Acara sukan sudah bermula. Pasukan sorak bagi setiap rumah sentiasa memberi semangat kepada para pemain.
"Laju lagii!!"
"Cepat cepat!"
"Potong cepat weyy!!"
Acara balapan 100 meter dimulai bagi lelaki. Sebentar lagi adalah 100 meter bagi perempuan pula. Para pemain bersiap sedia untuk acara seterusnya.
"Kau kata Eric masuk balapan kan?" soal Nad.
"Haah. Jap lagi dia aa tu" balas Ryan yang sibuk mengunyah keropok yang dibawa. Langsung tiada semangat pasukan. Bukannya nak sorak ke apa ke. Sibuk makan je.
"Sweetie!!" sapa Eric yang sedang menuju kearah mereka berdua.
"Ala sibuk je" kata Ryan perlahan. Nad tersenyum nipis.
"Bila sampaiii?" soal Eric dengan teruja. Happy dapat jumpa dengan Nad.
"Lama la jugak. Kau buat apa dekat sini?"
"Jumpa my sweetie laa. Alang alang tu bagi la aku kata kata semangat. Kejap lagi giliran aku"
"Hm, semoga kalah"
"What?! apa nii" Eric mendengus geram.
"Sorry la, aku suka warna pink so aku sokong rumah pink"
"Yeayyy sayang Nad" dan yeah. Ryan memeluk Nad lagi.
"Eleh, dia tak masuk apa apa acara pun. Nak lebih lebih lak" kata Eric tidak puas hati.
"Nampak macam aku kesah ker. Takkan. Shuh shuh" balas Ryan. Muka memang minta penampar.
"Perhatian kepada pemain bagi 200 meter, sila munculkan diri anda"
"Ha bla cepat. Dah panggil tu" halau Ryan dengan muka yang menyampah.
Eric menjeling.
"Kau tengok aku tauu" kata Eric.
"Iye. Pergi la cepat. Kang lambat"
"Oky byee"
Eric berlalu pergi ke padang. Balapan 200 meter akan dimulai. Nad dan Ryan fokus melihat ke arah Eric yang sedang warm up sedikit.
Mata Nad dan Eric bersatu. Eric tersenyum dan mengenyitkan matanya kepada Nad. Nad membuat muka bosan. Acah la mamat ni.
"Baiklah, ke garisan"
Eric mula fokus memandang ke hadapan dan mula tunduk ke bawah. Dia menarik nafas sebelum hembus perlahan.
"Sedia!"
Pritt!!
Para pemain mula berlari dengan laju. Eric juga tidak ketinggalan. Dia berlari dengan sekuat tenaganya. Dalam diam, Nad berharap Eric memenangi acara balapan 200 meter ini.
Eric sekarang sedang berada di nombor 3. Dia berlari dengan laju untuk memintas Akmal yang merupakan rumah sukan berwarna oren.
Akhirnye, Eric dapat memotong Akmal dan sekarang perlu memotong Aiman, rumah sukan berwarna putih. Nad menggengam tangannya dengan erat. Lagi sikit Eric nak potong tuu.
"GO ERIC!!" jerit Ryan dengan kuat.
Nad dah tercengang. Apakah. Nad memandang Ryan.
"Apa? support member maaa" balas Ryan. Nad mengangguk.
Bagusnya lahai.
Eric pecut apabila mahu sampai ke garisan penamat. Dan akhirnye dia mendahului dan dapat memotong Aiman.
YOU ARE READING
SAVAGE GIRL
RandomNADIA ROSE- Seorang pelajar perempuan yang bermulut laser. Cari pasal dengannya? Terima la hati yang akan ditikam oleh kata kata nya. "Wey kau apahal dengan semua orang nak menjawab ha? Tkde adab ke?" "Aku ade je adab tapi kalau orang tak hormat aku...