BAB 2

68 8 0
                                    

Seperti yang dijanjikan, selepas tamat persekolahan Nad akan pergi menziarahi kucing yang kuat sentap. Ya, Miko.

Dari jauh Nad sudah nampak Miko sedang menjilat jilat badannya. Nad tersenyum nipis.

"Woii Miko" sergah Nad. Terkejut kucing tu. Jahat seh.

"Meow!!"

Uuuu takut betul. Nad duduk sambil menyandar kan dirinya ke dinding. Miko pula sudah selamat duduk di atas badan Nad. Siap baring pulak tu.

Amboi amboi! Kau ingat aku ni katil free kau ke? Nasib sayang cehh.

Sesekali Nad mengusap usap badan Miko yang hampir terlelap itu. Bestnya jadi kau kan. Tkde stress stress pun hidup. Cuma tula, cari makan la susah kalau tkde orang yang baik hati cam aku ni.

"Miko, aku nak mati" ucap Nad tanpa berperasaan.

Miko yang hampir terlelap itu terus bangun dan mengeliat. Bukan kaleng kaleng dia punya mengeliat tu.

Tiba tiba.

"MEOWW!!"

"Arghhh!! Sakitla Miko! Kau pahal do. Okey okey fine! Tak cakap nak mati lagi eee!"

Korang tahu Miko buat apa? Dia boleh cakar pastu gigit mulut aku! Dasar tak kenang budi. Aku tak bagi makanan seminggu kang baru tahu.

"Dah aa. Aku nak balik. Kau tunggu besok aku tanak kawan. Bye Miko gemok" ujar Nad lalu berlari laju apabila dia nampak ada tanda tanda Miko ingin menyerangnya lagi.

Huh! Selamat gue. Jalan jalan cari rumah. Ye, aku sesat kawan kawan. Aku dah kata aku ni pelupa sikit. Bukan sikit la banyak. Macam Dory. You know Dory right. If you don't know. Baik kau pergi tengok cerita 'FINDING DORY'.

Hm seketul Nad sedang berpusing pusing mencari lorong rumahnya.

'Asal la banyak sangat rumah kat taman aku ni. Sikit sikit sudahla. Lebih lebih aku yang sesat ha.' Bisik hatinya.

Okey! Fine! Salah aku sebab belagak sangat nak balik jalan kaki. Huh!

Ok. Faham. Memang hari ni adalah hari malang aku. Kau tahu apa jadi? Tak tau? Meh aku kasi tahu.

Ada orang langgar aku!! Geram nya la. Kalau badan tu macam kapas tkpe juga. Ni badan macam kayu. Keras! Sakit kau tahu tak!

"Woii buta ke. Tak nampak jalan eh" marah seorang lelaki di hadapan Nad.

Nad memandang lelaki itu dengan reaksi yang kosong+dingin.

"Sekarang pukul berapa?" Soal Nad dengan nada yang datar.

Lelaki itu mengerutkan dahi. Pelik dengan soalan yang tibe itu. Patutnya sekarang kena gaduh bukan tanya pukul bape do. Lelaki itu melihat jam nya.

"Pukul 3" jawab lelaki itu dengan pelik.

Nad mengangguk.

"So, bukan pukul 7 untuk kite buat drama macam kat tv ye. Apa kata aku minta maaf and then settle. Boleh?" Kata Nad.

Lelaki itu sudah melopong. Biar benar ini perempuan. Tanak gaduh ke do. Aduu.

"Ha yela"

"Oky, aku minta maaf. Bye" kata Nad dan berlalu pergi dari situ. Malas nak gaduh.

Lelaki itu memandang Nad sehingga dia masuk ke sebuah lorong dan hilang.

"Wow, so tak klise. Respect!!" Kata lelaki itu dengan penuh kagum. Apa yang kagum pun tak tahu la.

SAVAGE GIRLWhere stories live. Discover now