Sebulan, dua belas hari yang lepas...
Pada pukul 11:30 malam, Qasyaf membawa baldi dan alat-alatan memancing. Niatnya nak mencandat sotong, eh ada ke sotong kat sungai? Eh dia nak memancing kot. Lantaklah saya tak tahu.
Ketika dia tiba dibawah pokok tepi sungai untuk dia bersandar sambil memancing, tiba-tiba dia terdengar suara manusia merengek.
"S-sakit..."
Qasyaf takut sebenarnya, kalau bukan sebab bondanya mengidam nak makan telur ikan, mesti dia tak akan datang memancing malam-malam macam ni. Dalam hutan pula tu. Kalau tak memancing, nanti bonda pergi jumpa batu belah batu bertangkup pula.
Heheh gurau.
Qasyaf mendekati ke arah suara tersebut. Terkejut dia melihat susuk badan manusia terbaring di sebalik semak. Dengan pantas Qasyaf datang kepadanya.
Qasyaf meletakkan kepala gadis itu di atas ribanya.
"Ya Allah, macam mana boleh jatuh dari atas tu." Qasyaf memandang ke atas dan memandang gadis itu semula. Dia menanggalkan serbannya dan mengelap luka di kepala gadis itu.
Kemana sahaja dia pergi, serban wajib bersama.
"Macam manalah orang tak boleh jumpa awak? Astaghfirullah, banyaknya luka dekat tangan awak ni." Qasyaf mengelap pula luka di tangan gadis itu.
Qasyaf mengeluarkan telefonnya dan mendail ambulans dan polis untuk melaporkan tentang gadis yang ditemuinya.
Sambil menunggu, dia membawa gadis itu duduk di bawah pokok sambil memancing. Bukan tak mahu bawa gadis ini pulang. Masalahnya dari hutan ni nak ke rumah dia tu jauh.
Qysha seakan sedar. Tetapi tidak mampu membuka mata kerana kepalanya yang sakit dan terasa sangat berat. Dia dapat rasakan bahawa kepalanya ada di atas riba seseorang. Qysha hanya membiarkan kerana berasa selesa.
Lebih tenang lagi apabila Qysha terdengar suara merdu lelaki ini mengaji dan berzikir.
Qasyaf memandang wajah Qysha yang kelihatan penat dan menahan sakit.
"Sabar ya? Kejap lagi ambulans sampai. InshaAllah awak akan selamat kerana dilindungi Allah S.W.T."
"A'uudzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadziru" (Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan)" (HR. Muslim).
Qasyaf membalut tapak tangan Qysha yang tercedera menggunakan serban miliknya. "Awak ambillah serban ni sebagai hadiah pertemuan yang dirancang oleh Allah yang maha Esa. Walaupun kita tak saling kenal, saya rasa gembira dapat menjadi penyelamat awak." Dia tahu gadis ini tidak akan membalas kata-katanya.
Qasyaf menyambung berzikir sambil menunggu kedatangan ambulans. Tapi sebenarnya dia berzikir kerana ingin hilangkan rasa gugup dalam hatinya. Boleh gugur imannya melihat gadis cantik berbaring di atas ribanya.
Selepas zikir dia ulang membaca surah Al-Isra, kemudian zikir semula dan ulang semua surah yang sama.
Ambulans tiba pada masanya, sejak dari hari itu mereka berpisah tanpa mengenal antara satu sama lain.
Jujur dia kata, dia seperti terpanah oleh pandangan cinta pandang pertama.
Tapi Qasyaf sedar bahawa dia sudah mempunyai tunang. Dia perlu menyimpan rasa di hati.
"Ha macam tu lah, saya bantu awak sebab kebetulan."
"Patutlah suara awak pun boleh masuk dalam mimpi saya." Kata Qysha sambil tersenyum malu.
"Saya, su-" ayat Qasyaf tergantung.
"Assalamualaikum, bonda... Aalyah ada bawa bekal makanan..."
Jahatnya aku dera korang 😭
Hehehe, jangan lah marah marah nanti terserlah kesingle lan korang tu 🤣
happy 10k Lonvely! Nak bab baru Faqeen kahwin tak? Hahsuahsuahs jkjk !
40 vote malam ni akhu update bab baru hekhek, Aalyah comeback. Bau bau happy ending dah bertukar bau dah ni. Bau orang minyak dah ni :p
Wkwkk jk hambar !
Typo ignore la dey ! Tegur pun boleh.
Btw, kalau ada yang baca balik cerita ni semata-mata nak cari mana logiknya, korang ni memang bahangang. Baca jelah woi 😭
YOU ARE READING
Ghost Love Story ✔︎
RomanceK A R Y A|| k e s e b e l a s [ this story just like, "yang kuban kuban jelah" ha like that ] Kisah percintaan hantu lagi best dari manusia 🗿 Eh tibe tibe jadi cinta manusia balik, apa dah jadi pun tak tahu hm- Short story+humor+romance 💀 START :...