Pada mulanya Qysha sangkakan jejaka berjubah putih serta berserban itu seorang manusia. Rupanya sejenis hantu juga. Mereka berkawan sejak berjumpa semalam.
Qysha memberanikan diri untuk bertanya pada Qasyaf iaitu hantu alim. "Awak meninggal sebab apa?" soal Qysha.
"Saya meninggal semasa sujud terakhir solat subuh. Saya tak ada penyakit pun, saya sihat walafiat je. Tetapi dah memang ajal saya sudah tiba pada waktunya, jadi saya terima sajalah dengan hati terbuka. Tetapi yang membuatkan saya sedikit kesal dengan diri saya kerana tidak melunaskan hutang pada tuan rumah sewa. Sebab tu lah roh saya masih lagi merayau-rayau."
"Agak rugi bagi saya, dah dapat mati syahid tapi berhutang, hm. Jadi, kepada pembaca...lunaskanlah hutang mu dengan segera kerana kita tidak tahu bila ajal tiba. Dapat je duit kasi settle hutang dulu barulah kita gunakan duit itu untuk benda lain." Sambung Qasyaf berserta ceramah percuma.
"Betul kata Qasyaf, saya pula terlibat kemalangan dan jasad saya hilang tak jumpa. Sebab tu saya masih lagi merayau."
"Kesian awak, semoga mereka yang mencari jasad awak dipermudahkan urusan." Qasyaf tersenyum manis.
"Terima kasih." Qysha tersenyum malu.
Qasyaf, seorang pemuda yang baik hati dan pemurah. Sikapnya lembut dan menghormati seorang wanita, kacak tetapi kurang bergaya, sopan sahaja apabila bertutur.
Qysha akui, Qasyaf memang seorang lelaki yang baik. Sehingga menjadi hantu pun Qasyaf masih lagi menjaga batas pergaulan antaranya dengan Qysha.
Semakin hari semakin mekar perasaan suka Qysha terhadap Qasyaf. Qasyaf kurang bercakap kerana dia tahu tiada hal yang penting untuk dia bualkan bersama Qysha. Mereka berdua hanya berjalan-jalan bersama mencari erti hidup di dunia lain iaitu dunia mereka sekarang.
Mereka daki bukit sehingga ke puncak pada tengah malam, Qysha memandang Qasyaf lama. Dia cuba memegang tangan Qasyaf untuk melihat riaksi lelaki itu. Qasyaf yang perasan akan tindakan Qysha terus dia menarik tangannya dan menjauh dari Qysha.
Qysha tertawa apabila melihat riaksi Qasyaf yang seperti terkejut itu, "awak tak boleh sentuh saya, kita bukan mahram." Kata Qasyaf.
"Nak sentuh jugak!" Sakat Qysha dan mengejar Qasyaf yang sudah melarikan diri.
"Mana boleh!"
Qysha mengejarnya sambil tertawa riang.
Korang bayangkan dua-dua pakai jubah then main kejar-kejar. SubhannAllah, aku rasa aku ni terlalu lama single sampai terbit cerita cinta yang mengarut ni hm .
YOU ARE READING
Ghost Love Story ✔︎
RomanceK A R Y A|| k e s e b e l a s [ this story just like, "yang kuban kuban jelah" ha like that ] Kisah percintaan hantu lagi best dari manusia 🗿 Eh tibe tibe jadi cinta manusia balik, apa dah jadi pun tak tahu hm- Short story+humor+romance 💀 START :...