K A S H A.

1K 263 53
                                    

"Abangg! Sakit sangat dah ni...! Bawaklah laju sikit!" rengek Nuryn kerana tidak mampu lagi manahan sakit ingin beranak.

"Ya, sayang...tahan sikit okay? Abang takut bawa kereta laju sangat, abang tengah bawa awak, awak tu mengandung." lembut Kasha memujuk.

"Tapi sakit..." berkerut muka Nuryn menahan sakit.

Tangan kiri Kasha mengenggam kuat tangan kiri Nuryn untuk memberi semangat.

Sampai sahaja di hospital, Nuryn dihantar ke wad bersalin dengan segera. Kasha terpaksa menunggu di luar. Bibirnya tidak lekang dengan doa untuk isteri dan anak pertamanya. Dia berharap agar semuanya dipermudahkan dan semoga isteri dan anaknya selamat.

Beberapa jam Kasha menunggu sehingga tertidur lalu dikejutkan oleh doktor wanita yang agak berusia. Dengan segera Kasha berdiri dan menanyakan tentang isterinya.

"Alhamdulillah isteri awak selamat, tetapi, malangnya anak encik tidak dapat diselamatkan." Kasha kaku.

"Saya minta maaf, kami dah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan anak encik, tetapi Allah lebih menyayanginya. Pada mulanya, kami menyangkakan anak encik selamat kerana kami sempat menyambut kelahirannya, tetapi disebabkan keadaan jantungnya yang lemah kami tidak sempat untuk menyelamatkannya, itu sahaja laporan dari saya. Encik boleh menjenguk isteri encik sekarang, dan sekali lagi saya mohon maaf dan saya minta diri dulu." Doktor wanita itu terus meninggalkan Kasha yang diam membatu disitu.

Kasha meraup wajahnya dengan kasar. Habis merah mukanya kerana menangis. Dia menguatkan dirinya untuk melangkah masuk menjenguk isteri.

Nuryn hanya berpaling kerana tidak mahu memandang wajah Kasha. Dia malu dan sedih kerana tidak dapat memberikan zuriat kepada Kasha.

"Sayang...bukan salah sayang. Ini semua ketentuanNya." Kasha merapatkan kepala Nuryn ke dada bidang miliknya.

Terus teresak-esak Nuryn menangis di dalam dakapan Kasha. "Orang minta maaf..." katanya sambil teresak.

"Kitakan boleh usahakan yang lain? Janganlah sedih." Pujuknya lagi.

"Abang lupa? Sayang boleh lahirkan anak sekali je! Abang lupa yang waktu sebelum sayang mengandung, kita ada buat ujian! Doktor sendiri cakap yang sayang boleh mengandung sekali je." Suara Nuryn berubah emosi.

"Sayang, rezeki Allah yang tentukan, bukan doktor. Kalau Allah nak bagi anak dekat kita, Dia akan bagi juga. Dah-dah, abang tak nak sayang sedih lama-lama, kita kena ikhlaskan walau tak rela. Menangis takkan mengubah takdir." Kasha menguatkan lagi pelukannya supaya isterinya bertenang.

Nuryn memejam matanya dan biarkan dirinya di dalam dakapan Kasha kerana dia berasa tenang. Akhirnya dia terlena. Kasha membetulkan posisi Nuryn supaya isterinya baring dengan selesa dan keluar dari bilik wad tersebut.

"Abang Kasha!" Qysha berlari anak ke arah abangnya. Kasha terus mencebik. Dia punyalah tahan nangis depan isteri, tapi bila depan Qysha, memang dia tak boleh tahan lagi.

"Adik..." Qysha yang dipeluk tiba-tiba terkaku.

"A-abang, kenapa ni?" soalnya cemas.

"Anak abang tak dapat diselamatkan."

"Inalillahiwainalillahiroji'un." Qysha membawa abangnya duduk di atas kerusi. Kepala Kasha dilentokkan ke atas bahunya. Qysha menepuk-nepuk perlahan pipi Kasha.

"Abang sabar tau...ini semua ujian untuk abang, abang kan kuat? Sebab tu abang diberi ujian macam ni. Janganlah sedih. Kalau abang takde semangat dan terus lemah macam ni, macam mana nak bagi semangat dekat isteri abang nanti? Teruskan menjadi seorang lelaki yang kuat tau...Qysha sayang...abang! Jangan sedih-sedih." Qysha mengusap kepala Kasha.

Kasha hanya diam dan mengelap air mata. Inilah sebab kenapa dia nak menangis depan Qysha, sebab bila Qysha pujuk dia, dia akan rasa lebih bersemangat.

"Abang tunggu kejap tau! Tunggu sini tau!" Qysha bangun dari tempatnya dan terus berlalu pergi. Kasha bersandar dan menutup wajahnya menggunakan lengan kanannya.

"Abang!" Qysha datang semula dihadapan Kasha sambil menghulur sebatang ais krim milo kegemaran Kasha.

"Tak mo sedih-sedih, baik abang makan ais krim ni." Qysha tersengih comel. Kasha mengambil dan memakannya.

"Mana Qasyaf?"

"Dia bawa Qarween main kat taman."

"Abang kesian dekat isteri abang. Mesti dia down sangat-sangat." Kasha menunduk.

"Abang sebagai suami yang hensem dan bertanggungjawab kenalah bagi semangat untuk kak Nuryn. Kalau abang down, abang jumpa je Qysha okay? Qysha selalu ada untuk abang." Qysha tersengih comel. Kasha tersenyum apabila mendengarnya.

"Dari kecil sampai dah besar pun still comel! Eee geram!" Kasha mencubit pipi Qysha.

"Ehehe." Qysha tersengih sahaja.

"Abang...sayang rasa abang kena cari isteri lain." Kata Nuryn sambil termenung melihat makanan hospital.

"hey ayang, kenapa kata macam tu? Kenapa nak abang cari orang lain?" soal Kasha. Dia duduk di birai katil disebelah Nuryn.

"Nuryn kan tak boleh bagi zuriat dekat abang..." Nuryn menunduk.

Kasha menarik kepala Nuryn supaya bersandar dibahunya. "Little Lune, why i need to find someone new? Listen this pretty Mawar, abang sayang awak je. Kita boleh ambil anak angkat. Abang tak nak kahwin dengan orang lain. Kenapa abang kena duakan sayang?"

"Ada dua sebab abang tak nak kahwin lain semata-mata untuk dapatkan anak. Pertama, abang tak nak duakan sayang. Kedua, abang tak nak memainkan perasaan perempuan lain dengan berkahwin tanpa perasaan. My love standard so high. Why, my standard so high? Because of you dear. You make our love high standard. Only you i want, not someone else. Understand beautiful Damia?  You're such a strong girl like your name, izzati. I love you so much my flower." Kasha mencium dahi Nuryn lama dan memeluknya erat.

"I love you more my sweet choco. Orang tak sweet macam abang. Yang penting ayang sayang sangat dekat abang." Nuryn membalas pelukan erat Kasha.

"Always smile to me okay, honey? Nak dengar abang nyanyi satu lagu untuk sayang tak?" Nuryn laju mengangguk.

"Ehem ehem." Kasha membetulkan suaranya.

"Aku ada di sini kerana aku mahu melihat wajahmuu...uuu...senyumanmu...uuu, ku terkena dan ku langsung jatuh, oh kamuu, yaa kamuuuu..." Nuryn tertawa kecil mendengar Kasha menyanyi dengan gaya yang comel tu.

"Comel je sayang gelak! Aaaa comel!" Kasha mencium pipi Nuryn.

"Nanti sayang dah keluar wad, kita melancong merata tempat, okay? I want to make you smile everyday sayang."

"Thankyou so much abanggg!!"

End.




[abaikan segala kesalahan sebab semua manusia tak lari dari kesilapan, awokawokawok]

; jari ada 10, tekan butang vote pun gak mampu hm...lemah.

Bye, assalamualaikum.

Ghost Love Story ✔︎ Where stories live. Discover now