Tuan Haji dan Puan Hajah terkejut melihat rantai yang dikalung oleh anaknya yang sudah meninggal dunia itu. Sungguh tidak terduga anak mereka murtad tanpa pengetahuan mereka.
Hancurnya hati seorang ayah dan ibu melihat anak mereka mati dalam keadaan murtad. Sakitnya hati mereka apabila mengetahui bahawa mereka gagal dalam mendidik anak tunggal mereka. Musnah segala harapan mereka yang telah mereka letakkan kepada Aalyah.
Tuan Haji Asyaq bersungguh-sungguh mendidik anaknya supaya dapat menjadi seorang pendakwah yang berjaya. Tetapi harapannya hancur sekelip mata.
Inilah kesannya jika meletak harapan setinggi gunung, sedangkan gunung juga bakal runtuh bila tiba waktunya.
Sedangkan meletak harapan kecil pun sudah cukup melukakan hati jika harapan yang diharapkan tidak menjadi. Apatah lagi harapan seperti gunung yang tinggi.
Tuan Haji Asyaq mulai sedar bahawa dia terlalu mengawal hidup anaknya. Dia yakin bahawa Aalyah menjadi seperti ini kerananya.
Aalyah pernah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor, tetapi Tuan Haji Asyaq tetap berkeras dengan harapannya untuk menjadikan Aalyah seorang gadis dakwah yang dia impikan.
Mungkin Aalyah tidak pernah merasa keikhlasan dalam sesuatu perkara atau melakukan sesuatu perkara. Dan mungkin banyak lagi yang pernah berlaku dalam hidup Aalyah sehingga dia tenggelam ke dalam alam yang gelap.
Aalyah tidak dikebumikan secara islam.
Sejak dari hari itu, rumah Iluminati yang tersembunyi itu segera di hancurkan dan pengikut-pengikut ajaran sesat ditangkap untuk dibawa ke pusat pemulihan akhlak.
Tuan Haji Asyaq masih lagi diterima sebagai imam masjid dan mereka hidup seperti biasa tetapi dengan suasana yang lebih harmoni setelah ramai yang mengambil pengajaran dari kisah Aalyah.
Janganlah kita menganggap dia seorang gadis yang keji sedangkan dia membawa pengajaran kepada kita. Kita sebagai manusia tidak layak untuk menghukum sesama manusia. Biarlah dia yang menanggung segala urusannya dengan Allah .S.W.T. Yang Maha Esa.
Tiada tuhan selain Allah S.W.T,
Marilah kita bersama sedekahkan Al-fatihah kepada yang sudah meninggal dunia dan marilah kita mengucap kepada-Nya.
❤️🌹
YOU ARE READING
Ghost Love Story ✔︎
RomanceK A R Y A|| k e s e b e l a s [ this story just like, "yang kuban kuban jelah" ha like that ] Kisah percintaan hantu lagi best dari manusia 🗿 Eh tibe tibe jadi cinta manusia balik, apa dah jadi pun tak tahu hm- Short story+humor+romance 💀 START :...