"Qysha, dah siap ke belum?" soal Kasha dari tingkat bawah.
Qysha keluar dari biliknya dan turun ke bawah sambil tersengih memandang abangnya.
"Dah."
"Jom pergi sekarang." Mereka berdua keluar rumah dan masuk ke dalam kereta.
"Abang tak kerja ke eh?" Qysha baru teringat untuk bertanya.
"Tak, abang ambil cuti harini."
"Oh. Kawan abang yang nama dia Arezz tu dia ikut sekali ke?" Soal Qysha lagi.
"Haah, abang nak pergi ambil lah ni."
"Naik kereta ni?"
"Ya..."
"Kenapa dia tak naik kereta sendiri?"
"Jimat minyak."
"Dia tak ada duit nak isi minyak ke?"
Kasha mengemam bibir dan menghela nafas panjang. Sabar jelah bila dapat adik yang terlebih susu Anmum.
Kasha masih lagi mengingati kata-kata iklan susu itu. 'Anak yang pintar, banyak bertanya.'
"Dia tak ada duit ke abang?" soal Qysha sekali lagi.
"Bukan...kalau pakai satu kereta je, kan dapat kurangkan pencemaran asap." Kasha menjelaskan dengan penuh kesabaran. Maklumlah, Qysha sahajalah adik perempuan yang dia ada. Walaupun Qysha dah berumur 20 tahun, perangai Qysha masih lagi seperti kanak-kanak apabila dengannya.
Qysha tertawa kecil. Dia sengaja bertanya walaupun dah tahu. Saja jadi annoying dengan Kasha.
Kasha menghentikan keretanya dihadapan rumah teres. Pintu belakang dibuka oleh Arezz, dia melangkah masuk. "Eh hai Qysha." Sapa Arezz.
"Eh? Abang Ayez?" Qysha memandang Kasha. "Kata nak ambil abang Arezz." Qysha memandang Kasha pelik. Arezz dan Kasha tertawa kerana terhibur dengan Qysha.
"Nama sebenar abang Ayez, Arezz." Arezz tersenyum.
"Abang!" Qysha memukul bahu Kasha.
"Eh, pahal?" Kasha memandang Qysha pelik dan memasukkan gear kereta.
"Kenapa orang tak pernah tahu nama penuh abang Ayez? Dari kecil orang main ngan abang Ayez. Tahun ni baru tahu nama abang Ayez? Pastu kenapa abang tak cakap je yang kawan abang tu abang Ayez? Abang ni tah pape lah. Macam manalah ada orang crush kat abang ni?" Bebel Qysha, dia memeluk tubuh dan bersandar. Merajuk konon.
Arezz tertawa, "apalah Kasha ni. Sampai hati kau tak bagitahu pasal aku kat Qysha."
"Buat apa? Bukan penting pun." Kasha fokus memandu.
Arezz, sebenarnya dia kawan Kasha sejak kecil. Sewaktu Qysha berumur 4 tahun Arezz menyuruh Qysha memanggilnya abang Ayez, pelat-pelat gitu. Sampailah ke besar Qysha terbiasa panggil macam tu. Dia ingatkan memang nama Arezz macam tu.
"Abang Ayez pun sama. Bukan nak bagitahu pun."
"Elele...nama je pun. Eh Qysha. Semalam Qysha jumpa Aalyah kan?" soal Arezz.
"Haah, kenapa?"
"Dia cantik tak?"
"Terlalu cantik. Macam tak layak je dengan abang." Guraunya. Kasha tergelak. Arezz menjeling Kasha.
"Tak baiklah Qysha ni."
Qysha mengabaikan Arezz.
"Adik, rumah Aalyah kat mana eh? Abang lupalah minta alamat dekat dia." Soal Kasha.
"Entah. Apa kata kita pergi rumah Qasyaf. Tanya dia. Kot-kot dia tahu." Cadang Qysha.
Kasha mengangguk dan terus menuju ke rumah Qasyaf. Sampai sahaja di rumah Qasyaf, Qysha dan Kasha turun dari kereta.
Qasyaf yang sedang menyapu sampai dihadapan rumah terhenti apabila melihat Qysha berjalan ke arahnya.
"Assalamualaikum, saya datang nak claim jodoh." Qysha tersengih.
"Waalaikumusalam, awak salah rumah." Balas Qasyaf bersahaja.
"Eh bukan awak ke jodoh saya?" Gurau Qysha lagi.
"Ehem." Kasha berdehem.
Qysha dan Qasyaf tertawa kecil.
"Qasyaf, abang nak tanya. Tahu tak rumah Aalyah dekat mana?" soal Kasha.
"Oh saya tahu, jomlah saya tunjukkan jalan." Qasyaf meletakkan penyapu di tepi dan berjalan masuk ke dalam rumah tetapi dia terhenti dan berpaling semula memandang Kasha.
"Boleh saya tahu kenapa nak jumpa dia?" soal Qasyaf.
"Aku nak masuk minang dia." Jawab Arezz yang baru muncul.
"Ha?" Qasyaf memandang Arezz dengan riaksi sedikit terkejut.
A...lamak...aku lupa Qasyaf tunang Aalyah. Desis hati Qysha. Dia menepuk dahinya perlahan.
Otak jem.
Bye nak gi mandi !
Eh jap, apa kata korang borak lu kat komen macam wasap, aku takde wasap ni, plithh... aku kesenduan HAHAH. Borak tau, boleh cari member baru hehe.
YOU ARE READING
Ghost Love Story ✔︎
RomanceK A R Y A|| k e s e b e l a s [ this story just like, "yang kuban kuban jelah" ha like that ] Kisah percintaan hantu lagi best dari manusia 🗿 Eh tibe tibe jadi cinta manusia balik, apa dah jadi pun tak tahu hm- Short story+humor+romance 💀 START :...