This chapter full of ant .

2K 522 624
                                    

Time skip.

Wah, cepatnya masa berlalu. Padahal baru semalam orang ramai koyak ngan Kasha. HAHAAHAHAH.

Gurau je, ala jangan ambil serius. Cute lah readers saya semalam yang komen 'k' pastu yang pasrah berserah AHAHAHAH. Okok mari kita kembali pada asal.

_____________________________________

Qysha mengenakan gaun hitam yang cantik dihiasi batu permata. Memang tema perkahwinan dia pilih warna gelap. Dia memandang cermin dan tertawa kecil apabila kejadian semalam sewaktu menikah terimbas kembali.

Selesai sahaja Qasyaf melafazkan nikah. Dia datang kepada Qysha untuk melakukan acara pembatalan air sembahyang.

Qysha menghulur tangannya. Qasyaf memandang bondanya yang berada di situ. "Bonda, dah boleh sentuh tangan dia ke?" soalnya naif. Dia malu dan berasa janggal. Maklumlah tak pernah langsung sentuh perempuan.

Yang lain sudah tertawa melihat Qasyaf. "Ya Allah, budak ni...bolehlah. Kan dah sah jadi suami isteri." Jawab Puan Karmila.

Qasyaf tersengih malu, pipinya sedikit kemerahan. "Izinkan saya cium tangan awak." Bisik Qasyaf perlahan. Tangan Qysha dikucup lembut.

"Eh...patutnya Qysha cium tangan Qasyaf." Kata Puan Karmila sambil tertawa.

"Oh salah eh?" Qasyaf semakin naik malu. Elok pipi dia merah sikit terus bertukar merah padam. Suasana semakin riuh dengan tawa riang.

"Qysha, dah siap? Jom cepat. Pengantin lelaki dah tunggu tu nak bersanding." Kata Puan Kaseh.

"Dah umi." Qysha mendekati uminya dan mereka berjalan keluar dari bilik solekan.

Sampai sahaja dihadapan pintu dewan, Qysha tersenyum melihat Qasyaf yang berpakaian segak dan kemas. Qasyaf memberikan lengannya untuk Qysha berpaut. Walaupun malu-malu kucing sebenarnya tapi dia cuba kawal dari blushing.

"MasyaAllah, cantiknya jodoh saya." bisik Qasyaf sambil mereka berjalan masuk ke dalam dewan.

Qysha tersenyum malu. "Terima kasih, kanda."

Kasha yang menjadi photographer untuk Qysha mencebik sambil mengambil gambar.

"Ini tidak adil, tidak adil bagiku~" Kasha menyanyi perlahan.

_____________________________________

"Kau meninggalkanku tanpa perasaan~ hinggaku jatuhkan air mata~" Kasha mengelap air mata palsu.

"Abang dah kenapa?" soal Qysha.

"Kenapa, adik tanya? Adik dah lah nak tinggalkan abang. Kenapa adik kahwin dulu? Tak aci tau! Umi...nak kahwin umi..." Kasha memeluk Puan Kaseh.

Qysha dan Qasyaf tertawa, orang nak balik hotel dia boleh pulak buat drama dekat tempat parking.

"Jodoh dah jumpa ke belum?" soal Puan Kaseh pada Kasha.

"Dah jumpa. Tu ha, dia duk senyum-senyum."

"Mana?" soal mereka semua.

"Tu ha, tengah baca pasal Kasha tu..."

"Abang ni dari haritu lagi tau. Umi, orang rasa umi kena hantar abang pergi tanjung rambutan. Asyik berangan kahwin dengan manusia real je." omel Qysha.

"Hek eleh, biarlah, at least dorang minat abang." Kasha menjeling.

"Eh yang bukan-bukan jelah korang berdua ni. Dah pergi balik rehat." Arah Puan Kaseh.

Ghost Love Story ✔︎ Where stories live. Discover now