"Macam mana dengan keadaan anak saya doktor?" soal Mak Leha sebaik sahaja seorang doktor keluar.
"Allhamdulillah, pesakit selamat. Nasib baik puan bawa dia dengan cepat. Kalau tidak, pasti pesakit kehilangan banyak darah" balas doktor tersebut.
"Allhamdulillah, jadi anak saya baik baik saja kan"
"Em sebenarnya saya ada benda nak bincang sikit dengan puan. Boleh ikut saya?"
"Boleh" balas Mak Leha.
"Er doktor, boleh kitorang lawat Nad?" soal Ryan. Ye, mereka ada ketika Mak Leha membawa Nad ke hospital.
"Boleh, tapi jangan bising ye"
"Baik doktor" sebaik sahaja mereka mendapat kebenaran, terus mereka meluru masuk ke dalam bilik wad yang menempatkan Nad.
Mak Leha pula mengikuti doktor yang merawat Nad ke bilik nya. Ada benda yang hendak dibincangkan.
"Apa yang doktor nak bincangkan?" soal Mak Leha sebaik sahaja dia duduk berhadapan dengan Doktor Liya.
"Begini, saya ada beberapa soalan untuk puan"
"Apa dia?"
"Em Nadia ada masalah atau dia kena buli ke dekat sekolah?" soal Doktor Liya dengan serius.
"Rose anak saya tu tak pernah cerita apa yang berlaku dekat sekolahnya. Jadi, saya pun tak tahu la doktor" balas Mak Leha dengan kesal.
"Masalah keluarga? kawan kawan ke? atau ada tak dia cerita apa apa dengan puan?"
"Maaf doktor, dia langsung tak pernah cerita masalah dia dekat saya. Tapi, sejak dia kehilangan parents nya, dia memang agak pendiam dari kebiasaan" terang Mak Leha.
Doktor Liya berkerut.
"Jadi, puan siapa?"
"Saya mak angkat dia. Saya yang jaga dia selepas dia kehilangan kedua ibu bapanya" balas Mak Leha lagi.
Doktor Liya mengangguk faham.
"Kenapa ye doktor?"
"Begini puan, apa yang Nadia buat adalah simptom dari gangguan mental. Orang yang mengalami gangguan mental memang akan sakiti dirinya sendiri. Dan untuk kes seperti Nadia ni sangat serius kerana dia sudah mencederakan dirinya dengan teruk. Lukanya tadi hampir terkena pada nadi"
Mak Leha sangat terkejut dan berasa sebak.
"Jadi, saya taknak Nadia semakin teruk dan saya cadangkan kepada puan untuk rujuk dia kepada psikiatari. Di situ, doktor boleh bantu Nadia" sambung Doktor Liya.
"Boleh, saya nak"
"Baik, saya akan tolong puan untuk rujukkan dia kepada psikiatari di hospital ini. Nanti apa apa saya beritahu puan ye"
Mak Leha mengangguk lemah. Sangat terkejut dengan penjelasan oleh Doktor Liya.
"Oh ye, saya harap puan tolong lebih pantaukan dia ye. Takut terjadi perkara sebegini lagi"
"Baik doktor. Saya akan pantau dia"
Doktor mengangguk."Asal kau sakitkan diri kau Nad?" soal Andy perlahan. Khai dan Eric duduk di samping Nad manakala Ryan dan Andy berdiri di hadapan Nad.
Mereka yang baru ingin melawat Nad di rumahnya, terkejut apabila mendengar jeritan oleh Nad dari biliknya. Semua bergegas berlari menuju ke bilik Nad. Alangkah terkejutnya semua, apabila melihat badan Nad dan suasana di tandasnya sangat kucar kacir. Dengan penuh darah dan cermin pecah.
Dan serentak dengan itu, Nad terus pengsan. Ryan dengan cepat mengangkat nya lalu bawa ke kereta. Lukanya juga dibalut dengan kain. Sepanjang perjalanan, darah tidak berhenti keluar dari torehan yang Nad buat.
YOU ARE READING
SAVAGE GIRL
De TodoNADIA ROSE- Seorang pelajar perempuan yang bermulut laser. Cari pasal dengannya? Terima la hati yang akan ditikam oleh kata kata nya. "Wey kau apahal dengan semua orang nak menjawab ha? Tkde adab ke?" "Aku ade je adab tapi kalau orang tak hormat aku...