"Waalaikumusalam, eh Aalyah. Awak datang nak hantar bekal makanan lagi ke?" soal Qasyaf.
"Haah, mana bonda?" soal Aalyah.
"Bonda ada dekat dalam, susah-susah je buatkan bekal, padahal bonda hari-hari masak." Qasyaf mengambil bekal makanan yang dihulur.
"Eh tak susah pun, lagipun nanti Aalyah bakal jadi isteri abang jugak." Aalyah tersenyum malu.
(Geli, HAHAHA astaghfirullah)
Qasyaf tersenyum janggal, dia menoleh ke arah Qysha. Qysha hanya memandang Qasyaf dengan riaksi yang blur.
"Siapa tu?" soal Aalyah dan memandang ke arah Qysha. Qysha tersenyum.
"Dia gadis yang saya pernah tolong bulan lepas, yang saya ada ceritakan tu."
"Oh...hai." Aalyah melambai ke arah Qysha. Qysha membalas kembali.
"Okay lah, saya nak pergi surau. Saya balik dulu tau?" Aalyah mempamit diri.
"Ok, terima kasih tau bagi lauk ni." Qasyaf menghadiahkan senyuman.
"Sama-sama." Aalyah terus bergerak pulang.
"Tu tunang awak ke?" soal Qysha.
"Haah, baru bertunang minggu lepas."
"Erm...seingat saya, waktu dia masuk mimpi saya dia murtad." kata Qysha dengan muka tak bersalah. Tak berlapik langsung.
Qasyaf terkejut.
"Astaghfirullah, tak baik fitnah. Berdosa..."
"Maaf, tapi awak pekak ke?" soal Qysha dengan nada biasa wajahnya kekal innocent.
"Kan saya kata mimpi. Tapi kalau mimpi tu sebenarnya petunjuk macam mana?"
"InshaAllah mimpi tu adalah sebaliknya. Aalyah tu seorang yang baik dan taat pada ibu bapa dia. Dialah salah seorang gadis yang baik di kampung ni. Dah-dah, jangan kita berprasangka terhadap seseorang. Sentiasa berfikiran positif. Selagi Allah S.W.T menjaga aibnya janganlah kita pula yang membukanya. Kalau benar sekalipun semoga Allah S.W.T. Menunjukkan kebenarannya."
Qysha tersentap. Ya Allah, lupa pula dia ni ustaz muda. Memang patut aku dapat ceramah free. Monolog Qysha.
"Maafkan saya. Mulut saya ni jahat betul. Maaf ya?" Qysha tersengih janggal.
"Minta maaf pada Aalyah. Buat dosa Allah ampunkan. Buat salah dengan manusia kena minta maaf pada manusia tersebut." Pesan Qasyaf.
"Erm...tapi...macam mana nak cari dia?"
"Dia selalu pergi mengaji dekat surau lepas hantar bekal, boleh lah pergi cari dia dekat sana."
"Oh, hehe ok. Saya pergi dulu lah ya?"
"Ok, hati-hati. Oh ya, serban tu ambil lah. Memang hadiah pertemuan kita." Qasyaf tersenyum kacak.
Qysha terkaku.
"Hensem."
"Apa dia?" Qasyaf buat lagak tak dengar.
"E-eh, terima kasih saya cakap. Saya pergi surau dulu. Bye assalamualaikum." Qysha terus berjalan laju dan masuk ke dalam kereta.
Qasyaf tertawa kecil.
"MasyaAllah comelnya jodoh orang." Kata Qasyaf sambil tersenyum malu sendiri dan masuk ke dalam rumah.
"Adik dah kenapa pipi merah semacam ni?" soal Kasha.
"Abang...masuklah minang Qasyaf tu..."
"Eh? Abang straight tau."
"Ish abang ni! Masuk minang untuk orang!"
"Ish, biarlah dia masuk minang adik, apahal adik pulak nak masuk minang dia?"
"Ala, tapi dia dah ada tunang." Qysha mencebik.
"Ha habistu? Adik nak rampas tunang orang ke? Ish adik ni. Single tu buat cara single. Jangan tunang orang pun nak kebas." Bebel Kasha.
"K abang, k."
"Sikit, sikit nak sentap. Cubit pipi tu baru tahu."
"Abang, singgah surau."
"Nak buat apa pulak?" soal Kasha.
"Ngorat pak imam. Yelah, crush dah ada tunang kita ngorat pak imam duda." Melawak dengan muka serius.
"Astaghfirullah dik, kau ni kenapa dik? Lupa makan panadol ke? Abang ingat dah sihat, rupanya semakin tenat."
"Ish abang ni! Gurau jelah! Singgah jelah. Adik nak jumpa seseorang ni."
"Yelah, nasib sayang. Kalau tak dah lama campak keluar."
"Hek eleh." Qysha menjeling.
Kasha menghentikan keretanya dihadapan surau.
"Nanti Qysha call abang kalau dah settle, abang balik lah dulu tau. Bye abang." Qysha turun dari kereta abangnya dan terus masuk ke dalam surau.
Kasha terus berlalu pergi selepas mengucapkan selamat tinggal pada Qysha.
Qysha menjengguk ke dalam surau di saf perempuan. Dia ternampak seorang gadis yang sedang mengaji.
Ya itu Aalyah.
Qysha menunggu Aalyah selesai mengaji sambil bersandar di tepi dinding.
Mesti korang mengstress kenapa Aalyah tak murtad en?
HAHAHAHAHAAHAHAH , pls bau bau sad ending semakin mewangi lah 😇
Jkjk mampus semua fade up taknak baca cerita ni 🗿
Tapi pengakhiran setiap perjalanan cerita seseorang tu kan rahsia? Akan ketahui apabila tiba akhirnya. Tetapi setiap manusia berakhir dengan sad ending betul tak? Seperti kematian? Tapi mungkin happy ending kalau dia mati syahid 😇 WEH TIBE DOH!
HAHAHA tapi takpe en? 😇
P/s: asal idea aku muncul pukul 3:06 pagi eh? Dan hbs menulis pukul 3:45 pagi. Pergh laju en. (Anak anak gp wattok aku mesti kecam aku sbb aku kata nak tido hm. Tapi terbukak wattpad nilah jadinyaaa! Ampun nak) 💓
Macam biasa typo ignore🗿
YOU ARE READING
Ghost Love Story ✔︎
Storie d'amoreK A R Y A|| k e s e b e l a s [ this story just like, "yang kuban kuban jelah" ha like that ] Kisah percintaan hantu lagi best dari manusia 🗿 Eh tibe tibe jadi cinta manusia balik, apa dah jadi pun tak tahu hm- Short story+humor+romance 💀 START :...