BAB 12

54 6 0
                                    

"Assalamualaikum Nadia. Saya Doktor Aqila. Saya yang akan cuba bantu dan rawat awak ye"

Doktor Aqila merupakan doktor psikiatari di hospital itu. Nad memandang tajam doktor itu.

"Saya tak perlukan bantuan doktor. Saya tak sakit" balas Nad dengan dingin. Mukanya sangat serius.

"Awak dah cederakan diri awak Nadia. Saya cuma mahu bantu apa yang patut dan saya harap, awak takkan lakukan perkara sebegini lagi" kata Doktor Aqila dengan lembut.

Ini bukan kali pertama dia berhadapan dengan patient nya yang seperti Nad. Kekasaran dan paksaan bukan caranya. Dia perlu berlembut dan bertoleransi.

"Saya buat tanpa sedar. Bukan sengaja. Jadi saya tak sakit" balas Nad.

"Buat tanpa sedar la bahaya. Sebab tu saya nak bantu awa-"

"Saya dah kata saya tak SAKIT!" kata Nad dengan nada yang tinggi. Sengaja dia tekankan perkataan sakit. Sebab bagi dirinya dia tidak sakit.

"Nadia, boleh saya tahu kenapa awak cederakan diri?"

"Tak tahu" balas Nad acuh tak acuh.

"Awak guna apa toreh tangan ni?"

Nad membuat keputusan untuk berdiam diri. Langsung tidak mahu membuka mulut untuk menjawab sebarang pertanyaan.

"Saya tanya awak ni Nadia" kata Doktor Aqila yang masih bersabar.

Agak mencabar dapat patient yang sebegini. Lagi lagi bila tidak mahu memberi kerjasama.

"Nadia, Doktor Liya rujuk awak kepada saya sebab awak dah cederakan diri. Dan saya nak awak tahu, yang awak tak gila. Awak normal cuma awak lain daripada orang lain je. Tugas saya nak bantu awak saja. Boleh awak beri kerjasama?"

Nad masih berdiam diri dan memalingkan mukanya ke tempat lain. Tidak ingin memandang muka Doktor Aqila.

Doktor Aqila mengeluh perlahan.

"Awak boleh anggap saya seperti kawan awak Nadia. Saya boleh jadi kawan awak. Say-"

"Saya tak perlukan kawan. Saya taknak faham tak?! jangan paksa saya. Selagi saya masih bersabar dan tidak kurang ajar dengan doktor, baik doktor berhenti" kata Nad dengan geram.

Doktor Aqila memandang Nad lama. Cuba memahami keadaan patient nya.


"Makcikk!" panggil Khai yang sedang berlari ke arah Mak Leha. Mak Leha tersenyum.

"Nad macam mana?" soal Khai sebaik sahaja sudah berhadapan dengan Mak Leha.

Yang lain dah buat muka. Tak menyabar betul anak orang ni.

"Doktor tengah cek. Kita tunggu je dulu" balas Mak Leha. Yang lain mengangguk faham. Mereka mengambil tempat untuk duduk. Ada juga mereka membawa buah tangan untuk Nad.

"AKU KATA TAKNAK, FAHAM TAK?!!" jerit Nad dengan kuat.

Masing masing terkejut dengan suara Nad.

"Nad oky tak tu makcik?" soal Andy dengan risau.

"Makcik pun tak tahu" balas Mak Leha perlahan.

Srett

Pintu wad dibuka. Doktor Aqila keluar dan tersenyum hambar kepada Mak Leha.

"Macam mana doktor? apa jadi?" soal Mak Leha lalu bangun dari duduknya.

"Nadia bekeras tidak ingin saya rawatnya. Dia fikir yang diri dia tu gila. Boleh puan tolong pujuk dia?" kata Doktor Aqila. Mak Leha senyum nipis lalu mengangguk.

SAVAGE GIRLWhere stories live. Discover now