Beberapa hari sudah berlalu sejak kejadian itu, Qysha dan Qasyaf masih lagi berkeliaran bersama setiap hari. Pelbagai tempat mereka kunjungi bersama.
Qysha merenung jauh melihat bintang di langit. Dia terfikir tentang dirinya yang masih lagi menjadi roh berkeliaran.
Qasyaf memandang wajah Qysha yang disebelah. "Kalau jasad Qysha dah ditemukan nanti, pasti kita bakal terpisah kan?" soal Qasyaf.
"Hm...mungkin. Tapi, dah hampir sebulan jasad saya masih lagi tak ditemui, tapi kalau tak jumpa terus pun takpe, saya boleh duduk selamanya dengan awak." Qysha tersengih.
"Eh mana boleh macam itu, lagipun kita menjadi roh yang tak aman pun dah macam satu balasan untuk kita sebagai pendosa. Sepatutnya kita dah ke alam barzakh, tetapi masih lagi terkurung di dunia kerana kesalahan kita. Erm...tapi awak tak, saya jelah sebab tak lunaskan hutang."
Qysha menunduk dan diam.
"Ehem..." Qasyaf berdehem.
"Qysha..."
Qysha memandang Qasyaf yang sudah menatapnya. Mata mereka bertentangan.
"Qasyaf...sebenarnya...cintakan Qysha. Kalaulah kita ni memang ditakdirkan jodoh. Qasyaf akan pilih Qysha sebagai bidadari syurga Qasyaf. Qasyaf..." Sengaja dia biarkan ayatnya tergantung.
Qasyaf menanggalkan serbannya dan memberikan kepada Qysha.
"Memandangkan serban ini sahaja yang Qysha boleh sentuh. Qasyaf nak hadiahkan serban ni untuk Qysha." Qysha mengambil serban yang dihulurkan oleh Qasyaf. Dia masih lagi terkaku melihat Qasyaf menanggalkan serbannya. Auto nampak macam badboy sebab gaya rambutnya yang serabai itu.
"Sebelum itu, Qasyaf nak minta maaf sebab luahkan perasaan ni sekarang. Qasyaf minta maaf kalau Qysha terluka sebab Qasyaf. Qasyaf tak patut luahkan perasaan ni sekarang sebab-"
"Sebab?"
"Sebab Qasyaf dah nak kena pergi."
"P-pergi mana?"
"Ke alam seterusnya."
"M-maksud Qasyaf ?"
"Sebenarnya...petang tadi, bonda dah lunaskan hutang Qasyaf. Jadi...Qasyaf dah bebas."
"Qasyaf nak tinggalkan Qysha?" Dada Qysha menjadi sesak menahan rasa sedih.
"Nampaknya...begitulah. Dah tiba waktunya. Selamat tinggal." Qasyaf perlahan-lahan menghilang.
Sempat dia memberikan kata-kata terakhir untuk Qysha.
"فقط انت في قلبي."
Katanya sambil tersenyum untuk kali terakhir.
Hilang.
Qysha terdiam tanpa kata-kata. Hanya air mata yang menjelaskan segala perasaan yang dirasainya.
Inilah sebuah perpisahan.
Inilah sebuah kisah cinta ringkas dari Qysha.
Bahagia itu sementara. Tetapi kesedihan juga sudah tentu juga sementara.
T A M A T
YOU ARE READING
Ghost Love Story ✔︎
Lãng mạnK A R Y A|| k e s e b e l a s [ this story just like, "yang kuban kuban jelah" ha like that ] Kisah percintaan hantu lagi best dari manusia 🗿 Eh tibe tibe jadi cinta manusia balik, apa dah jadi pun tak tahu hm- Short story+humor+romance 💀 START :...