BAB 23

40 5 1
                                    

"Nad!! Cukup Nad, Cukup!" Andy menarik Nad untuk menjauhi dari gadis itu. Ryan juga turut bantu menarik Nad kebelakang. Khai dan Eric pula sedang menarik gadis yang lain.

"Kau diam!! Biar aku ajar perempuan tak guna ni!!"

"You yang patut diajar la perempuan sundal!!"

"Takpayah guna 'i u' la geli bongok!!"

Akhirnya mereka berempat berjaya pisahkan Nad dan gadis tersebut. Tetapi Nad masih meronta untuk dilepaskan.

"Kau sini la kalau berani!! Jangan sampai rambut kerinting kau tu aku cabut!!" Jerit Nad dalam pegangan Andy dan Ryan.

"You la sini!! Dahla pendek, tak berguna pulak tu. Buat susah mak ayah you je!!" Jerit gadis itu pulak.

Nad membulatkan biji matanya apabila gadis itu mula menyebut tentang mak ayahnya yang sudah tiada.

"Tak payah main mak bapak la gile!!"

"Enough!!" Kata Andy dengan muka yang merah. Dahla cuaca panas sekarang.

Nad dan gadis itu terdiam apabila Andy bersuara.

"Apa seh! Kau rupanya!" Kata Khai terkejut apabila dia memandang gadis di dalam pegangannya.

"Dina" desis hati Andy.

"Andyyy. You tengok la apa perempuan ni buat dekat i. Sakit tau kepala i" adu Dina dengan manja.

Andy pandang lama pada Dina sebelum dia membetulkan rambut Dina yang kusut itu.

Semua sudah tercengang dengan sikap Andy. Dina pula sudah tersenyum gedik apabila diperlakukan begitu.

"Andy kau tak payah layan dia macam tu. Kau tau tak dia cakap apa kat a-"

"Enough Nad. Jangan gaduh macam budak budak boleh tak. Dahla dekat public. Tak malu eh?" Nad tersentak. Andy bercakap kasar dengannya.

Dina tersenyum kemenangan apabila Andy seperti berpihak dengannya. Nad mengetap bibirnya. Geram apabila Andy berkata begitu dengannya.

"Jom" Andy tarik tangan Dina untuk pergi dari situ.

"Wo wo wo. Kau nak pergi mana? Dengan minah ni pulak. Kau jangan buat kerja gila eh" tahan Eric.

"Aku ada hal. Korang makan dulu. And Nad, aku tanak kau gaduh dengan Dina lagi. Macam budak tak matang" seraya itu, Dina dan Andy berlalu pergi.

Nad terkilan dengan sikap dingin oleh Andy. Rasanya tadi baru dia bergurau dengan Andy. Kini, dia seperti tidak kenal dengan Andy. Andy tidak berpihak padanya.

Nad menggengam tangannya. Geram, marah dan sedih bercampur baur. Tanpa berlengah, Nad terus pusing kebelakang dan berlalu pergi. Dia ingin balik. Takde mood dia mahu teruskan aktiviti di event ini lagi.

"Aduh Nad! Weyh kau nak pergi mana?"

"Sabarla. Jangan laju sangat!"

"Weyh apahal laju sangat dia jalan ni. Dahla banyak makanan ha kat tangan aku" mereka bertiga mengejar Nad.

"Nad" Ryan mencapai tangan Nad. Nad Tarik tangannya. Tidak mahu disentuh.

"Jangan ikut aku kalau korang still nak kawan dengan aku" dingin Nad berkata.

Mereka bertiga berhenti dari mengejar Nad.

"Aduh masalah betul la jantan keparat ni. Yang dia bela minah tu kenapa eh? Ada masalah otak ke?" Khai geram dengan sikap Andy. Kata dah move on.

"Korang lepak la dulu. Aku hantar Nad balik" kata Ryan lalu berlari mengejar Nad semula.

Eric dan Khai saling berpandangan sebelum mereka mengeluh sesama sendiri.

SAVAGE GIRLWhere stories live. Discover now