Rizal dan Permaisuri Khadija, Hazirah berterima kasih akan pertolongan Syahmi dan Syahmi berlalu pergi ke rak-rak buku.

"Assalamualaikum ayahanda, bonda. Ada apa ayahanda dan bonda memanggil Hazirah?"

TBC

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Jangan lupa vote dan komen pendapat anda!

The Lost Heir of Avalor [TLHA]Where stories live. Discover now