BAB 24

33 4 0
                                    

Pada pagi itu, Nad bersiap untuk keluar bersama Mak Leha untuk membeli barang barang dapur. Saja nak teman. Nak beli gula gula jee.

Setelah bersiap, Nad pantas menuruni tangga lalu berjalan menuju ke dapur. Mak Leha tengah bagi Miko makan. Yes korang! I dah bela Mikoo. Clap, clap!

"Mak Leha, jom!" ajak Nad teruja. Dia dah lama tak keluar dengan Mak Leha. Rindu cikit!

Mak Leha mengangguk lalu menyimpan bekas makanan kucing ke dalam rak makanan. Dia mengambil sling bag di atas meja makan lalu berjalan mengikut langkah Nad.

Harini Mak Leha tak drive. Biar Pak Samad yang drive ye. Bagi Pak Samad keje sikit. Asyik duduk dalam rumah kecik dia je.

Pak Samad memandu kereta menuju ke Aeon Mall. Senang sebab dekat je. Malas nak pergi jauh jauh. Penat. Eh tapi naik kete. Macam mana tu? Takpela abaikan.

Tidak lama itu, mereka tiba di destinasi yang dituju. Nad dan Mak Leha keluar dari perut kereta manakala Pak Samad menunggu mereka di dalam kereta sahaja.

Mereka berjalan masuk ke kawasan barangan dapur. Nad mengambil troli lalu mengheretnya ke hadapan. Mak Leha membuka list di dalam telefonnya. Banyak juga barang yang ingin dibeli.

Mereka mula menuju ke barangan basah dulu. Ingin membeli ikan, ayam, sotong dan sebagainya. Harini rasanya Mak Leha nak masak sambal sotong. Em, sedap!

"Rose nak pergi tengok barang barang dekat sana jap eh Mak Leha" kata Nad sambil menujuk ke arah tempat makanan ringan.

Mak Leha sekadar mengangguk lalu pergi ke kawasan ayam. Nad berjalan sambil memasukkan kedua tangannya ke dalam poket jaketnya.

Dia mencapai konjac jelly yang tengah viral tu. Dia mengambil kesemua perisa. Sambil sambil dia melihat makanan ringan yang lain, dia terdengar suara yang amat dia kenali.

"Lepasni kita tengok wayang eh?"

"Boleh"

Andy. Itu suara Andy, kawannya. Berjalan berdua bersama dengan perempuan. Dina? Perempuan gedik tu?

Nad mengikuti langkah mereka berdua sampailah mereka berhenti di rak susu segar. Mengamati wajah mereka dengan jelas. Takut salah orang. Tetapi memang betul itu mereka.

"Youu, i nak susu ni boleh? I nak minum dengan cornflakes. You pun tahu kan i tak boleh sarapan berat berat" kata Dina dengan manja.

"Boleh. Ambik je" balas Andy dengan senyuman nipis.

Tak guna! Perempuan tu nak mempergunakan Andy lagi! Tak boleh jadi ni. Aku kena buat sesuatu.

Nad keluar dari tempat menyoroknya lalu berjalan ke arah mereka berdua yang sibuk memilih susu.

"Andy" panggil Nad. Mereka berdua berpaling ke arah Nad. Andy nampak terkedu dengan kehadiran oleh Nad.

"Heh, this girl again" Dina menjeling Nad dengan tajam. Tidak suka dengan kehadiran Nad di situ.

Nad mengabaikan Dina. Dia hanya tepat memandang ke arah Andy.

"Harini hari sabtu. Bukan kau ada tuisyen ke? Kau buat apa dekat sini?" Soal Nad seraya menjeling ke arah Dina yang selamba memeluk lengan Andy.

"Aku ponteng. Salah?" Nad kembali memandang  ke arah Andy.

"Ponteng? Semata mata untuk keluar dengan perempuan gedik ni?"

"Salah ke?"

"Salah ke? Obviously salah. Kau keluar dengan perempuan yang.." Nad memberhentikan ayatnya sambil memandang Dina atas bawah.

"...dengan perempuan yang tak cukup akal ni" sambung Nad sambil tersenyum sinis.

Dina membulatkan biji matanya.

SAVAGE GIRLWhere stories live. Discover now