Padan muka.

1.8K 454 416
                                    

"Aalyah? Kau duduk kat sini selama ni?" soal Kasha.

"H-haah. A-aku balik dulu." Aalyah terus bergegas pulang. Kasha keluar dari keretanya dan mengejar Aalyah. Qysha blur. Drama apakah ini?

"Aalyah! Please stop dekat situ." Arah Kasha.

Aalyah terhenti.

"Pusing hadap aku please." Pinta Kasha.

Perlahan-lahan Aalyah memusingkan badannya menghadap Kasha. Dia menunduk.

"Mana kau pergi selama ni? Kemana kau menghilang tak bagitahu? At least kau inform. Walaupun kau balik kampung kau sendiri, kau kena lah bagitahu sebab kitorang bukan tahu pun kampung kau kat mana." Bebel Kasha tiba-tiba.

"Abang ni pahal bebel tiba-tiba? Dia kenal Aa-" Omel Qysha perlahan. Dia teringat semula cerita Aalyah tentang crush tu.

"Adakah-- abang crush Aa-"

"Kau tahu tak kesian Arezz cari kau? Kita kawan dah lama kot. Trio senior paling ngam. Tiba-tiba kau balik kampung macam tu je. Arezz waktu tu dia dah ready nak melamar kau tahu tak?"

"Eh? Arezz?" Qysha menggaru kepala.

"Aku...terpaksa, sebab ayah aku dah tunangkan aku dengan orang lain." Aalyah menunduk.

"Habis tu Arezz macam mana? Dia sekarang kerja dan berusaha nak halalkan kau tahu tak?"

"Aku tak tahu! Kasha, apa kata...kau suruh Arezz masuk minang aku esok? Aku cintakan dia jugak! Aku pun tak nak bertunang dengan orang yang aku tak suka."

"Drama apa aku tengok ni? Dah lah kena plot twist. Dah lah." Qysha membebel perlahan dan masuk ke dalam kereta.

"Erm...aku yakin Arezz mesti seronok dapat berita tentang kau. Tengoklah macam mana. Nanti aku cakap dekat dia. Aku harap mak ayah kau terima lamaran Arezz nanti. Nasib lah adik aku jumpa kau. Kalau tak, sampai bila-bila pun aku tak tahu kau duduk kat mana."

Aalyah tersenyum kecil.

"Oh tu adik kau ke? Comel budak tu."

"Tahu, tiba-tiba tukar topik. Takpelah, aku gerak dulu. Esok aku dengan Arezz datang jumpa kau. Bye, Assalamualaikum." Kasha masuk ke dalam keretanya.

"Waalaikumusalam." Aalyah memandang kereta Kasha yang sudah berlalu pergi sehingga hilang dari pandangannya.

"Abang, Aalyah tu kawan abang ke?" soal Qysha.

"Haah, waktu abang sambung belajar dulu. Abang rapat dengan dia."

"Lah...ye ke? Orang ingatkan abang crush dia."

Kasha tergelak.

"Asal adik fikir macam tu? Crush dia tu Arezz, dorang suka sama suka dulu. Dulu waktu dorang tahu yang dorang sama-sama ada perasaan antara satu sama lain dorang terus jarang bertegur sebab malu. Abanglah yang kena jadi orang tengah. Kena jadi posmen dorang balas-balas surat." Kasha bercerita.

"Hahaha, comel je. Abang tak ada crush?" soal Qysha.

"Ada, orang tu tengah baca pasal abang sekarang ni." Kasha tersenyum malu.

"Eh?" Qysha blur.

"Nanti lepas dia baca mesti dia akan komen, tak pun mesti dia tengah tersenyum sekarang ni." Kasha menahan senyum.

"Abang ni peliklah. Sepak kang baru tahu."

Kasha tertawa kuat. Terhibur kejap.

"Adik, esok ikut abang tau datang jumpa Aalyah." Kasha menukar topik.

"Orang ok je, lagipun orang sendu kat rumah." Qysha tersengih.

Kasha hanya tersenyum.











Hekleh , yakin ek Kasha crush Aalyah HAAHAHAHA ! I like my readers confident. 😇🦋

Ehem, ada yang tersenyum gembira kerana crushnya tidak dirembat 😇.

*sesi temu ramah bersama Kasha*

Qyna : ehem, Kasha apa pendapat anda tentang readers semalam?

Kasha : erm, no komen. Tapi terima kasih minat saya. *wink* teruskan membaca supaya dapat sad end-

Qyna : - eh terima kasih Kasha, anda dah boleh berambus.

*habis sesi temu ramah*

TYPO BUAT BUAT PAHAM !

Ghost Love Story ✔︎ Where stories live. Discover now