Event Kalut Kalut Belaka menjadi pilihan mereka untuk berjalan jalan dan makan makan. Terdapat pelbagai makanan dan minuman. Benda yang viral viral pun ada jugak.
"Okey now jom serbuu!" Ajak Khai lalu berlari dengan laju ke hadapan. Dia nak beli nasi lemak warna merah. Nampak sedap!
"Wahh ada macam macam warna la nasi lemak ni. I like it, i like it" Khai menepuk nepuk tangannya seperti budak kecil.
"Kak! Nak nasi lemak warna merah dengan hijau satu!"
"Baik dik" balas akak peniaga itu.
"Asal dua? Kau lapar sangat ke?" Soal Nad. Dahla nasi lemak tu banyak sebungkus. Boleh habis ke budak ni
"Untuk adik aku la" balas Khai. Ohh untuk Khaisarah. Bagus abang Khai ni.
Dia situ ada jugak terdapat beberapa jenis permainan seperti membina kad, mengumpul gula gula, memanah dan sebagainya. Pertandingan pun ada sekali. Pertandingan sukaneka secara berpasangan dan berkumpulan pun terlibat sekali.
Memang tak sia sia mereka datang ke sini. Persembahan magic jugak ada. Aku nampak tadi ada arnab keluar dari topi. Fuh! Hebat hebat.
"Aku nak tuu!"
"Weyh weyh aku nak yang nii!"
"Ala tapi aku nak yang sinun!"
"Saba anak anak kutip. Aku nak keluar kan duit pun tak dapat ha" kata Andy. Dia tukang simpan duit. Semua dompet dia yang pegang.
"Lembab la kau ni! Nanti habis kang. CEPAT LA ANDYY"
Pang!!
Ryan terkedu. Dia menyentuh pipinya yang terasa agak pijar. Andy. Tampar. Dia. Tadi?
"Puft HAHAHAHA padan muka kau HAHAHA" gelak Nad dan Eric terburai apabila mereka melihat situasi tadi.
Khai dah berambus tadi. Dia terus rampas dompetnya dari Andy. Lambat sangat katanya.
"Hehe sorry. Tak sengaja" Andy meminta maaf. Dia betul betul tidak sengaja. Serius korang. Tangannya bergerak secara spontan apabila Ryan mendesaknya.
"Dahla kau bak sini dompet aku" Ryan berlalu pergi tetapi sekejap sahaja sebelum dia kembali pada kami.
"Lembab" kata Ryan dan seusai itu dia lari keanak anakkan menuju ke booth booth yang menjual makanan.
Tinggal la kami bertiga tanpa arah tuju. Disebabkan semua kata dia lembab. Andy terus menyerahkan dompet masing masing. Hm majuk!
"Eh aku nak pergi dekat awek awek cun tu jap au. Pape roger. Cau!" Kata Eric lalu melambaikan tangannya kearah sekumpulan gadis.
Nad menggelengkan kepalanya dengan sikap 'gatal' Eric. Pantang nampak perempuan lawa sikit mesti nak sauk.
"Kita nak buat apa sekarang?" Soal Andy.
"Berak nak?" Balas Nad dengan muka serius.
"Ha ha ha. Lawak Nad"
"Tak aku serius nak berak. Byeee" Nad lari laju menuju ke tandas. Daritadi dia tahan sebenarnya.
"Hm memang harini hari meninggalkan aku sedunia ke acane?" Soal Andy pada dirinya. Dahla dikatakan lembab. Sekarang semua meninggalkannya. Hm kalau aku tahu jadi macam ni. Aku pergi tuisyen tau!
"Hah lega pun" Nad keluar dari tandas dengan senyuman lebar. Sarapan pagi tadi dia makan nasi goreng pedas. Tu yang sakit perut tu.
Okey now mana dorang eh? Eh bukan Andy tunggu aku ke? Mana dia eh? Eh banyak pulak eh nye.
YOU ARE READING
SAVAGE GIRL
RandomNADIA ROSE- Seorang pelajar perempuan yang bermulut laser. Cari pasal dengannya? Terima la hati yang akan ditikam oleh kata kata nya. "Wey kau apahal dengan semua orang nak menjawab ha? Tkde adab ke?" "Aku ade je adab tapi kalau orang tak hormat aku...