Misi : mencari pemilik serban.

1.7K 480 91
                                    

Beberapa hari telah berlalu, Qysha juga sudah kembali pulih sepenuhnya. Hari ini dia akan keluar bersama abangnya untuk menjalankan misi pencarian pemilik serban.

Dia menaiki kereta Audi yang dipandu oleh abangnya.

"Abang, orang baru teringat nak tanya sesuatu."

"Apa dia?" soal Kasha.

"Bila masa abang jadi abang orang eh?"

Kasha tergelak kecil. "Meh sini, dekat sikit."

Qysha dengan naifnya mengikut arahan. Dahinya dicium oleh abangnya.

"Ha harap-harap lepas kena cium ingatan tu pulih lah." Kasha tertawa kecil dan kembali fokus memandu.

"Kalau cium memang boleh pulihkan orang hilang ingatan ke?" soal Qysha dengan polos sekali.

"Astaghfirullahala'zim. Sabar jelah dapat adik blur tahap siput ni."

Qysha tersengih dan menggaru pipinya.

Hampir sejam mereka lalu tempat yang sama. Qysha memerhati kawasan kampung dan cuba mengingat kembali.

"Orang rasa orang pernah datang sini lah. Tengok surau tu pun orang rasa pernah masuk tau." Kata Qysha.

"Bila masa adik pergi sini?" soal Kasha.

"Dalam mimpi." jawabnya naif.

"haha, kelakar." Hambar.

"Betul lah! Mana ada orang buat lawak!" Qysha menayang wajah serius.

"Ok. Ok."

"Abang, orang dah ingat! Ikut jalan ni abang! Orang yakin!" Qysha menunjuk jalan.

Kasha hanya mengikut arahan adiknya.

-------------------
Iklan jap .

Hai, harini 9.9 korang tak shoping kat shopee ke? Hehe :>

Siapkan mental kalian ! Hehehe, best weh story ni ! Pergi baca lepas habis chapter ni tau <3 !

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Siapkan mental kalian ! Hehehe, best weh story ni ! Pergi baca lepas habis chapter ni tau <3 !

Ni author nya ,
lizardppl

Stalk jangan tak stalk, aku penat meroyan sorang sorang !

Dah habis iklan, semuanya di tv9 , heh jkjk tv9 tempat jual periuk.
-------------------

Rumah batu yang agak mewah itu dipandang dari dalam kereta. Qysha berfikir dua kali.

Nak jenguk ke tak? Betul ke tu rumahnya? Tapi sebijik macam dalam mimpi aku. Desisnya dalam hati.

"Abang tunggu jelah dalam kereta tau, biar orang pergi."

"Ala, bukan salah pun abang ikut." Kasha turut melangkah keluar dari kereta.

"Hm, suka hati abanglah."

Mereka berdua berjalan sehingga depan pintu rumah. Qysha dengan beraninya mengetuk pintu rumah tersebut.

"Assalamualaikum , kami datang nak raya." Guraunya.

"Tiba-tiba ni rumah orang india, naya je bagi salam." Kata Kasha.

"Ish abang ni, kalau rumah india mesti ada tempat sembah kat luar rumah ni."

"Mana tahu dia letak kat dalam rumah ke?"

"Memandai je abang ni."

"Waalaikumusalam? Ye? Cari siapa ya?" Wanita berusia yang bertudung terpacul didepan mereka berdua.

Qysha terdiam. Wajah wanita ini serupa sangat dalam mimpinya.

"S-saya, Qysha. Saya datang nak cari..." Qysha menggaru kepala. Dia lupa pula nama manusia itu.

Qysha memandang abangnya. Kasha mengangkat kening. "Apa? Tu makcik tu tanya tu, jawablah."

"Nama abang kasha kan?"

"Haah kenapa?" Kasha menahan geram sahaja. Orang duk tunggu dia punya jawapan boleh pulak dia lupa nama abang sendiri?

"Oh ya tambah huruf 'f' kat belakang." Kata Qysha.

"Ha?" Makcik itu memandang Qysha pelik.

"E-er, saya cari Q-Qasyaf, makcik kenal dia?"

"Oh, itu anak makcik."

Qysha tersenyum teruja. "Boleh saya jumpa dengan dia?"

"Erm...tapi, Qasyaf sebenarnya..."









Heh, panik gak panik gak? HAHAHA tag kawan cepat suh dia baca 🤣 kang dapat sad ending kang.

Readers: jahat sia Qyna, takpernah lagi kena ugut ngan author. *mengsedih*

Ghost Love Story ✔︎ Where stories live. Discover now