Persekolahan berjalan seperti biasa dan Nad kembali ke sekolah setelah seminggu bercuti. Cuti sakit la bukan cuti best best tu.
"Tengokla tu, seminggu cuti. Tah apa tah" kata Sarah sambil membetulkan awning tudungnya.
Nad hanya berdiam sahaja. Malas nak gaduh. Dahla tkde mood ni. Rasanya setiap hari dia tiada mood kalau berada di sekolah. Korang pun tahu sebab apa kan hm.
Nad memandang ke luar. Pagi ni sejuk sebab malam tadi hujan lebat. Sejuk seperti di Cameron Highland. Pernah pergi tak? haa.
Harith diam diam memandang ke arah Nad. Kedudukannya dan Nad agak jauh. Dia duduk di hadapan manakala Nad duduk di belakang.
Tiba tiba, pandangan mereka bersatu. Tetapi sekejap sahaja sebelum Nad menjeling tajam. Harith tersenyum hambar. Dia tahu apa yang dia buat dulu salah sebab tu dia nak bertanggungjawab.
Tidak lama itu, Cikgu Ariq mula masuk ke dalam kelas. Subjek English dimulai selama sejam. Nad mengeluarkan buku dan mula fokus di dalam kelas. Pandangan oleh Harith diabaikan.
Kring!!
Loceng berbunyi menandakan rehat telah tiba. Masing masing dengan cepat mengemas buku. Setelah ucapan terima kasih diucap, semua orang mula berpusu pusu keluar dari kelas.
Nad juga tidak ketinggalan. Dia pun keluar dengan cepat. First dia lapar gile. Second dia nak lari daripada jantan keparat tu. Kang berjumpa kang. Naya je.
Banyak makanan harini. Perut pun dah berbunyi ni. Hm oky, ambik nasi lemak dengan karipap. Air milo dengan buah tembikan dua biji. Sedap doh!
Nad duduk di tempat yang jauh daripada orang ramai. Dia jenis yang tidak suka dengan keramaian orang. Rimas.
Selepas membaca doa, Nad terus menyuap nasi lemak dengan laju. Lapar aa. Sedang asyik makan, ada seseorang datang dan duduk di hadapannya. Nad mengangkat kepala nya. Berubah terus mukanya. Siapa lagi kalau bukan jantan tu.
"Hai Rose" sapa Harith dengan senyuman manis.
"Don't call me Rose" balas Nad dengan tegas. Dia tak layak untuk memanggilnya dengan nama Rose lagi.
"Why? kan sebelum ni Rose suka kalau Harith panggil macam tu"
"Itu dulu"
"Rose marahkan Harith lagi ke?"
Nad tersenyum sinis.
"Orang bodoh je yang tak marah kan kau"
"Tapi, Harith nak bertanggungjawab lepas apa yang Harith dah buat. Kita beritahu parents kita and then kita kahwin nak tak?"
Nad memandang tajam. Lidah ditolak ke tepi mulutnya.
"Kau bodoh eh? kau ingat aku ni apa. Bertanggungjawab? lawak la kau ni"
"Harith dah bersedia nak jaga Rose. Bagi Harith peluang ye"
"Mak Leha tak mati lagi. Dia boleh jaga aku"
"Tapi-"
"Dengar sini eh Harith Naufal. Kau orang yang paling aku percaya dan lepas apa yang jadi, kau ingat aku senang senang nak maafkan kau? eh sampai MATI pun aku takkan maafkan kau la!" marah Nad dan terus berlalu dari situ.
Makanan hanya ditinggalkan begitu sahaja. Tiada mood nak makan.
"Rose!" jerit Harith. Dia ingin mengejar tetapi dia tidak mahu buat kecoh. Lagi lagi dekat dengan kantin.
"Call me Lalisa love me, Lalisa love me!"
"Diam bongok! bising la" marah Andy. Khai hanya mengabaikan Andy lalu sambung menyanyi. Mereka berdua satu kelas.
YOU ARE READING
SAVAGE GIRL
RandomNADIA ROSE- Seorang pelajar perempuan yang bermulut laser. Cari pasal dengannya? Terima la hati yang akan ditikam oleh kata kata nya. "Wey kau apahal dengan semua orang nak menjawab ha? Tkde adab ke?" "Aku ade je adab tapi kalau orang tak hormat aku...