BAB 26

40 6 1
                                    

Habis sahaja persekolahan, semua mula berpusu pusu keluar dari kelas untuk balik dan berjoli. Nad juga tidak ketinggalan. Dia tidak sabar untuk balik dan berdating bersama katilnya.

"Jom balik Nad" ajak Siti. Nad mengikut sahaja tiga sekawan itu dari belakang.

Sampai sahaja di kawasan menunggu, mereka duduk dan menunggu ibu bapa masing masing untuk dijemput. Nad mengeluarkan iphonenya lalu lagu 'Looking at me' by Sabrina Carpenter dibuka.

Lagu ni buatkan dia sangat confident. Sedang asyik Nad mendengar lagu, Siti yang berada di sebelahnya mencuit lengannya. Nad berpaling lalu mengangkat kepala.

"Apa?" Soal Nad. Siti menujukkan sesorang di luar sekolah mereka.

Nad menjenguk ke luar sekolah. Kelihatan seorang lelaki dengan tie nya sudah dicabut lalu dipakai pada leher, dengan menyising lengan bajunya hingga ke paras siku pula tu.

Apabila pandangan mereka bersatu, si lelaki itu melambaikan tangannya pada Nad dengan teruja. Nad blur. Siapakah jejaka yang sedang melambainya sekarang ni?

Nad cuba mengamati wajah lelaki itu dengan mengecilkan matanya. Lagunya yang terpasang, dihentikan. Kejap, asal muka mamat tu macam beruk eh? Oh patutlah.

Nad bangun dari duduk lalu pergi ke arah lelaki itu. Begnya juga dijinjit bersama iphonenya yang sudah diletakkan pada poket seluar.

"Haii Nad!" Sapa lelaki yang melambainya tadi.

"Eric. Kau buat apa dekat sini? Nak jemput aku? Takpe takpe, Pakcik Zahar nak jemput aku juga. Takyah susah susah ye" mati senyuman Eric dengan menjatuhkan tangannya dengan penuh dramatik.

"Bukan puan permaisuri. Patik datang ke sini kerana ingin memberi ini dekat puan permaisuri. Sila lah buka dengan penuh cermat ye" Nad mengambil beg kertas yang diberi oleh Eric.

Nad membuka lalu mengeluarkan barang yang terdapat di dalamnya. Terdapat sepasang baju berwarna hitam dengan bercorakkan kartun hagemaru.

"Baju? For what?" Soal Nad pelik. Dia masih banyak lagi baju yang belum dipakai. Ni dah kenapa nak faraidkan baju kepadanya lagi ni.

"Malam ni lepak. So, kita pakai baju ni eh? Matching matching gituw. Tapi dengan aku jela. Pakai tauu" balas Eric dengan senyuman lebar. Dia yang pilih baju ni tadi. Dia berkenan dengan kartun hagemaru tu. Itu yang terus dibelinya.

Lepak? Oh no! Kalau lepak, mesti ada Andy. No! Aku tanak jumpa dia. Jantan tak guna tu, aku tanak jumpa! Never! No! I don't want it!

"Takpela. Aku tak pergi" dengan sekali lagi, senyuman Eric mati.

"Asal!! Kau wajib pergi tau! Semua ada la Nad. Jom laa" pujuk Eric.

"Takpela. Aku malas nak lepak malam ni"

"Jangan cakap dengan aku yang kau banyak homework? Nad ku sayang, mana lagi penting? Kitorang ke homework?"

"Ke" balas Nad.

"Ha ha ha hambar siak. Dah! Takde takde, pergi jugak" paksa Eric.

"Eric, aku serius banyak homework. Dahla besok nak kena hantar. Korang pegi jela lepak tanpa aku. Halah, macam tak biasa je"

"Memang tak biasa pun" Gumam Eric sambil memeluk tubuh.

"Ala Nad! Jom laa. Aku siap beli baju ni untuk kau pakai tau! Jom la matching dengan akuu" rayu Eric dengan muka yang memang diminta untuk ditampar oleh Nad.

"Aku tanak bebal. Dah bla kau" Eric menjeling sambil mengajuk kata kata Nad.

"Okay aku bla.." Nad tersenyum penuh kepalsuan apabila Eric ingin beredar dari situ.

"Tapi! Malam nanti aku jemput kau! Okay bye! Muah cayang kau!" Dan setelah itu, Eric beredar dengan laju dengan motornya.

Nad terlopong. Kuang asam betul Eric ni!

Pin! Pin!

Nad berpaling apabila bunyi hon kereta di tepinya. Pakcik Zahar dah sampai. Mohle kita balik. Nad pantas masuk ke dalam perut kereta.

Mari balik!!



Pada malam itu, Nad bercadang untuk membuat homework yang sudah lama dia tidak sentuh. Bila dia sentuh je homework tu, mesti dia tidur. So memang tak buat la citenya.

Cikgu Zul merupakan guru sainsnya dan Cikgu Zul suruh mereka buat nota ringkas bagi semua bab. Sekarang ni Nad baru buat 5 bab. Dia masih tinggal 4 bab lagi. Banyak ye. Kau ingat senang ke nak buat ringkas yang seringkasnya ha?

Okay mari kita mulakan semua. Muka surat 1000 dibukanya lalu dibuat. Mula mula kena siapkan latihan dulu. Lepastu baru sambung buat nota. Yeah! Rasanya sempat kot siapkan untuk malam ni kalau tiada 'gangguan'.

Gangguan apa yang dia maksudkan? Yeah contoh gangguan pertama ialah Miko. Kalau Miko ketuk pintunya sambil mengeow padanya, peratusan untuk dia layan Miko lebih dari homeworknya sangat besar ye.

Gangguan kedua pula ialah, Eric. Aku takut dia terjah bilik aku dan seret aku untuk pergi lepak malam ni. Percayalah, seketul Eric dan Khai sangatlah gila kalau melibatkan kawan kawannya.

Tok! Tok!

Nad tersentak lalu berjalan menuju ke pintu. Pintu dibuka dan terpaparlah muka Mak Leha bersama Miko dikepalanya.

"Ye Mak Leha?"

"Eric ada dekat luar tu. Katanya nak ajak lepak sekali. Pergila siap" and here we go. Aku dah kata dia akan datang dan seret aku. Oh nope! Kalau aku teguh pendirian untuk tidak pergi, dia akan seret aku. Aku yakin sangat sangat.

"Mak Leha cakap dekat dia yang Rose tak sihat. Muntah muntah ni. Cakap macam tu tau" Mak Leha menggeleng.

"Dia-" kata kata Mak Leha dipintas oleh seseorang.

"Amboi amboi budak ni! Muntah muntah ye? Banyak la kau! Siap sekarang!" Sergah Eric dengan tangannya yang menyilang.

Mak Leha sudah menutup mulut lalu melarikan diri bersama Miko. Nad terkejut dengan sergahan oleh kawannya itu.

"Kau nia apahal! Jangan paksa aku eh? I don't like it" kata Nad dengan muka menahan geram. Siapa je tak geram, plannya tidak menjadi. Argh!! Eric memang baby! Yeah aku tanak carut je.

"Kau jangan macam macam eh? Kau kata nak rasa air baru tealive kan? Jom! Aku lanje" balas Eric dengan menunjukkan keluaran air terbaru dari tealive melalui telefonnya.

Nad menggeleng laju tanda tidak mahu. Eric memandang tajam sambil menutup telefonnya lalu dimasukkan ke dalam poket hoodienya.

"Kau nak aku siapkan kau? Boleh je. Aku dah terbiasa siapkan orang ni" kata Eric dengan senyuman nakal.

"Pervert!" Nad pantas menutup pintu biliknya.

"Woah! Woah! Okey rilex! Chill girl. Aku gurau je la. Tak kuasa aku nak siapkan kau. Aku suka jantan okey!"

"Aku call ustaz!" Nad sudah siap untuk call ustaz di kawasan perumahannya.

"Woii! Takyah gila! Aku gurau!" Eric sempat menyumpah seranah pada Nad.

"Bukak la Nad ku sayang. Kesianlah kawanmu ini. Datang jauh jauh semata mata ingin memujukmu" rayu Eric lalu mencium pintu bilik Nad.

Bukan sebab dia gay dengan pintu tu tapi ada gambar kucing di pintu bilik Nad. Comel pulak tu.

"Aku dah kata aku banyak homework kan? Yang kau degil sangat ni kenapa? Bla okey" balas Nad di sebalik pintu. Cuba mengintai apa yang Eric sedang buat.

"Okay" sejurus itu, Eric berlalu pergi. Nad memandang pelik. Aik pergi dah? Ha bagus la tu.

Kltak!

"Heyo my friend!!! Jom lepak jom!" Nad terkejut apabila Eric membuka pintunya. Aduh! Aku lupa nak kunci!!

"Dah takyah nak menyesal sangat sebab tak kunci pintu eh? Jom Nad! Let ce go!!" Tidakk!!! Eric sedang menariknya keluar dari bilik ini. Tidak! Aku tidak mahu keluar dari bilik ini!!

Tidakk!!






You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 13, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SAVAGE GIRLWhere stories live. Discover now