"Masuk minang?" soal Qasyaf.
"Haah, cuba nasib bro, kalau dapat, dapatlah. Kalau tak. Takde rezekilah jawabnya." balas Arezz.
"Oh, inshaAllah semoga dipermudahkan." Qasyaf tersenyum dan terus masuk ke dalam rumah untuk mengganti baju.
Qysha blur. Dia tak marah? Siap doakan pulak tu. Dia tak marah ke tunang dia kena rembat? Apakah? Katanya dalam hati sambil menggosok-gosok dagu.
"Abang Ayez, tahu tak abang Ayez cakap dengan siapa?" soal Qysha.
"Tak. Dia siapa?" Arezz menyoal kembali.
"Dia tu...tu-"
"Dah jom." Qasyaf keluar dari rumahnya.
"Saya jalan kaki je ya?"
"Eh, naik jelah kereta dengan kitorang." Ajak Kasha.
"Eh takpe." Qasyaf menolak tawaran dan tersenyum.
"Qysha nak ikut jalan kaki sekali boleh tak?" soal Qysha sambil tersengih comel.
"Tak payahlah Qysha, panas ni. Ikut abang." Kasha dan Arezz berjalan masuk ke dalam kereta.
"Awak ada payung lebih?" soal Qysha selamba pada Qasyaf.
"Tak ada, tapi kalau awak nak pakai payung saya. Ambillah." Qasyaf menghulur payung yang baru saja dibuka olehnya.
"Eh takpelah, saya ada payung dalam kereta." Qysha berlari anak pergi ke kereta untuk mengambil payung.
"Qysha masuk, panas ni." Arah Kasha.
Qysha menjelir lidah dan mengambil payung kecil lalu kembali ke arah Qasyaf.
"Kenapa awak tak naik kereta je?" soal Qasyaf. Mereka mula berjalan dan diekori oleh Kasha.
"Apa salahnya? Lagipun waktu saya mimpi awak tu kan, kita selalu berjalan-jalan sekali tau. Bukan setakat jalan ke surau, kita daki bukit sekali tau! Padahal, waktu tu kita berdua jadi hantu. Tapi taknak terbang." Qysha tertawa kecil.
"Kita berdua jadi hantu?" Qasyaf tertawa.
"Haah, yang paling best, kita main kejar-kejar sebab saya nak sentuh tangan awak." Qysha memandang ke tempat lain. Dia menggigit bibirnya menahan senyum.
"Awak nak sentuh tangan saya?" soal Qasyaf malu-malu.
"Haah, lepastu awak kata kita bukan mahram. Lepastu saya katalah yang kita ni kan hantu."
Qasyaf tertawa lagi. "Lagi?" Soalnya berminat ingin tahu.
"Lepastu...awak ada cakap yang awak...su-"
PIN! PIN!
Kasha mengeluarkan sedikit kepala dari tingkap kereta.
"Mana rumahnya?" Soal Kasha.
"Eh astaghfirullah, ha jalan depan sikit je lagi." Jawab Qasyaf. Dia tersengih.
Kasha memasukkan balik kepalanya dan bersandar. Mukanya serius sahaja. Pelik Arezz melihatnya.
"Kau kenapa muka serius ni?" soal Arezz.
"Jeles."
"Ha? Kau jeles adik kau berbual dengan budak tu ke?" soal Arezz.
"Yelah, nanti dia ambil budak tu jadi abang angkat macam mana?" soal Kasha.
"Apakah? Kau jadilah abang baju kuning. AHAHAHAH!" Arezz menekan perutnya kerana terhibur dengan lawak sendiri.
"Hahah, kelakar lah tu? Qysha pun satu, panas-panas nak jugak berjalan kenapa?"
"Yang kau emo sangat ni kenapa? Nak kata period, kau lelaki."
"Aku risau je, dia tu kan baru-baru je keluar hospital, kondisi badan dia pun kita tak tahu yang dia sihat sepenuhnya ke belum."
"Alololo, untung Qysha ada abang caring macam ni." Puji Arezz.
"Tak ada apa punya, biarlah jelah dia berjalan. Bukannya dia daki bukit pun."
"Yelah..." Kasha mengalah. Dia menghentikan keretanya kerana Qasyaf berhenti.
Mereka semua berada di hadapan rumah Aalyah.
"Selamat berjaya bro." Qasyaf menepuk bahu Arezz yang berdiri disebelahnya.
"Terima kasih lah der, aku masuk dulu tau." Arezz meminta diri, dia membetulkan bajunya dan tersenyum yakin.
Meanwhile, Kasha merajuk dengan Qysha, Qysha pulak melompat kecil menarik hidung abangnya yang mengada tu.
"Takpelah, kalau macam tu saya balik dulu lah ya?" Puan Karmila meminta diri. Dia memandang ke belakang dan melihat anak terunanya ada depan mata bersama Arezz, Kasha dan Qysha.
"Eh, bonda dekat sini rupanya." Kata Qasyaf.
"Haah saja datang melawat menantu bonda."
"Menantu?" Soal Arezz.
"Haah kenapa?" soal Puan Karmila hairan.
"Oh mungkin Aalyah ada adik." Desis Arezz perlahan.
Arezz memandang Puan Hajah yang masih berada di depan pintu. "Assalamualaikum makcik, saya datang ada hajat. Hajat nak melamar Aalyah." Memang tak ada berlapik. Straight to the point je Arezz ni.
"Ha?" Puan Hajah dan Puan Karmila sedikit terkejut.
"Eh?" Arezz dan Kasha bingung.
"Er..." Qysha dan Qasyaf berpandangan dan tersengih sesama sendiri, maklumlah mereka berdua je yang tahu.
AHAHHAHAHA entahlah nak. Nak tanya kalau Qyna publish buku baru ada yang nak baca tak?
HAHAHA tetiba en padahal selama ni nak pub tkde pun tanya hm.
YOU ARE READING
Ghost Love Story ✔︎
RomanceK A R Y A|| k e s e b e l a s [ this story just like, "yang kuban kuban jelah" ha like that ] Kisah percintaan hantu lagi best dari manusia 🗿 Eh tibe tibe jadi cinta manusia balik, apa dah jadi pun tak tahu hm- Short story+humor+romance 💀 START :...