Qysha, seorang gadis yang maut beberapa hari lepas kerana terlibat dalam kemalangan langgar lari di jalan Karak, Pahang. Tepat pada pukul 3 pagi. Disebabkan kemalangan tersebut berlaku dengan sangat tragedi, jasad gadis ini hilang tanpa dikesan.
Sudah masuk hari yang ke 14 masih lagi mayat Qysha tidak ditemui. Kehilangan jasad Qysha masih lagi menjadi misteri sehingga hari ini.
Tetapi, adakah mereka tahu bahawa sebenarnya Qysha sedang menikmati hidupnya sebagai seekor hantu berjubah labuh serta bertudung labuh?
Dia sendiri tidak faham dengan apa yang terjadi dengan dirinya kerana apabila dia membuka mata pemandangan menjadi sangat pelik baginya.
Pada awalnya, Qysha menyangka bahawa dia masih hidup, tetapi apabila dia berjumpa dengan orang kampung untuk bertanya bahawa dia dimana, tiada seorang pun yang menjawab kerana dia diabaikan.
Qysha sedaya upaya memanggil semua orang yang ada, tetapi tiada yang mendengarkannya. Dia juga pernah mencuba untuk menyentuh tangan seseorang tetapi apabila dia bersentuhan dengan manusia, tangannya terus tertembus.
Qysha akui, bahawa dia terasa amatlah sadis hidupnya ini. Rohnya tidak tenang kerana jasadnya yang hilang. Tetapi kesedihan hidupnya berakhir saat pertemuannya dengan seekor hantu lelaki yang berjubah putih serta berserban.
Andai ini adalah pertemuan yang dirancang. Maka kita harus menerimanya. Tetapi tetap juga harus beringat. Mungkin dia hadir sebagai ganjaran atau sebagai pengajaran. Jangan terlalu berharap bahawa dia ialah sebuah ganjaran tetapi yakinlah bahawa ianya sebuah pengajaran. Kerana sebuah harapan boleh menghancurkan sebuah perasaan. Tibe.
Nak sambung ke? Idea pukul 3 pagi.
YOU ARE READING
Ghost Love Story ✔︎
RomanceK A R Y A|| k e s e b e l a s [ this story just like, "yang kuban kuban jelah" ha like that ] Kisah percintaan hantu lagi best dari manusia 🗿 Eh tibe tibe jadi cinta manusia balik, apa dah jadi pun tak tahu hm- Short story+humor+romance 💀 START :...